Friday, October 8, 2021

ALERZO MENCATATKAN PERTUMBUHAN URUS NIAGA LIMA KALI GANDA DARI PERMULAAN TAHUN KALENDER HINGGA TARIKH SEMASA DENGAN MELAYANI PERUNCIT TIDAK FORMAL NIGERIA

Teknologi sedang Mengubah sebuah Sektor Runcit Yang Dimiliki Sebilangan Besarnya oleh Wanita

SINGAPURA & IBADAN, Nigeria, 7 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Alerzo, satu daripada syarikat permulaan B2B yang paling pesat berkembang di Nigeria, hari ini mengumumkan bahawa volum urus niaga September tahunan mereka melebihi AS$155 juta, meningkat lebih lima kali ganda sejak permulaan tahun 2021.

Sejak pengumpulan dana Siri A syarikat itu pada musim panas ini, tempat pasaran B2B Alerzo telah memperoleh lebih dua kali ganda dalam hasil dan telah membina sebuah perniagaan pembayaran yang kini memproses lebih 400,000 urus niaga setiap bulan.

Adewale Opaleye (“Ade”) telah mengasaskan Alerzo di Ibadan, bandar raya ketiga terbesar di Nigeria, pada tahun 2019. Syarikat itu menyediakan lebih daripada 150,000 kedai runcit tidak formal — lebih 90% daripadanya dikendalikan oleh wanita — dengan penghantaran percuma pada hari yang sama, pembayaran tanpa tunai dan sebuah portfolio bagi perkhidmatan digital lain yang meningkatkan keuntungan kedai dan pada masa yang sama memudahkan kehidupan pemilik.

“Saya memulakan Alerzo untuk membantu ibu saya, seorang ibu tunggal yang mengendalikan dua kedai runcit tidak formal untuk menampung saya dan tiga adik-beradik saya. Sebelum Alerzo, beliau terpaksa menutup kedainya dan menempuh perjalanan berjam-jam lamanya untuk membeli inventori untuk kekal berniaga,” kata Opaleye, yang belajar ilmu fizik di Nigeria dan sains komputer di China. “Wanita seringkali menjadi mangsa kecurian kerana budak lelaki jalanan tahu pengusaha kedai runcit sering membawa wang tunai. Saya ingin menerapkan apa yang saya pelajari di China untuk menjadikan kehidupan lebih baik bagi ibu-ibu yang bekerja di Nigeria.”

Pada musim panas ini Alerzo memperoleh Shago Payments untuk mempercepatkan transformasi mereka dari sebuah tempat pasaran B2B kepada platform teknologi semua dalam satu. Shago, yang diasaskan oleh veteran industri pembayaran Sabastine Enechi, mempercepatkan usaha Alerzo ke dalam produk digital dan perkhidmatan kewangan. Dengan penyatuan Shago ke dalam AlerzoPay, cabang pembayaran syarikat itu, Alerzo kini menyediakan kedai-kedai runcit tidak formal dengan sebuah portfolio bagi perkhidmatan digital baharu seperti tambah nilai masa siaran mudah alih; pembayaran bil dan pemindahan rakan ke rakan.

Santie Botha, pengerusi bagi Bank Capitec (Afrika Selatan), baru-baru ini menyertai lembaga Alerzo sebagai pengarah bebas utama. “Saya menyertai lembaga Alerzo kerana saya mendapat inspirasi oleh kisah hidup Ade dan berkongsi komitmen Alerzo untuk memperkasakan wanita yang bekerja di Afrika,” kata Botha.

Iyinoluwa Aboyeji, pengasas bersama bagi Flutterwave dan Andela dan seorang anggota lembaga penasihat Alerzo berkata: “Kebanyakan perniagaan membincangkan mengenai satu permainan yang baik berhubung penyertaan kewangan dan ekonomi tetapi kemudian memusatkan perniagaan mereka di bandar-bandar mega yang mempunyai permahaman yang baik mengenai perniagaan seperti Lagos atau Nairobi. Tumpuan Alerzo kepada komuniti perdagangan yang berdaya maju dari segi komersil tetapi terpinggir di bandar-bandar kecil seperti Ibadan adalah menjadi contoh dan berwawasan. Saya mendapat inspirasi oleh tumpuan mereka pada komuniti yang benar-benar terpinggir.”

Selain Aboyeji, lembaga penasihat Alerzo termasuk eksekutif kanan yang pernah bekerja di KKR, Facebook, Wellington Management dan Galaxy Digital, antara lain.

Christina Sass, seorang daripada pelabur Alerzo dan seorang pengasas bersama Andela, berkata: “Alerzo adalah satu daripada perusahaan sosial yang jarang di mana satu misi sosial yang jelas dan berkuasa berjaya seiring dengan prestasi kewangan syarikat itu.”

Pada September, Alerzo memperluaskan operasi mereka ke wilayah Tengah dan Utara Nigeria, dan kini beroperasi di Abuja dan Kano. Syarikat itu merancang untuk melayani sebahagian besar Nigeria sebelum akhir tahun depan.

Maklumat mengenai Alerzo

Alerzo, yang beribu pejabat di Singapura dan Ibadan, Nigeria, adalah sebuah platform teknologi dan perkhidmatan semua dalam satu yang mengubah cara bagaimana kedai runcit tidak formal Nigeria beroperasi. Dengan Alerzo, peruncit boleh memesan stok, mengirimkannya dengan cepat, menerima dan membuat pembayaran tanpa tunai, mengesan keuntungan kedai dengan lebih baik, dan memudahkan sebuah portfolio perkhidmatan digital termasuk pembelian masa siaran, pembayaran bil, dan pemindahan rakan ke rakan. Layari kami di www.alerzo.com atau ikuti kami di LinkedIn, dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Alerzo sila hubungi kami di IR@alerzo.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15076

No comments:

Post a Comment