Tuesday, October 13, 2015

GADIS 15 TAHUN DARI NEW MEXICO LAYAK KE ACARA AKHIR UNTUK MEMENANGI SATU JUTA DOLAR BAGI APLIKASI PERMAINAN

Aplikasi Permainan Popular Memasuki Peringkat 4, dengan 6 orang Pemain Layak untuk Bermain, Termasuk 4 orang Gadis

DALLAS, Oct 2 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Permainan Million, iaitu aplikasi permainan eSports pertama yang dibangunkan oleh AIGC Games dan boleh didapati di App Store & Android Play Store secara percuma, baru sahaja mengumumkan bahawa 6 daripada 10 pemain mudah alih sudah layak untuk bermain di acara penstriman langsung Peringkat 4 untuk memenangi satu juta dolar. Turut termasuk dalam kalangan pesaing yang layak ialah gadis berusia 15 tahun dari Albuquerque, NM, seorang gadis dari Kanada, serta dua gadis lain. 

No comments:

Post a Comment