Thursday, August 25, 2022

RANTAIAN KESELURUHAN INDUSTRI GANODERMA BERKILAT DI GUAN XIAN MENCAPAI HASIL YANG KETARA

AsiaNet 97539


Table

Ganoderma berkilat Guan Xian


LIAOCHENG, China, 25 Ogos, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Dengan satu tema yang berpusat kepada pembangunan Guan Xian (Daerah Guan) untuk menjadi sebuah tanah subur bagi ganoderma berkilat (sejenis cendawan), yang terkenal kerana faedah kesihatannya, Persidangan Pembangunan Rantaian Keseluruhan Industri Ganoderma Berkilat Guan Xian China telah diadakan dari 19 Ogos hingga 21 Ogos di Liaocheng, di Wilayah Shandong. Persidangan itu menawarkan pemahaman dan pandangan mengenai pencapaian pembangunan berkualiti bagi industri ganoderma berkilat dan mengemukakan penyelesaian bagi keseluruhan pembangunan rantaian industri di Guan Xian, menurut Kerajaan Rakyat Guan Xian.

Penanaman ganoderma berkilat di Guan Xian bermula pada tahun 1980-an. Guan Xian, yang menempatkan lebih daripada 10,000 rumah hijau ganoderma berkilat meliputi sebuah kawasan seluas lebih 10,000 mu, pada masa ini mempunyai pengeluaran tahunan sebanyak 12,000 tan cendawan dan serbuk spora, lebih daripada 400,000 pasu bonsai, dan satu perolehan tahunan kira-kira RMB 2.56 bilion. Terdapat lebih daripada 80 syarikat perdagangan dan koperasi, yang menggajikan kira-kira 10,000 profesional. Ia telah menjadi pangkalan penanaman dan perdagangan ganoderma berkilat yang terbesar di China, di mana produknya diedarkan secara meluas ke pasaran borong ubat-ubatan herba dan farmaseutikal utama China, serta ke 20 buah negara dan wilayah termasuk Korea Selatan dan Singapura.

Sebagai satu daripada ubat herba Cina yang berharga, ganoderma berkilat adalah sejenis kulat perubatan yang ditemui terutamanya di kawasan tropika dan subtropika. Ia dianggap sebagai sejenis “herba ajaib” di dalam cerita rakyat Cina. Kajian farmakologi moden telah menunjukkan bahawa ganoderma berkilat mempunyai kesan di dalam meningkatkan daya ingatan, mengawal imuniti, melegakan keletihan, anti-pembekuan, dan bakteriostasis.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Guan Xian telah berusaha sedaya upaya untuk membawa industri ganoderma berkilat mereka ke landasan pembangunan yang pantas. Hari ini, industri itu sudah pun menjadi satu tonggak yang kompetitif di Guan Xian. Ketika teknologi penanaman yang sangat cekap semakin matang, satu model industri yang terus bertambah baik -- menyepadukan penanaman, pembiakan dan pemprosesan, pengedaran dan penjualan, pendidikan dan latihan, serta pelancongan kebudayaan -- sedang terbentuk. Ganoderma berkilat Guan Xian telah meraih kejayaan dengan anugerah seperti sebuah Produk Petunjuk Geografi Nasional, sebuah Tanda Perdagangan Pensijilan Petunjuk Geografi dan sebuah Produk Pertanian Bebas Pencemaran. Selain itu, sebuah projek perubatan nasional dan homologi makanan telah diluluskan untuk pelaksanaan di peringkat perintis di daerah itu.
 
 
Sumber: Kerajaan Rakyat Guan Xian
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=428002
 
   Kapsyen: Ganoderma berkilat Guan Xian
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=428003
 
   Kapsyen: Usaha bersama bagi pembangunan industri ganoderma berkilat
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=428004
 
   Kapsyen: Persidangan itu

No comments:

Post a Comment