PARIS, Sept 6 (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Sebuah syarikat permulaan pertumbuhan hiper dari Perancis DomRaider
bercita-cita untuk membangunkan sebuah penyelesaian sumber terbuka yang
didedikasikan untuk pengurusan lelongan tepat masa berdasarkan kepada
teknologi blockchain atau lejar digital.
Tristan Colombet, Ketua Pegawai Eksekutif DomRaider, menjelaskan mengenai operasi itu di dalam video
Sepanjang empat tahun yang lalu,
DomRaider telah menjadi peneraju pasaran Eropah bagi lelongan nama
domain yang telah tamat tempoh. Hari ini Pengasasnya, Tristan Colombet
mengumumkan pelancaran sebuah kempen ICO yang bertujuan untuk membiayai
sebuah platform yang dijanakan oleh blockchain untuk lelongan dalam apa jua bentuk.
Lelongan tepat masa dijalankan di blockchain
DomRaider
merancang untuk menggunakan hasil daripada penjualan token itu untuk
membangunkan platform lelongan dan mempercepatkan pembangunan DomRaider
pada skala antarabangsa, yang sudah wujud di Itali dan Sweden dan akan
diperluaskan ke Kanada dan United Kingdom pada Oktober.
Platform lelongan itu dibina di atas sebuah blockchain
yang terdiri daripada blok-blok data yang dihubungkan bersama melalui
satu rangkaian tak berpusat. DomRaider bercita-cita untuk merevolusikan
ekosistem lelongan yang sedia ada dan terhad dengan menggunakan
teknologi blockchain. Objektifnya adalah untuk membangunkan
rangkaian tak berpusat yang pertama yang dikhususkan kepada pengurusan
tepat masa bagi sebarang lelongan di dunia, sama ada secara dalam talian
atau di dalam bilik lelongan.
Penyelesaian blockchain DomRaider bertujuan untuk:
• Skalabiliti, boleh dipercayai dan telus (lelongan yang dapat ditentusahkan secara umum dan tidak dapat diubah)
• Komunal dan boleh diselaraskan (lelongan di seluruh dunia boleh diakses melalui antara muka generik)
• Cepat (konsensus pada bida kurang dari 1 saat)
• Menjimatkan kos (kos urus niaga yang sangat rendah).
Tristan Colombet, pengasas bagi DomRaider berkata "Kami
sangat teruja dengan idea untuk melancarkan ICO pertama yang dilakukan
oleh sebuah syarikat Perancis yang mempunyai rekod prestasi yang
terbukti dalam tempoh empat tahun yang lalu. Ia merupakan satu batu
loncatan yang penting bagi perkembangan DomRaider, dan ia menggambarkan
sepenuhnya kemunculan blockchain di dalam ekonomi sebenar. Melalui ICO
ini, kami berhasrat untuk menerapkan revolusi teknologi ini bagi
mengubah industri lelongan dunia".
Pelancaran "Penjualan Token" DomRaider pada 12 September, 2017
DomRaider
ICO bermula pada 12 September, 2017 dan berakhir pada 11 Oktober, 2017.
Oleh itu, syarikat tersebut akan mengeluarkan hampir 1 bilion "Token
DomRaider" (DRT). Tempahan (prajualan bagi token) kini dibuka kepada
orang ramai melalui laman web khusus: www.domraider.io.
Kurang dari satu minggu selepas permulaan proses ini, 130 juta token
(daripada maksimum 262.5 juta yang dirancang untuk prapenjualan) telah
dijual.
Maklumat mengenai DomRaider
Selepas
pengembaraan yang luar biasa selama 12 tahun sebagai ketua Prizee (satu
daripada pemula web pertama yang berjaya di Perancis) Tristan Colombet
mencipta DomRaider pada musim panas tahun 2013. DomRaider adalah sebuah
perkhidmatan untuk memulihkan nama-nama domain yang telah tamat tempoh
atau "drop catching" iaitu satu proses pendaftaran nama domain
yang telah tamat tempoh. Hasil daripada petunjuk dan teknologi yang
tepat yang mengesan ketersediaan nama-nama domain sejurus ia wujud,
syarikat itu mengenal pasti nama-nama domain yang berpotensi memberi
manfaat kepada pelanggan mereka. Oleh itu, nama-nama domain yang telah
tamat tempoh boleh digunakan di dalam konteks strategi rujukan (SEO),
spekulasi mengenai nama-nama domain yang jarang atau pengurusan harta
intelektual. Dengan lebih daripada 20,000 urus niaga sejak
penciptaannya, DomRaider pada hari ini merupakan sebuah peneraju Eropah
dan pada masa ini menawarkan 27 penyambungan termasuk .com yang membuka
pintu kepada pasaran dunia.
DomRaider telah mengumpul 3.5 juta euro sejak Oktober 2016, dengan pusingan awal sebanyak 2 juta euro dari dana pelaburan Eefficiency,
diikuti oleh pusingan kedua 1.5 juta euro pada Mei 2017 dari Crédit
Agricole, CIC, Banque Populaire dan BPI Perancis. Pertumbuhan tinggi
DomRaider membolehkan syarikat itu menggaji lebih 33 orang pekerja yang
bertebaran di tiga buah negara (Perancis, Sweden dan Itali) dan tidak
lama lagi di Kanada dan United Kingdom pada Oktober.
Teks bahasa
sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan
yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di
silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks
dengan kesan undang-undang.
Hubungi
Presse
Ballou PR
François Aubert & Tom Rouffio, T: 01.42.22.24.10
E-mel: domraider@balloupr.com
Sumber: DomRaider
No comments:
Post a Comment