Friday, August 26, 2022

MARY KAY MENGUMUMKAN HASIL DARIPADA PROJEK PERKAMPUNGAN PERINTIS SDG DI CHINA (2017-2021) DENGAN PENGELUARAN LAPORAN IMPAK DAN VIDEO



Table
 
Wanita daripada Ensembel Seni “Huobonuoma,” atau “Puteri Bulan,” mempamerkan pakaian bersulam Yi mereka, sebuah kraftangan purba yang mewakili warisan kebudayaan bagi kumpulan etnik Yi. (Foto: Ihsan dari Penduduk Kampung Waipula)
 

 
Projek Menunjukkan Kesan Penggandaan bagi Keusahawanan Wanita dalam Memajukan SDG di Peringkat Tempatan

DALLAS, 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wanita luar bandar merangkumi satu perempat daripada penduduk dunia dan merupakan tulang belakang bagi ekonomi mereka, yang terdiri daripada anggaran 40% tenaga buruh pertanian di negara-negara membangun sebagai petani, pekerja upah dan usahawan.1 Walaupun sumbangan mereka yang kritikal kepada ekonomi tempatan, mereka masih terus menghadapi halangan berstruktur kepada pemilikan aset, gaji yang sama rata, penyertaan di dalam forum membuat keputusan, dan akses kepada sumber dan pasaran. Norma budaya juga menyebabkan wanita memikul sebahagian besar daripada tanggungjawab untuk penjagaan tanpa bayaran dan kerja rumah. 2

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220825005007/en/

Menyedari bahawa meningkatkan kehidupan wanita luar bandar adalah kunci dalam memerangi kemiskinan dan mencapai pembangunan mapan, UNDP China dan Mary Kay, dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Wanita China, Pusat Antarabangsa China bagi Pertukaran Ekonomi dan Teknikal, Persekutuan Wanita bagi Wilayah Yunnan dan Kerajaan Daerah Yongren, telah melancarkan Projek Perkampungan Perintis SDG di Waipula, Wilayah Yunnan, China pada 2017.

Projek bersama itu, yang bertajuk “Projek Perkampungan Perintis SDG: Pengurangan Kemiskinan dan Pembangunan Mapan Yang Ditumpukan kepada Wanita” (2017-2021), menangani halangan berstruktur kepada penyertaan wanita dalam pasaran buruh, termasuk melalui penyediaan perlindungan sosial dan penciptaan peluang-peluang keusahawanan hijau melalui ekopelancongan, dan ditambah dengan usaha untuk meningkatkan kepimpinan wanita di dalam forum membuat keputusan komuniti.

Wanita daripada kumpulan etnik Yi menjadi pemacu bagi pertumbuhan ekonomi dan pengurangan kemiskinan melalui campur tangan khusus jantina yang disasarkan yang memajukan sebuah ekonomi tempatan yang inklusif dan pemuliharaan warisan kebudayaan mereka. Aktiviti ini membawa perubahan transformasi di peringkat tempatan, dengan memajukan kesaksamaan jantina dan mempercepatkan pembangunan mapan.

“Projek ini menunjukkan cara bagaimana keusahawanan boleh menjadi satu alat yang berkuasa di dalam menangani jurang pendapatan di antara lelaki dan wanita sambil memerangi kemiskinan di kawasan luar bandar,” kata Beate Trankmann, Wakil Residen UNDP di China. “Wanita Yi telah memperoleh kemahiran dan sumber yang sesuai untuk memanfaatkan warisan kebudayaan mereka, membina asas ekonomi yang kukuh untuk diri mereka sendiri, dan menjadi pemimpin di dalam komuniti mereka, sekali gus membuka jalan bagi generasi akan datang.”

Projek perintis itu menonjolkan potensi bagi perkongsian pelbagai pihak, termasuk sektor swasta, di dalam memajukan SDG dan pada masa yang sama memaksimumkan impak bagi pembangunan keusahawanan wanita. UNDP China, bersama dengan Mary Kay China dan rakan sektor awam tempatan, bekerjasama dengan usahawan wanita untuk memastikan mereka dilengkapi dengan peralatan dan pendidikan yang diperlukan untuk menjadi pelaku ekonomi. Halangan kepada penyertaan mereka di dalam struktur membuat keputusan komuniti juga telah ditangani supaya mereka boleh menyumbang secara aktif kepada mewujudkan sebuah ekonomi hijau tempatan yang inklusif dan mapan.

