Monday, October 4, 2021

MEMULAKAN DALAM SATU ERA BAHARU BAGI PENDIDIKAN PERUBATAN DI NTHU

 


Table
 
Dekan bagi Kolej Sains Hayat Kao Ruey-Ho (kiri) dan ketua Jabatan Sains Perubatan Chen Linyi (kanan) membuat persiapan bagi program pasca ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan. (Foto: Universiti Nasional Tsing Hua)


HSINCHU, Taiwan, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rancangan Universiti Nasional Tsing Hua untuk mewujudkan sebuah program pasca ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan telah diluluskan pada satu mesyuarat rentas kementerian baru-baru ini yang diadakan di Kementerian Pendidikan. Proses pengambilan dan kemasukan permohonan sekolah itu akan dimulakan pada akhir 2021, dan kelas pertama bagi pelajar tajaan kerajaan akan didaftarkan pada September 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211001005043/en/

Presiden NTHU Hocheng Hong berkata bahawa NTHU sudah mempunyai sebuah asas yang teguh di dalam penyelidikan merentasi disiplin di dalam sains perubatan, termasuk analisis data besar, penerapan kecerdasan buatan (AI), kejuruteraan bio, sains bahan, dan perubatan nuklear, di mana sekolah itu berada pada kedudukan yang baik untuk melatih doktor yang pakar di dalam lebih daripada satu kepakaran. Oleh itu, program baharu ini merupakan satu lonjakan kuantum di dalam pendidikan perubatan di Taiwan.

Presiden Hocheng berkata bahawa NTHU sudah mempunyai jumlah anggota fakulti, pendanaan, dan infrastruktur yang mencukupi untuk program baharu tersebut. Di samping 180 ahli fakulti yang sedia ada yang mengajar kursus-kursus yang berkaitan, program itu telah  baru-baru ini merekrut 71 orang ahli fakulti sepenuh masa, dan 87 pakar perubatan saintis dari pusat-pusat perubatan terkemuka di seluruh Taiwan sebagai anggota fakulti tambahan. Tambahan pula, pejabat sementara bagi program ini telah mengumpulkan NT$2 bilion untuk pendidikan perubatan. Satu rancangan yang sedang berjalan untuk mewujudkan sebuah hospital pendidikan dan kompleks perubatan yang canggih di Taoyuan Aerotropolis di sebelah Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan sedang dikaji semula oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan.

Program pasca ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan itu adalah sebuah program empat tahun, dibuka untuk graduan dari semua disiplin ilmu. Pelajar yang ditaja oleh kerajaan akan diwajibkan berkhidmat di kemudahan kesihatan awam selama enam tahun. Mereka akan mendapat satu peluang untuk menjalani latihan lanjutan selama dua tahun di sebuah pusat perubatan.

NTHU akan menggunakan pengalaman mereka yang luas di dalam pengambilan pelajar untuk menerima hanya pemohon yang memenuhi kelayakan kemasukan yang ketat, proses pemilihan pelajar yang berinovatif dapat membuka satu jalan baharu untuk pendidikan perubatan di Taiwan.

Program pasca ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan itu akan menjadi sebahagian daripada Kolej Sains Hayat dan Perubatan (pada masa ini Kolej Sains Hayat). Dekan Kolej bagi Sains Hayat, Kao Ruey-Ho, bekas Penguasa di Pusat Perubatan Tzu Chi, berkata bahawa pemohon yang mendaftar secara terus ke NTHU akan dinilai berdasarkan kepada markah ujian, transkrip, dan temuramah, untuk memilih pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan akademik , serta minat untuk perubatan dan kebajikan awam.

Pelajar yang ditaja oleh kerajaan di dalam program itu akan mengikuti beberapa kursus yang direka untuk mempersiapkan mereka bagi menjalani tugas di kawasan luar bandar, seperti Praktikum Perubatan Komuniti, dan memanfaatkan teknologi diagnosis AI dan teknologi teleperubatan; mereka akan juga menghadiri seminar mengenai altruisme dan dedikasi terhadap kesihatan awam, yang akan diajar oleh pemenang bagi Anugerah Sumbangan Perubatan.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211001005043/en/

Hubungi

Holly Hsueh
NTHU
(886)3-5162006
hoyu@mx.nthu.edu.tw

Sumber : Universiti Nasional Tsing Hua  

No comments:

Post a Comment