Tuesday, February 7, 2017

SUMITOMO MITSUI BANKING CORPORATION (SMBC, JEPUN) MEMILIH TEKNOLOGI GRID BEACON 2-FACTOR AUTHENTICATION (2FA) E-LOCK YANG TELAH DIPATENKAN UNTUK MENINGKATKAN CIRI KESELAMATAN DIGITAL, URUSNIAGA PERBANKAN KORPORAT INTERNET B2B DI JEPUN

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Sumitomo Mitsui Banking Corporation (SMBC) akan melancarkan khidmat urusniaga Perbankan Internet B2B ini pada bulan Mac 2017. Walaupun terdapat ancaman “phishing” dan penggodaman yang berterusan, SMBC akan terus memastikan sistem kawalan perbankan internet yang selamat dan terkawal untuk pelanggannya menjalankan urusniaga Perbankan Internet B2B. Salah satu langkah keselamatan yang terkini ialah melalui penggunaan khidmat One Flick Authentication Service di atas telefon pintar dengan menggunakan teknologi digital pintar TheGRIDTM Beacon 2-Factor Authentication. Teknologi digital pintar ini telah dibangunkan dan dipatenkan oleh e-Lock Corporation Sdn. Bhd. (e-Lock), sebuah syarikat IT FinTech (Teknologi keselamatan kewangan digital) yang berpangkalan di Malaysia dan mempunyai pejabat cawangannya di Tokyo, Jepun.  SMBC juga akan meluaskan khidmat pengesahan keselamatan ini kepada rangkaian perkhidmatan perbankan digital yang lain.

Teknologi TheGRIDTM Beacon 2-Factor Authentication membantu penyedia perkhidmatan kewangan yang menggunakan Internet untuk menangani ancaman kecurian identiti. Model perlindungan keselamatan berlapis yang dicipta memastikan informasi sulit para pelanggan sentiasa selamat dan terpelihara.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9743

No comments:

Post a Comment