“Projek Perkampungan Perintis SDG menunjukkan cara bagaimana sektor swasta boleh memainkan satu peranan penting di dalam membantu mencapai SDG itu dengan satu tumpuan yang teguh terhadap pemerkasaan ekonomi wanita dan menyediakan satu rangka tindakan mengenai bagaimana syarikat-syarikat boleh memanfaatkan kekuatan unik mereka dan mempercepatkan hasil pembangunan melalui perkongsian awam-swasta,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi, Mary Kay Inc.

“Pendekatan yang tertumpu kepada wanita itu dalam menyediakan peluang-peluang keusahawanan kepada wanita luar bandar terbukti transformatif. Apabila wanita mula mengambil bahagian di dalam pembangunan ekonomi dan seterusnya mendapat status di dalam komuniti mereka, seluruh kampung mendapat manfaat,” kata Wendy Wang, Presiden, Mary Kay Rantau Asia Pasifik.

Hasil bagi Fasa 1 projek itu menyediakan bukti yang menarik mengenai kesan transformasi yang boleh dilakukan oleh satu pendekatan responsif jantina untuk menyetempatkan SDG itu dan di dalam mereka bentuk respons bagi dasar dan program untuk satu pemulihan hijau dan inklusif pasca COVID-19.

Projek itu menyumbang kepada 12 SDG berikut:
  • Matlamat 1. Tiada Kemiskinan
  • Matlamat 2. Sifar Kelaparan
  • Matlamat 3. Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik
  • Matlamat 4. Pendidikan Berkualiti
  • Matlamat 5. Kesaksamaan Jantina
  • Matlamat 6. Air Bersih dan Sanitasi
  • Matlamat 8. Pekerjaan yang Memuaskan dan Pertumbuhan Ekonomi
  • Matlamat 9. Industri, Inovasi dan Infrastruktur
  • Matlamat 10. Mengurangkan Ketaksamaan
  • Matlamat 15. Kehidupan di Darat
  • Matlamat 16. Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh
  • Matlamat 17. Perkongsian untuk Matlamat
 
Projek Perkampungan Perintis SDG - Pencapaian Utama Fasa 1 (2017- 2021)
  • Dengan projek yang menyumbang kepada kempen pengurangan kemiskinan China, perkadaran penduduk kampung yang hidup di bawah garis kemiskinan kebangsaan jatuh daripada 28% pada 2017 kepada 0% pada 2020 di Waipula;
  • Melalui latihan dan pembinaan keupayaan, 60 isi rumah dan 193 orang individu yang hidup di bawah garis kemiskinan telah dikeluarkan daripada kemiskinan menjelang 2020;
  • 210 pekerja migran bermusim dan 120 pekerja migran jangka panjang, yang sebahagian besar mereka terdiri daripada wanita, dapat pulang ke rumah halaman untuk mencari pekerjaan atau memulakan perniagaan mereka sendiri;
  • 607 wanita tempatan mendapat pekerjaan dan meningkatkan pendapatan mereka dengan beberapa muncul sebagai pemimpin masyarakat, dengan mengambil peranan sebagai ahli jawatankuasa kampung dan pengurus di dalam hospitaliti dan kesenian tempatan, dan
  • Pendapatan per kapita rakyat meningkat kepada RMB 14,128 pada tahun 2021.
Untuk berkongsi kisah bagi Projek Perkampungan Perintis SDG itu, Mary Kay dan rakan-rakan telah mengeluarkan:
  • Satu Laporan Impak mengenai Fasa 1 bertajuk “Merintis Penyetempatan SDG di Peringkat Kampung – Sebuah Projek Pengurangan Kemiskinan dan Pembangunan Mapan Yang Bertumpukan kepada Wanita di Wilayah Yunnan, China” yang menonjolkan asal-usul, cara pelaksanaan dan hasil bagi projek itu yang dimajukan melalui proses pembangunan yang disokong oleh pelbagai pihak berkepentingan. Baca Laporan Impak itu di sini.
  • Sebuah video bertajuk “Puteri Bulan” yang menampilkan tiga orang pemimpin wanita dari Waipula: Yongyan Zhu, Xuefang Xia dan Shiqiong Han yang bercakap tentang perubahan yang mereka alami sendiri melalui keusahawanan. Wakil-wakil rakan juga menerangkan mengenai transformasi ekonomi, alam sekitar dan sosial yang telah berlaku di kampung itu. Tonton video berdurasi 11 minit itu di sini.
UNDP China dan rakan projek tidak lama lagi akan beralih ke Fasa 2 (2022-2024) yang bertujuan untuk:
  • Mempercepatkan keusahawanan: meningkatkan kapasiti penduduk kampung, terutamanya wanita, dan meningkatkan pendapatan mereka;
  • Menggalakkan kepelbagaian dan keterangkuman: melindungi budaya etnik tempatan dan memperkasakan wanita, dan
  • Memajukan pembangunan hijau: melindungi persekitaran semula jadi dan menggalakkan perkampungan lestari.
 
