Friday, October 29, 2021

NTHU DAN DAICEL JEPUN BERSAMA-SAMA MEMBANGUNKAN LOJI KIMIA MEJA REVOLUSIONER

 

Table
 
Prof. Kitamori Takehiko telah membangunkan sebuah sistem bendalir mikro berinovatif yang membolehkan operasi mencampur dan mengekstrak yang dijalankan secara konvensional dengan peralatan berskala besar dijalankan menggunakan sebuah cip kaca sebesar sebuah kad nama. (Foto: Universiti Nasional Tsing Hua)
 

HSINCHU, Taiwan, 29 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Universiti Nasional Tsing Hua (NTHU) dan syarikat kimia Jepun yang terkenal DAICEL mengumumkan sebuah projek bersama lima tahun untuk menyepadukan sebuah sistem bendalir mikro yang berinovatif yang dibangunkan oleh sarjana Kitamori Takehiko ke dalam industri pembuatan kimia hari ini. Jumlah pelaburan di dalam projek itu ialah 450 juta yen Jepun (kira-kira NT$110 juta), dan potensinya untuk mengurangkan penggunaan tenaga sambil menurunkan pengeluaran karbon dan sisa dijangka bakal menetapkan satu piawaian baharu bagi kelestarian di dalam industri kimia.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211028005388/en/

Prof. Kitamori, seorang perintis yang terkenal di dunia di dalam teknologi bendalir mikro dan bendalir nano dan bekas naib presiden di Universiti Tokyo, telah berkhidmat sebagai Profesor Pengerusi Kehormat Yushan bagi Institut Kejuruteraan Nano dan Sistem Mikro, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Kuasa di NTHU sejak tahun 2020. Membina di atas penyelidikan terdahulu beliau yang dijalankan di Universiti Tokyo, beliau telah membangunkan sebuah sistem bendalir mikro yang berinovatif yang membolehkan operasi mencampur dan mengekstrak secara konvensional dijalankan dengan peralatan berskala besar yang dijalankan dengan menggunakan sebuah cip kaca sebesar sebuah kad nama dan berupaya untuk menggabungkan beribu-ribu cip bendalir mikro secara serentak, sekali gus membolehkan untuk mencipta sebuah “loji kimia meja.”

Kitamori menjelaskan bahawa adalah agak sukar untuk mencampurkan beberapa tong besar bahan kimia dengan serta-merta dengan suhu dan kelajuan tindak balas yang berbeza, malah mungkin akan berlaku letupan jika bahan tersebut tidak dikendalikan dengan berhati-hati. Oleh itu, cara terbaik untuk mengadun bahan kimia adalah dengan melepasinya melalui sebuah saluran mikro, yang memungkinkan untuk mengawal dengan tepat jumlah bahan mentah yang digunakan, serta urutan dan keadaan pencampuran, dengan itu mengoptimumkan kualiti produk akhir.

Kitamori berkata matlamat projek itu adalah untuk mengurangkan saiz bagi peralatan pengeluaran kimia, supaya apa yang dihasilkan pada masa ini oleh sebuah kilang yang berukuran 20 x 20 meter boleh dikecilkan ke dalam sebuah sistem yang hanya bersaiz dua meter persegi. Lebih-lebih lagi, sebuah sistem sedemikian akan menggunakan tenaga dan bahan yang berkurangan, oleh itu menjadikannya lebih murah, dan juga akan menghasilkan karbon yang berkurangan.

Beberapa tahun lalu, ketika presiden DAICEL Ogawa Yoshimi terdengar tentang teknologi bendalir mikro yang dibangunkan oleh Kitamori, beliau sangat kagum, dan kini begitu gembira kerana DAICEL akan menyepadukan teknologi berinovatif ini ke dalam operasi mereka. Beliau juga tidak sabar untuk bekerjasama dengan NTHU di dalam memperkenalkan proses pembuatan yang menempa sejarah ini kepada dunia, yang juga beliau melihat sebagai satu cara dalam mempromosikan kelestarian dan ekonomi kitaran.

Dr. Fan-gang Tseng, Naib Presiden dan Pengarah bagi Penyelidikan dan Pembangunan, NTHU, berkata beliau amat optimistik tentang pembangunan masa depan bagi loji kimia bendalir mikro itu. Beliau menegaskan bahawa penggunaan proses bendalir mikro ini oleh DAICEL— satu daripada syarikat kimia terbesar di Jepun—dan oleh banyak kilang kimia yang bersaiz kecil dan sederhana di Taiwan akan membentuk satu lonjakan revolusi ke hadapan, dan boleh membawa kepada proses serupa digunakan oleh industri semikonduktor dan bioperubatan.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211028005388/en/

Hubungi

Holly Hsueh
NTHU
(886)3-5162006
hoyu@mx.nthu.edu.tw


Sumber : Universiti Nasional Tsing Hua

No comments:

Post a Comment