Friday, December 8, 2017

​HERBALIFE NUTRITION MELANTIK PAKAR PERUBATAN SUKAN THAILAND YANG TERKENAL KE LEMBAGA PENASIHAT PEMAKANAN MEREKA

BANGKOK, 7 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam membantu dunia hidup lebih bahagia dan lebih sihat, syarikat pemakanan global utama Herbalife (NYSE: HLF), hari ini mengumumkan pelantikan Dr. Korakod Panich, M.D., seorang pakar perubatan sukan di Thailand, ke Lembaga Penasihat Pemakanan (NAB) mereka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20171203005096/en/

"Kami amat gembira untuk melantik Dr. Panich ke Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife Nutrition kami. Sebagai seorang doktor sukan, pendidik dan pendukung gaya hidup aktif yang sihat yang sangat dihormati, Dr. Panich adalah satu tambahan yang bernilai kepada pasukan pakar-pakar kami di dalam pemakanan, sains dan kesihatan," kata Dr. John Agwunobi, Ketua Pegawai Kesihatan dan Pemakanan di Herbalife Nutrition. "Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau untuk menyemai rangsangan pemakanan positif dan tabiat hidup aktif yang sihat kepada audiens yang lebih luas di Thailand dan seterusnya."

Dr. Korakod Panich pada masa ini merupakan Penolong Dekan di Kolej Sains dan Teknologi Sukan di Universiti Mahidol di Thailand. Beliau juga merupakan seorang pakar ortopedik terkenal dengan 15 tahun pengalaman sebagai seorang pakar ortopedik.

Sebagai seorang pakar yang dihormati di dunia dalam bidang sukan dan sains sukan, Dr. Panich berkhidmat sebagai seorang doktor perunding untuk Pihak Berkuasa Sukan Thailand (SAT). Sebelum ini, beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang doktor pasukan bagi Pasukan Kebangsaan Thailand semasa kejohanan antarabangsa utama seperti Kejohanan Taekwondo Dunia (2015), Sukan Olimpik Belia (2010), Sukan Asia Tenggara (2011, 2013 dan 2017), di antara beberapa pertandingan-pertandingan yang penting.

Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife Nutrition (NAB) terdiri daripada pakar-pakar terkemuka dari seluruh dunia di dalam bidang pemakanan, sains, dan kesihatan. NAB membantu mendidik dan melatih Ahli-ahli Persendirian Syarikat mengenai gaya hidup yang sihat dan aktif serta mendapat pemakanan yang sewajarnya. Pelantikan Dr. Panich ke Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife Nutrition mencerminkan komitmen berterusan Syarikat untuk melanjutkan usaha kami dalam menyemai tabiat pemakanan positif di Asia Pasifik, dengan memupuk kerjasama rapat dengan pakar-pakar pemakanan yang terkemuka di rantau itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife Nutrition, sila layari http://company.herbalife.com/nab.

Maklumat mengenai  Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition adalah sebuah syarikat nutrisi bertaraf global yang matlamatnya adalah untuk membuat dunia lebih sihat dan lebih bahagia. Kami sedang dalam melaksanakan satu misi bagi pemakanan - mengubah kehidupan orang ramai dengan produk & program pemakanan yang hebat - sejak tahun 1980. Bersama-sama dengan ahli-ahli persendirian Herbalife Nutrition kami, kami komited untuk menyediakan penyelesaian kepada masalah pemakanan tidak sihat dan obesiti di seluruh dunia, sebuah populasi yang semakin menua, kos penjagaan kesihatan awam yang melambung tinggi dan satu peningkatan di dalam usahawan di semua peringkat umur. Kami menawarkan produk-produk yang disokong oleh sains dan berkualiti tinggi, sebahagian besarnya dihasilkan di kilang yang dikendalikan oleh  Syarikat, bimbingan satu dengan satu dengan ahli persendirian Herbalife Nutrition, dan satu pendekatan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih aktif.

Produk sasaran pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kesihatan dan penjagaan peribadi kami boleh didapati secara eksklusif daripada dan melalui ahli-ahli Herbalife Nutrition yang berdedikasi di lebih 90 buah negara.

Melalui usaha-usaha tanggungjawab sosial korporat mereka, Herbalife Nutrition menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalife kami untuk membantu membawa pemakanan yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga berbangga untuk menaja lebih daripada 190 atlet, pasukan dan acara yang bertaraf dunia di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy, dan pelbagai pasukan Olimpik.

Herbalife Nutrition mempunyai lebih 8,000 orang pekerja di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih sebanyak AS$4.5 bilion pada tahun 2016. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com. Maklumat kewangan boleh diperolehi di ir.herbalife.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20171203005096/en/

Hubungi
Herbalife Nutrition
Daliea Mohamad-Liauw, +852-3589-2643
Naib Presiden, Perhubungan Korporat, Asia Pasifik
dalieal@herbalife.com
 
Sumber: Herbalife Nutrition

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 --BERNAMA

No comments:

Post a Comment