Monday, February 20, 2017

PELANGGAN KESELAMATAN XURA RAIH MANFAAT DARIPADA APLIKASI PEMBELAJARAN MESIN TELEKOM

Kepimpinan dalam pembelajaran mesin telah melonjakkan penyelesaian keselamatan rangkaian Xura ke tahap yang terbaik – lihat perkembangan ini di MWC 2017, Gerai Pameran 8.1A41


WAKEFIELD, Mass., 17 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Xura, penyedia perkhidmatan komunikasi digital selamat yang terkemuka untuk Penyedia Perkhidmatan Komunikasi, mempunyai sejarah inovasi dan sekali-sekala telah menyampaikan produk keselamatan yang menggunakan pembelajaran mesin. Pada MWC 2017, Xura akan mempersembahkan cara mesin pembelajaran kendiri telah membantu pelanggannya mengatasi penipuan pemesejan laluan kelabu dan kotak SIM. serta cara ia membantu melindungi hasil pendapatan dan pelanggan daripada ancaman yang dibawa melalui pengisyaratan, misalnya serangan penafian perkhidmatan, penipuan dan pencerobohan privasi.

“Pembelajaran mesin ialah label yang digunakan untuk pelbagai jenis teknologi kecerdasan buatan. Kami telah mengambil keputusan bahawa kami perlu membuat pelaburan dalam sumber R&D yang banyak untuk menentukan teknologi khusus yang paling sesuai untuk kelas cabaran keselamatan telekom yang berbeza. Seterusnya, menggunakannya dengan penyelesaian kami dengan sewajarnya,” ujar Ilia Abramov, Ketua Keselamatan Rangkaian Xura. “Dengan melakukan ini, kami meningkatkan tanda aras prestasi industri bagi pengesanan pesanan laluan kelabu dan kotak SIM mengikut susunan magnitud, meletakkan kami jauh di depan dalam persaingan. Pelanggan kami kini memiliki penyelesaian paling efektif bagi menangani penipuan pemesejan aplikasi ke pengguna (A2P).”

No comments:

Post a Comment