Friday, July 27, 2018

FORBES TRAVEL GUIDE MENGUMUMKAN STRUKTUR KEPIMPINAN BAHARU UNTUK MENYOKONG PELAN PERLUASAN KE 100 NEGARA PADA TAHUN 2019

Jerry Inzerillo dilantik sebagai Naib Pengerusi bagi Lembaga Pengarah Forbes Travel Guide dan Filip Boyen menyertai syarikat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

ATLANTA, 25 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Forbes Travel Guide, pihak berkuasa global berhubung perjalanan mewah, hari ini mengumumkan satu rancangan untuk meningkatkan secara signifikan syarikat itu daripada menilai dan mengesahkan hospitaliti mewah di 60 buah negara kepada 100 negara menjelang akhir tahun 2019. Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan ini, syarikat itu telah membuat beberapa pelantikan penting dan kenaikan pangkat eksekutif.

Gerard "Jerry" Inzerillo, yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Forbes Travel Guide sejak tahun 2014, akan dilantik sebagai Naib Pengerusi bagi Lembaga Pelancongan Forbes Travel Guide dan seorang pemimpin veteran hospitaliti mewah selama 30 tahun, Filip Boyen, akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Forbes Travel Guide. Filip yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Small Luxury Hotels of the World, yang beliau sertai pada tahun 2015 berikutan pengawasan selama berdekad dengan Orient Express Hotels and Resorts di mana peranan terakhir beliau adalah Ketua Pegawai Operasi di Belmond dan akan kekal di London.

"Kepimpinan dan visi Jerry adalah satu daya penggerak di dalam kejayaan pertumbuhan syarikat itu selama empat tahun terakhir ini," kata Jeff Arnold, Pengerusi bagi Lembaga Pengarah Forbes Travel Guide. "Kami gembira beliau akan kekal di BOD dan membantu membimbing tadbir urus dan arah strategik kami di dalam era pengembangan baharu yang menarik ini. Kami mengharapkan yang terbaik bagi beliau di dalam pelantikan baharu beliau oleh Yang Teramat Mulia, Putera Mahkota Kerajaan Arab Saudi Mohammed Bin Salman, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Diriyah Gate."

Arnold berkata, "Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Filip ke syarikat itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dengan kepakaran operasi dan pertumbuhan pendapatan beliau yang sangat berharga yang memberi tumpuan kepada pembangunan peluang-peluang baharu dan diperluaskan bagi perniagaan kami. Pengalaman beliau yang luas di dalam hospitaliti mewah, komitmen kepada perkhidmatan tetamu dan rekod perkhidmatan yang terbukti sebagai seorang pengendali global bagi jenama mewah akan membantu kami meneruskan pertumbuhan kami dan pada masa yang sama mengekalkan komitmen kami untuk kecemerlangan yang tidak berat sebelah pada waktu globalisasi yang dinamik ini di pasaran mewah."

"Ia adalah satu penghormatan yang besar bagi saya untuk menyertai syarikat yang memulakan sistem penarafan hospitaliti Lima Bintang itu dan untuk berpeluang bekerja dengan sekumpulan profesional yang luar biasa ketika kami memperluaskan perkhidmatan kami kepada industri itu dan tetamu kami di seluruh dunia," kata Boyen.

Syarikat itu juga mengumumkan bahawa Tony Hounshell akan menyertai syarikat itu sebagai Naib Presiden Eksekutif bagi Kewangan dan akan bertanggungjawab ke atas operasi global bagi bahagian kewangan dan perakaunan syarikat itu. Tony mempunyai hampir dua puluh tahun pengalaman perkhidmatan kewangan senior dengan firma-firma terkemuka termasuk yang terbaharu, Ernst & Young. Di samping itu, veteran eksekutif Forbes Travel Guide Peter Kressaty, Tom Flournoy, Amanda Frasier, Mica Hill dan Marilyn Karstaedt telah dinaikkan pangkat menjadi Naib Presiden Eksekutif.

MAKLUMAT MENGENAI FORBES TRAVEL GUIDE

Forbes Travel Guide adalah satu-satunya sistem penarafan global yang bebas untuk hotel, restoran dan spa mewah. Bermula sebagai Mobil Travel Guide pada tahun 1958, syarikat itu telah mewujudkan sistem penarafan Lima Bintang yang pertama di Amerika Syarikat. Hari ini, pemeriksa Forbes Travel Guide yang menyamar mengembara ke seluruh dunia, untuk menilai hartanah berdasarkan kepada 900 standard yang ketat dan objektif. Penarafan Bintang tahunan syarikat itu, ulasan dan kisah-kisah perjalanan harian membantu pelancong yang pandai menilai dalam memilih pengalaman mewah yang terbaik di dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai Forbes Travel Guide, sila layari www.forbestravelguide.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11275

No comments:

Post a Comment