Wednesday, October 28, 2015

ONE AVIATION(TM) MEMILIH JINGGONG GENERAL AVIATION SEBAGAI PENGEDAR EKSKLUSIF CHINA BAGI JET ECLIPSE(TM)

XI'AN, China,  27 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- ONE Aviation berbesar hati untuk mengumumkan Jinggong General Aviation Co., Ltd. sebagai pengedar eksklusif untuk Jet Eclipse di China. Jinggong General Aviation, kini dalam tahun yang kesebelas operasi keselamatan di seluruh China, menawarkan platform jualan, latihan dan perkhidmatan sehenti dan bersepadu untuk setiap rangkaian pesawat yang mereka wakili, termasuk Cirrus dan Mahindra Airvan.

Pengurus Besar Jinggong General Aviation Co., Ltd., En. Zhang Mingding, menekankan: “Kami sangat teruja diberikan peluang ini untuk menawarkan Eclipse kepada pelanggan kami, terutamanya di bawah latar belakang pembangunan pesat penerbangan di China. Kami yakin bahawa kerjasama dengan ONE Aviation ini akan terus mengembangkan pasaran Eclipse di seluruh Asia."
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8422

No comments:

Post a Comment