Wednesday, August 10, 2022

THE NATURE CONSERVANCY DAN RAKAN-RAKAN GLOBAL MENGADAKAN SESI BAGI PENAMBAHBAIKAN KAWASAN MARIN TERLINDUNG DI PERSIDANGAN LAUTAN PBB DENGAN SOKONGAN DARIPADA MARY KAY INC.




Table

Logo The Nature Conservancy (Logo: The Nature Conservancy)


Dengan kurang daripada 3% lautan dilindungi secara berkesan, pihak berkepentingan menyeru untuk mengukuhkan usaha global bagi melindungi sekurang-kurangnya 30% daripada lautan kita dengan satu tumpuan kepada meningkatkan pengurusan bagi kawasan sedia ada, dan bukannya menggalakkan penubuhan perlindungan baharu.



DALLAS, 10 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Persidangan Lautan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2022 telah berlangsung dari 27 Jun hingga 1 Julai, di Lisbon, Portugal, dan mengumpulkan lebih 5,000 orang peserta, termasuk pemimpin dunia, usahawan, belia, pempengaruh dan ahli saintis. Persidangan itu bertujuan untuk memudahkan pihak berkepentingan ini dalam mencari inovasi dan penyelesaian yang dipacu oleh sains untuk bertindak balas terhadap satu krisis lautan pelbagai dimensi yang didorong oleh perubahan iklim, penangkapan ikan berlebihan, kehilangan habitat dan pencemaran.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220809005180/en/

The Nature Conservancy (TNC), dengan sokongan daripada Mary Kay Inc., mengadakan satu acara dengan kerjasama Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP), Kerajaan Ecuador, Yayasan Jocotoco, Yayasan Charles Darwin bagi Kepulauan Galapagos, Re:wild, dan Institut Pemuliharaan Marin.

TNC dan UNEP mengendalikan acara itu, dengan menonjolkan kepentingan kritikal bagi memastikan Kawasan Perlindungan Marin (MPA) yang berkualiti dengan meningkatkan tadbir urus, pengurusan yang berkesan, dan daya tahan iklim dan peranan penting yang boleh dimainkan oleh komuniti, Pertubuhan Bukan Kerajaan, kerajaan, dermawan, sektor swasta, dan peranan yang dimainkan oleh kerjasama merentas sektor dalam MPA yang berkesan.

Acara itu menonjol pada persidangan itu, memandangkan ia memberi penekanan kepada keperluan untuk menambah baik pengurusan bagi kawasan sedia ada, dan bukannya menggalakkan penubuhan perlindungan baharu. Memandangkan pada masa ini kurang daripada 3% MPA diurus dengan berkesan, keberkesanan bagi langkah-langkah perlindungan ini adalah penting untuk memanfaatkan potensi mereka untuk pemuliharaan dan mata pencarian.

Dr. Lizzie Mcleod dari TNC menyatakan, “Pengurusan yang berkesan adalah asas kepada mencapai komitmen 30x30—sebuah kempen untuk melindungi 30 peratus daripada lautan dunia menjelang tahun 2030. Dengan sokongan daripada Mary Kay, TNC, UNEP dan rakan-rakan yang lain, kami sedang membangunkan peranti bagi pengurus-pengurus marin untuk menambah baik pengurusan marin, menyokong pembiayaan mapan, dan membimbing pemulihan habitat marin. Dengan memanfaatkan inovasi, teknologi baharu dan amalan terbaik global, pengurus-pengurus marin akan lebih berupaya untuk menangani ancaman utama yang dihadapi oleh lautan kita.”

“MPA adalah kunci kepada kesihatan lautan dan pembangunan mapan. Tetapi mereka tidak selalunya efektif tanpa pelbagai sokongan. Peranti sokongan keputusan yang membolehkan reka bentuk dan pengurusan MPA yang lebih baik, perkongsian pengetahuan dan kerjasama adalah diperlukan untuk memberikan pihak berkepentingan marin sokongan yang mereka perlukan bagi melindungi lautan dengan lebih baik,” kata Ole Vestergaard, Pegawai Program di Cawangan Ekosistem Marin, Pantai & Air Tawar bagi Bahagian untuk Pelaksanaan Dasar Alam Sekitar di UNEP.

“Pengasas Mary Kay, Mary Kay Ash, percaya bahawa terdapat tiga jenis manusia di dunia ini: mereka yang membuat sesuatu berlaku, mereka yang melihat sesuatu berlaku dan mereka yang tertanya-tanya apa yang telah berlaku,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay. "Kami amat berbesar hati untuk bergabung tenaga dengan jenis manusia yang pertama ini untuk membangunkan peranti dan sumber yang diperlukan bagi melindungi lautan kita untuk generasi akan datang.”

Jika kita ingin melindungi dan memulihkan perkhidmatan ekosistem lautan dan pantai serta menghidupkan semula sistem lautan dan menjamin mata pencarian semasa dan masa depan kemanusiaan sejagat, kita mesti meningkatkan keberkesanan bagi kawasan perlindungan marin dalam mencapai matlamat pemuliharaan dan kemapanan mereka selari dengan mempercepatkan liputan MPA.

Maklumat mengenai The Nature Conservancy (TNC)

The Nature Conservancy adalah sebuah organisasi pemuliharaan global yang berdedikasi kepada memulihara tanah dan perairan yang menjadi tempat bergantungnya semua kehidupan. Dengan berpandukan sains, kami mencipta penyelesaian yang berinovatif dan di lapangan untuk cabaran kami yang paling sukar di dunia agar alam semula jadi dan manusia boleh bersama-sama berkembang maju. Kami menangani perubahan iklim, memulihara tanah, perairan dan lautan pada satu skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara mapan dan membantu menjadikan bandar raya lebih mapan. Beroperasi di 79 buah negara dan wilayah, kami menggunakan satu pendekatan kolaboratif yang membabitkan komuniti tempatan, kerajaan, sektor swasta dan rakan-rakan yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.nature.org atau ikuti @nature_press di Twitter.

Maklumat mengenai Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP)

UNEP adalah suara global yang terkemuka mengenai alam sekitar. Ia menyediakan kepimpinan dan menggalakkan perkongsian di dalam menjaga alam sekitar dengan memberi inspirasi, memaklumkan, dan membolehkan negara dan rakyat untuk meningkatkan kualiti hidup mereka tanpa menjejaskan kualiti kehidupan bagi generasi akan datang.

Maklumat mengenai Mary Kay Inc.

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impian beliau pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, advokasi, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang lestari, dengan bekerjasama bersama organisasi dari seluruh dunia dengan memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:  
https://www.businesswire.com/news/home/20220809005180/en/

Hubungi

Mary Kay Inc.
Komunikasi Korporat
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

The Nature Conservancy
Misty Edgecomb
Pengarah Komunikasi
medgecomb@tnc.org atau 484-343-3223

Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Laura Darby
Komunikasi dan Pengurusan Projek bagi Pemuliharaan Inovatif
laura.darby1@un.org

Sumber : Mary Kay

No comments:

Post a Comment