Menawarkan kapasiti maksimum 2.4 terabait
TOKYO, 19 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
hari ini mengumumkan pelancaran Siri AL15SE, penambahan terbaharu
kepada barisan pemacu cakera keras (HDD) prestasi perusahaan bagi
pelayan misi kritikal dan sistem storan. Penghantaran sampel bermula
hari ini.
Siri AL15SE itu bagi pemacu 10,500RPM 2.5 inci[1] mempunyai sebuah antara muka 12Gbit[2]
SAS. Sebuah model 4K natif (4Kn) dan model 512 emulasi (512e), yang
kedua-duanya menampilkan Teknologi Sektor Format Termaju, boleh didapati
dalam kapasiti 600 gigabait (GB[3]), 900GB, 1.2 terabait
(TB), 1.8TB dan 2.4TB. Sebuah model 2.4TB menawarkan peningkatan
kira-kira 33% dalam kapasiti maksimum dari pendahulunya 1.8TB di dalam
Siri AL14SE itu. Pemacu itu juga menyampaikan peningkatan kira-kira 15%[4] dalam kadar data yang berterusan, yang menolaknya kepada 260MiB[5].
Peningkatan ini di dalam kapasiti dan kelajuan menyumbang kepada
peningkatan kapasiti yang lebih tinggi dan prestasi yang lebih baik di
dalam sistem pelayan dan storan.
Model 512 natif (512n) itu yang
dioptimumkan untuk aplikasi legasi dan persekitaran hipervisor boleh
didapati di dalam kapasiti 300GB, 600GB, 900GB dan 1.2TB.
Pelanggan
juga boleh memilih model yang menyokong Sanitasi Segera Padam (SIE),
yang merealisasikan pembatalan pantas bagi data yang direkodkan pada
cakera, sekali gus membolehkan untuk pelupusan dan penggunaan semula
secara cekap.
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu dan HDD perusahaan yang lain.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products/enterprise-hdd.html
[1] "2.5 inci" menerangkan mengenai faktor bentuk bagi HDD. Mereka tidak menunjukkan saiz fizikal pemacu.
[2] Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail.
[3]
Definisi bagi kapasiti: Kami mendefinisikan satu megabait (MB) sebagai
1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu
terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian
komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti storan menggunakan kuasa 2
untuk definisi 1GB = 230 = 1,073,741,824 bait dan oleh itu
menunjukkan kapasiti storan yang berkurangan. Kapasiti storan yang ada
(termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza berdasarkan
kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem
pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/ atau aplikasi
perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti sebenar yang diformat
mungkin berbeza.
[4] Perbandingan dengan kadar pemindahan AL14SE (4Kn dan 512e): 226 MiB
[5] Satu mebibait (MiB) bermaksud 220, atau 1,048,576 bait, dan satu gibibait (GiB) bermaksud 230, atau 1,073,741,824 bait.
*
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk,
kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada
tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa
notis terlebih dahulu.
* Nama syarikat, nama produk, dan nama
perkhidmatan yang dinyatakan di sini boleh jadi tanda niaga bagi
syarikat mereka masing-masing.
Pertanyaan Produk:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Bahagian Produk Storan
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba
Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan
kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak
dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu
pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat
peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang
kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor
diskret, sistem LSI dan HDD.
Seramai 19,000 orang pekerja kami di
seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai
produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan
pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu.
Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi
700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan
yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51731838&lang=en
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
No comments:
Post a Comment