GERMANTOWN, Md., 22 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang
membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf, hari ini
mengumumkan bahawa Xi Chen, Ph.D., telah dilantik menjadi ahli Lembaga
Pengarahnya, berkuat kuasa serta-merta. Dr. Chen dilantik oleh Tianjin
untuk menggantikan Zhang Zhuo sebagai pengarah untuk Saham Keutamaan
Boleh Tukar Siri A.
“Kami mengalu-alukan penyertaan Dr. Chen
dalam Lembaga Pengarah,” kata Rich Daly, Pengerusi dan CEO. “Dr. Chen
datang kepada kami dengan kepakaran bertahun-tahun dalam pembangunan dan
pengurusan terapeutik, sumbangan dan panduan beliau sangat berharga
untuk masa depan Syarikat ini.”
Dr. Chen telah berkhidmat sebagai
Pembantu Pengurus Besar untuk Pengilangan, Kelengkapan dan Pengurusan
di Tianjin Kinnovata Pharmaceutical sejak tahun 2014. Beliau juga telah
berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah untuk Jabatan Pemasaran di Tianjin
Pharmaceutical Holdings sejak tahun 2012. Sebelum ini, Dr. Chen
merupakan Timbalan Pengurus Besar Eksekutif untuk Tianjin Lights Medical
Device Co. dan Sekutu Penyelidikan, Pengurus Makmal di University of
Ottawa dan Pakar Anestesia di Tianjin Union Hospital.
Dr.
Chen. Memiliki PhD dalam Pengurusan Perusahaan, Ijazah Sarjana dalam
Biologi Molekul daripada University of Ottawa dan Ijazah Sarjana
Klinikal daripada Tianjin Medical University.
Perihal Neuralstem
Neuralstem
adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang
membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf bagi keperluan
perubatan yang kerap tidak dipenuhi. NSI-189 adalah molekul kecil dalam
pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan
pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang
disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 serta strok.
NSI-566 adalah terapi sel induk yang diuji untuk rawatan lumpuh pada
strok, kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI) dan Sklerosis Lateral
Amiotrofik (ALS). Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang
adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.
Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan
Hebahan
berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut
peruntukan "selamat" peruntukan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti
Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan itu berkaitan dengan peristiwa
masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan
kata-kata seperti "harap,” "jangka," "berhasrat," "merancang,"
"percaya," "mencari" atau "akan." Kenyataan masa hadapan menumpukan
perkara-perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan
ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami
berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami
termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk
berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan
peraturan atau kelulusan, keperluan modal masa depan, penggantungan
terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami.
Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada keputusan yang
dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang
faktor-faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan
risiko dan ketidakpastian lain adalah dari semasa ke semasa dalam
laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K
bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2016 dan Borang 10-Q untuk
tiga dan sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2017, difailkan
dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), dan dalam laporan lain yang
difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk
mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.
Hubungan:
Kimberly Minarovich
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
kimberly@argotpartners.com
SUMBER : Neuralstem, Inc.
No comments:
Post a Comment