Untuk tahun kedua berturut-turut, Projek Perkampungan Perintis SDG itu telah disenarai pendek untuk Anugerah Perniagaan Bertanggungjawab Acara Reuters di bawah kategori “Anugerah Perintis SDG”. Majlis Anugerah itu akan berlangsung pada 13 Oktober di London.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impian beliau pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited kepada memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, advokasi, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang lestari, dengan bekerjasama bersama organisasi dari seluruh dunia dengan memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter

Maklumat mengenai Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP)

Sebagai agensi utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam pembangunan antarabangsa, UNDP beroperasi di 170 buah negara dan wilayah untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketaksamaan. Kami membantu negara-negara untuk membangunkan dasar, kemahiran kepimpinan, kebolehan bekerjasama, keupayaan institusi, dan untuk membina daya ketahanan bagi mencapai Matlamat Pembangunan Lestari. Usaha UNDP adalah tertumpu di dalam tiga bidang tumpuan: pembangunan mapan, tadbir urus demokratik dan pembinaan keamanan, dan ketahanan iklim dan bencana. www.undp.org

Maklumat mengenai Pusat Antarabangsa China bagi Pertukaran Ekonomi dan Teknikal (CICETE)

Beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Perdagangan, CICETE telah diasaskan pada 1983 dengan kelulusan Majlis Negeri. Fungsi utama CICETE, yang diwakilkan oleh Kementerian itu, adalah untuk menyelaraskan kerjasama di antara China, UNDP dan Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIDO) termasuk melaksanakan program bantuan mereka di China, dan menguruskan projek-projek bagi bekalan barangan am, projek Dana Bantuan Kerjasama Selatan-Selatan, dan projek pembinaan keupayaan di bawah program Bantuan China kepada negara-negara membangun yang lain. www.cicete.org.cn/en/

Maklumat mengenai Yayasan Pembangunan Wanita China (CWDF)

Yayasan Pembangunan Wanita China adalah sebuah yayasan AAAAA yang ditubuhkan oleh Persekutuan Wanita Seluruh China pada 1988. Ia adalah sebuah yayasan awam kebangsaan yang mengumpulkan dana dari China serta negara dan wilayah lain. Misi CWDF adalah untuk melindungi hak dan kepentingan wanita, meningkatkan kualiti hidup wanita, dan menggalakkan pembangunan wanita dan matlamat wanita di China untuk menyumbang ke arah membina sebuah masyarakat yang harmoni. www.cwdf.org.cn/en/

1 Pertubuhan Buruh Antarabangsa. (2018). Wanita luar bandar di tempat kerja: Merapatkan jurang.https://www.ilo.org/global/topics/equality-and-discrimination/publications/WCMS_619691/lang--en/index.htm  
2 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. (2021, 21 Oktober). Hari Antarabangsa bagi Wanita Luar Bandar. https://www.un.org/en/observances/rural-women-day

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220825005007/en/

Hubungi

Mary Kay Inc.
Komunikasi Korporat
media@mkcorp.com
+1-972-687-5332

Mary Kay China
Leo Zhou
Pengarah, Hal Ehwal Awam
leo.zhou@mkcorp.com
+86 1068349333

Sumber : Mary Kay Inc.

No comments:

Post a Comment