Friday, August 19, 2022

WHR GLOBAL MENGUMUMKAN PRESIDEN BAHARU, CHRIS LAGERMAN

WHR juga Menaikkan Pangkat Pekerja Kekal kepada Pengarah Operasi Global dan Pengurus Perkhidmatan Klien

MILWAUKEE, 17 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- WHR Global, Inc. (WHR), peneraju dalam industri penempatan semula pekerja global, mengumumkan bahawa Chris Lagerman telah dilantik sebagai Presiden baharu, berkuat kuasa dengan serta-merta. Kenaikan pangkat ini mencerminkan dedikasi Chris terhadap WHR dan industri mobiliti global. Sepanjang perkhidmatan 20 tahun Chris di WHR, beliau telah berkhidmat sebagai Kaunselor Penempatan Semula, Pengurus Perkhidmatan Klien dan sebelum ini, sebagai Pengarah Operasi Global (DO).

Sebagai DO, Chris telah membimbing pasukan Pengurus Perkhidmatan Klien di seluruh pejabat WHR di AS, Switzerland dan Singapura. WHR membantu beberapa organisasi global terbesar dan telah menempatkan semula beribu-ribu pekerja ke lebih daripada 100 buah negara di seluruh dunia. WHR merupakan pakar dalam menyediakan pasukan penempatan semula khusus untuk setiap ekspatriat, perkhidmatan yang amat teliti dan ketersediaan 24/7 untuk seluruh perjalanan penempatan semula mereka. Sebagai bukti kejayaan DO Chris, WHR hanya kehilangan satu klien korporat sepanjang sejarah 27 tahunnya, yang merupakan hasil langsung penumpuan Chris terhadap penawaran perkhidmatan terbaik dalam kelasnya.

CEO WHR Roger Thrun percaya bahawa Chris akan terus memacu kejayaan perkhidmatan dan teknologi WHR. “Chris telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan kami sepanjang 20 tahun yang lalu dan akan meneruskan kepantasan perkembangan global kami. Saya amat berbangga bahawa Chris merupakan sebahagian daripada WHR,” kata Thrun.

"Saya berbesar hati dan bersyukur atas peluang ini dan berharap dapat memacu pertumbuhan lanjut WHR," kata Lagerman.

Berkuat kuasa dengan serta-merta, WHR juga telah mengumumkan bahawa Heather Hess telah dinaikkan pangkat kepada Pengarah Operasi Global, mengetuai semua Pengurus Perkhidmatan Klien di AS, Switzerland dan Singapura. WHR juga mengumumkan bahawa Peter Janotta telah dinaikkan pangkat kepada Pengurus Perkhidmatan Klien, berkuat kuasa dengan serta-merta. Heather dan Peter telah masing-masing berkhidmat selama 14 tahun di WHR, mengamalkan pendekatan berorientasi perkhidmatan WHR terhadap mobiliti global dan berjaya mengurus program penempatan semula untuk syarikat Fortune 500.  

No comments:

Post a Comment