Monday, October 5, 2015

TUC DIDAPATI MELANGGAR PATEN ISOLA


Pihak Juri Menganugerahi Ganti Rugi Sebanyak $11.5 Juta kepada Isola

CHANDLER, Ariz, 28 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Isola Group mengumumkan hari ini bahawa pihak juri di Mahkamah Wilayah A.S. untuk Wilayah Arizona mendapati bahawa Taiwan Union Technology Corporation (TUC) telah secara langsung dan tidak langsung melanggar paten utama yang dipegang oleh anak syarikat yang berpangkalan di A.S. iaitu ISOLA USA Corp. Produk-produk yang didapati melanggar paten tersebut ialah produk laminat dan prapreg TU-872 TUC. Pihak juri juga sebulat suara mendapati bahawa paten Isola adalah sah dan perlanggaran TUC adalah disengajakan. 

No comments:

Post a Comment