GERMANTOWN, Md., 27 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang
membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf, hari ini
mengumumkan bahawa Zhang Zhuo dan Cristina Csimma, PharmD, MHP, telah
dilantik dalam Lembaga Pengarah, berkuatkuasa pada 18 September 2017.
“Saya
amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Encik Zhang and Dr. Csimma
dalam Lembaga Pengarah kami,” kata Rich Daly, Pengerusi dan CEO. “Encik
Zhang menyertai kami sebagai orang yang dilantik oleh Tianjin
Pharmaceuticals sebagaimana yang dipersetujui berkaitan dengan pelaburan
strategik $20 juta mereka pada Disember 2016. Kami amat menghargai
sokongan yang Tianjin berikan pada tahun lalu dan kami menunggu untuk
bekerja dengan perusahaan farmaseutikal multinasional yang besar begitu
dalam penyelidikan dan pembangunan bagi inovasi sel induk dan platform
molekul kecil kami. “
"Dr. Csimma mempunyai pengalaman kepimpinan
puluhan tahun dalam industri biofarmaseutikal serta kepakaran yang
tinggi dalam pembangunan ubat-ubatan. Wawasan beliau terhadap operasi
korporat dan penjanaan modal akan membantu Neuralstem dalam tempoh
transformatif yang berpotensi ini untuk syarikat itu,” sambung En.
Daly.
Encik Zhang kini merupakan Naib Pengarah bagi Kerjasama
Antarabangsa untuk Tianjin Pharmaceuticals, yang beliau sertai pada
tahun 2011. Encik Zhang memegang Ijazah Sarjana Sains dari London School
of Economics and Political Science dan Ijazah Sarjana Perdagangan
Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa dari University of Auckland, New
Zealand.
Cristina Csimma adalah Pengerusi Eksekutif, Lembaga
Pengarah untuk Exonics Therapeutics dan juga Ahli Lembaga Pengarah dan
Ahli Jawatankuasa Pampasan dan Pencalonan dan Tadbir Urus Korporat bagi
Juniper Pharmaceuticals. Beliau juga berkhidmat sebagai lembaga
penasihat termasuk Sucampo Pharmaceuticals, Jawatankuasa Penasihat
Saintifik Dermawan bagi Usahasama Persatuan Distrofi Otot; Lembaga
Pemantauan Eksekutif ke Rangkaian NeuroNext Institut Kesihatan Nasional
(NIH); Jawatankuasa Pengawasan Luar bagi Rangkaian Neurotherapeutics
Rangka Tindakan NIH, Lembaga Penasihat Luar Pusat MRCT bagi Hospital
Wanita, Harvard dan Brigham, Jawatankuasa Tinjauan Dana Pembangunan
Therapeutic Robertson dan Jawatankuasa Penasihat TREAT-NMD untuk
Therapeutics (TACT). Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Lembaga
Vtesse (diperoleh pada bulan Mac 2017 oleh Sucampo Pharmaceuticals) dan
Cydan, iaitu beliau juga Presiden dan CEO pengasas, Naib Presiden
Pembangunan Ubat-Ubatan di Virdante Pharmaceuticals Inc (diperolehi oleh
Moderna)., Pengetua di Clarus Ventures LLC, dan memegang peranan dalam
Penyelidikan Klinikal dan Penyelidikan Translasi di Institut Genetik
Wyeth (kini Pfizer) dan Institut Kanser Dana Farber.
Dr. Csimma
memperoleh kedua-dua Doktor Farmasi dan Sarjana Muda Sains Farmasi
daripada Massachusetts College of Pharmacy and Allied Health Sciences,
serta Sarjana Profesion Kesihatan daripada Northeastern University.
Mengenai Neuralstem
Neuralstem
adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang
membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf bagi keperluan
perubatan yang kerap tidak dipenuhi. NSI-189 adalah molekul kecil dalam
pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan
perkembangan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang
disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 serta strok.
NSI-566
adalah terapi sel induk yang diuji untuk rawatan lumpuh pada strok,
kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI) dan Sklerosis Lateral Amiotrofik
(ALS). Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah
berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.
Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan
Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "safe harbor"
bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan
masa hadapan seperti itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan
masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan perkataan seperti
"berharap," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "percaya," "mencari"
atau "akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan terhadap perkara yang,
pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu
yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza dengan ketara
berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah
risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk
berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan atau
kelulusan peraturan, keperluan modal masa depan, pergantungan terhadap
rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil
sebenar mungkin berbeza secara ketara berbanding keputusan yang
dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang
faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan
ketidakpastian lain diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan
berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun
berakhir 31 Disember 2016 dan Borang 10-Q untuk tiga dan enam bulan
berakhir 30 Jun 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa
(SEC), dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak
mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa
hadapan.
Hubungan:
Kimberly Minarovich
Argot Partners (Perhubungan Pelabur)
212-600-1902
kimberly@argotpartners.com
SUMBER : Neuralstem, Inc.
No comments:
Post a Comment