TOKYO, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu
daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di
Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada pameran seni musim bunga
tahunan mereka yang bertemakan "Gunung Fuji," yang telah didaftarkan
sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia pada tahun 2013. Pada tahun ini, pelbagai
karya seni kimono oleh pelukis tempatan Itchiku Kubota, yang
menghidupkan semula teknik ikat Tsujigahana pada zaman Muromachi (1338-1573),
akan dipamerkan. Di samping itu, barangan daripada koleksi manik kaca purba
beliau akan dipaparkan. Pameran ini, yang berlangsung dari 28 Mac hingga 30
April, akan diadakan secara percuma kepada semua pengunjung.
No comments:
Post a Comment