Tuesday, October 12, 2021

SIGNITORY: EKYC BAKAL MENJANA SERTA MENJAMINKAN KESELAMATAN PELBAGAI AKTIVITI ATAS TALIAN DENGAN SEMPURNA

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Melaksanakan transaksi tanpa jejak kertas yang ditandatangani serta lengkap dengan pengenalan diri kerajaan adalah sesuatu diluar jangkaan bagi orang dulu. Namun ianya menjadi realiti pada hari ini disebabkan kemajuan teknologi maklumat. Sebagai pembekal utama bagi kaedah penyelesaian tandatangan elektronik berteraskan eKYC berasaskan blok rantai, Signitory telah meramalkan permintaan dalam sistem tandatangan elektronik. Kini semakin ramai, menggunakan kaedah penyelesaian tandatangan digital berteraskan eKYC bagi memastikan kesinambungan didalam bidang perdagangan dan perniagaan.

 
"Satu komponen penting dalam perniagaan dan kewangan adalah keupayaan untuk menambah pelanggan melalui kaedah pendigitalan. Teknologi ini dikenali sebagai eKYC atau Kenali Pelanggan Anda secara elektronik, iaitu satu kaedah secara digital bagi mengesahkan identiti pelanggan anda dan dalam beberapa kes, latar belakang kewangan sebelum kontrak ditandatangani" kata Ketua Pegawai Eksekutif Signitory, Encik KC Lai. "Bagi industri dan perniagaan, ianya membantu dalam proses pengesahan dan pada masa hadapan, kami menjangkakan semua sector, dari perbankan hingga peruncitan akan menggunapakai kaedah teknologi eKYC."
 
Berdasarkan laporan terbaru, pihak bank berupaya menjimatkan sekurang-kurangnya $12 juta setahun dengan memperbaiki dan memperkasakan sistem eKYC sedia ada. Kos yang bakal ditanggung kerana tidak mempunyai eKYC yang betul adalah kombinasi denda kawal selia dan jangkaan kadar kehilangan pelanggan yang tinggi. Berdasarkan laporan itu lagi, 56% daripada pelanggan akan meninggalkan proses tersebut apabila diminta untuk mengunjungi cawangan secara bersemuka dengan kad pengenalan mereka. Bagi generasi muda, mereka mahukan proses aplikasi yang lancar. Perniagaan serta institusi kewangan mesti memenuhi tuntutan ini atau menghadapi risiko kehilangan pelanggan baru dan lama.
 
Pengguna digital telah matang dan kini berfikir secara kritis mengenai isu perlindungan data dan identiti digital. Mereka juga sedar dan tahu bahawa mereka terdedah kepada risiko penggodaman dan penipuan dalam talian. Pendekatan yang terlindung adalah salah satu penyelesaian dan platform tandatangan elektronik berteraskan eKYC berasaskan blok rantai seperti Signitory sewajarnya dipertimbangkan penggunaannya.
 
Teknologi tandatangan elektronik berteraskan eKYC berasaskan blok rantai oleh Signitory melindungi pengguna dan perniagaan daripada penipuan dalam talian dan pencurian identiti dengan dua cara. Pertama, ia mengesahkan identiti melalui platform yang selamat dengan teknologi pengecaman wajah yang terikat kepada kad pengenalan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan. Kedua, ia mencatat jejak tanda digital dalam sebuah lejar yang tidak berubah. Tiada ruang bagi penggodam untuk mengubah dokumentasi atau dokumen kewangan.
 
Penyelesaian seperti Signitory menawarkan pelbagai kemungkinan dan menggerakkan pertumbuhan ekonomi bagi semua industri. "Seorang pembeli boleh menandatangani invois tanpa khuatir angka akan diubah atau data kewangan dikompromikan. Begitu juga pemilik perniagaan dapat menandatangani kontrak bersama rakan kongsi mereka dengan selamat, dan yakin bahawa semua langkah eKYC yang betul telah diambil bagi mencegah penipuan identiti. Semua dokumen yang ditandatangani tidak boleh diubah dalam sistem Signitory." kata KC Lai.
 
Masa depan cerah kerana teknologi yang dibina oleh Signitory melindungi kepentingan semua pengguna digital. Perkhidmatan ini boleh dicuba secara percuma, dan terdapat pakej yang tersedia untuk pelbagai saiz dan jenis perniagaan. Perniagaan yang ingin tahu mengenai pilihan mereka digalakkan untuk memuat turun aplikasi ini di www.signitory.com dan mencuba pakej yang sesuai sesuai dengan keperluan mereka.
 
Latar belakang Signitory:
www.signitory.com
 
 
SUMBER: Signitory

No comments:

Post a Comment