Friday, September 8, 2017

PENGGUNA BOLEH RUGI BESAR MELALUI CETAK ROMPAK DIGITAL

CYBERJAYA, 7 Sept (Bernama) -- Sebagai sebuah organisasi yang memberi fokus kepada hak-hak pengguna,  Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menggesa pengguna untuk lebih berwaspada terhadap bahaya cetak rompak digital yang dilihat semakin berleluasa dan dapat menjejaskan pengguna.
 
Pengguna yang melanggan perkhidmatan disediakan oleh penyedia perkhidmatan tidak berlesen, pengguna, sudah dikira terlibat dengan kegiatan cetak rompak digital, tidak kira sama ada langganan dalam bentuk perkhidmatan penstriman haram atau perkhidmatan televisyen (TV) satelit tanpa lesen. Walaupun mengakses kandungan digital secara haram ini dilihat mudah dan murah bahkan ada yang boleh didapati secara percuma, namun tidak bermakna ia tidak mempunyai risiko. Pengguna dinasihatkan agar tidak melanggan perkhidmatan tidak sah yang menyalahi undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10366

No comments:

Post a Comment