Friday, July 20, 2018

SYARIKAT PENERBANGAN NASIONAL UGANDA MEMBUAT TEMPAHAN SAH UNTUK EMPAT BUAH PESAWAT CRJ900 BOMBARDIER

MONTREAL, 20 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pesawat Komersial Bombardier mengumumkan hari ini bahawa ia telah menandatangani tempahan sah untuk empat buah jet serantau CRJ900 dengan Syarikat Penerbangan Nasional Uganda.
 
Berdasarkan penyenaraian harga pesawat CRJ900, tempahan itu dianggarkan bernilai sebanyak US$190 juta.
 
“Kami mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Uganda atas kemunculan semula syarikat penerbangan negaranya. Kami teruja kerana syarikat penerbangan baharu itu memilih Bombardier dan pesawat serantau CRJ900 untuk kemunculannya yang akan datang,” kata Jean-Paul Boutibou, Naib Presiden Jualan Timur Tengah dan Afrika, Pesawat Komersial Bombardier. “Diiktiraf kerana penjimatan dan keberkesanannya, pesawat CRJ Series membolehkan syarikat penerbangan di seluruh dunia menyediakan rangkaian yang lebih baik kepada pelanggan dan kami sedia untuk membantu pembangunan pelancongan udara serantau Uganda dengan pesawat serantau CRJ900.”
 
Syarikat Penerbangan Uganda akan mengendalikan CRJ900 dalam konfigurasi dua kelas dengan 76 tempat duduk, termasuk 12 tempat duduk kelas pertama.
 
“Kami gembira untuk menempah jet serantau terkemuka dunia dan bersedia untuk memberikan pengalaman penerbangan paling moden dalam penerbangan serantau kepada seluruh rakyat Uganda dan Afrika,” kata Ephraim Bagenda, CEO Syarikat Penerbangan Nasional Uganda. “Semasa kami menjadikan Entebbe sebagai hab yang kukuh di Afrika Timur dan membina lebih rangkaian di Afrika, kami telah menyemak semula keperluan kami dengan menyeluruh. Dengan rekodnya yang terbukti di Afrika dan rantau lain di dunia, kami yakin bahawa pesawat CRJ900 akan menyumbang kepada kejayaan kami.”
 
Hari ini, 21 pengendali telah menggunakan 58 CRJ Series di Africa. Termasuk tempahan yang diumumkan hari ini, Bombardier telah merekodkan tempahan untuk 1957 buah jet serantau CRJ Series.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11269

No comments:

Post a Comment