LES ULIS, Perancis, 22 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 20 Disember, satu perintah daripada Presiden Perancis telah diterbitkan di Le Journal Officiel*
yang melantik Denis DELVAL sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi LFB
S.A. Perintah ini adalah susulan daripada Mesyuarat Agung LFB SA dan
mesyuarat oleh Lembaga Pengarahnya, yang kedua-duanya berlangsung pada 4
Disember, 2017.
Denis DELVAL telah juga dilantik
sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi LFB BIOMEDICAMENTS dan Presiden
bagi LFB BIOTECHNOLOGIES berkuatkuasa pada 4 Disember, berikutan
pemergian Christian BÉCHON dan Denis SOUBEYRAN.
Seorang lulusan
dari sekolah perniagaan ESSEC dan INSEAD dengan memiliki PhD di dalam
jurusan Farmasi, Denis DELVAL mempunyai pemahaman yang mendalam tentang
industri farmaseutikal. Beliau telah memegang jawatan penting di dalam
pemasaran, jualan dan strategik di Perancis, Eropah dan di seluruh dunia
dan telah mengendalikan perkongsian antarabangsa di dalam pelbagai
kumpulan farmaseutikal (Bayer, Fournier Pharma, ALK). Pada tahun 2006,
beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar bagi ALK Perancis. Pada
tahun 2012, beliau juga menjadi Naib Presiden Kanan bagi syarikat
farmaseutikal Denmark yang khusus di dalam rawatan imunoterapi alergi.
Denis DELVAL memberi syarahan di sekolah perniagaan ESSEC dan juga
merupakan Pengerusi bagi Lecrip.org, sebuah badan pemikir penjagaan
kesihatan.
"Saya sangat berbangga kerana dilantik sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan LFB dan untuk bekerja bagi
syarikat ini yang beroperasi di dalam sebuah sektor yang strategik. LFB
menghasilkan terapeutik yang penting untuk kehidupan bagi ribuan
pesakit, terutamanya di dalam bidang penyakit yang jarang berlaku. Saya
amat menyedari sepenuhnya tentang cabaran-cabaran yang akan datang dan
berharap untuk menjanakan tenaga bagi menjadikan syarikat farmaseutikal
ini berjaya di Perancis dan juga di peringkat antarabangsa."
* Jurnal Rasmi bagi Republik Perancis.
Maklumat mengenai Kumpulan LFB
LFB
adalah sebuah kumpulan biofarmaseutikal yang membangun, mengeluarkan,
dan memasarkan produk ubat-ubatan yang diperolehi daripada bahan hidup
untuk rawatan penyakit yang serius dan jarang ditemui di dalam beberapa
bidang terapeutik utama, termasuk Hemostasis, Imunologi dan Penjagaan
Rapi. LFB adalah pengeluar terkemuka bagi produk ubat-ubatan yang
diperolehi daripada plasma di Perancis dan ketujuh di seluruh dunia, dan
juga merupakan di antara syarikat Eropah yang terkemuka untuk
pembangunan produk atau rawatan ubat-ubatan generasi baharu yang
berasaskan pada bioteknologi. Melalui usaha penyelidikan yang
berterusan, kumpulan LFB melaksanakan satu strategi pertumbuhan untuk
mengembangkan kegiatan mereka di pasaran antarabangsa. Pada hari ini,
LFB memasarkan produknya di hampir 60 buah negara di seluruh dunia
dengan perolehan global sebanyak €518.9 juta pada tahun 2016. Kumpulan
LFB mempunyai lebih 2,300 orang pekerja di seluruh dunia.
www.groupe-lfb.com
Hubungi
LFB SA
Sandrine Charrières, Tel : +33-(0)1-6982-7280
Naib Presiden Eksekutif Perhubungan Korporat
charrieres@lfb.fr
Sumber: LFB S.A.
No comments:
Post a Comment