Wednesday, October 28, 2015

PRA HEALTH SCIENCES MEMBUKA MAKMAL BIOANALISIS BARU DI BELANDA

RALEIGH, N.C., 27 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (PRA) (NASDAQ:PRAH) amat berbangga untuk mengumumkan pembukaan Makmal Bioanalisis canggih yang baru di Assen, Belanda. Kemudahan seluas 33,000 kaki persegi menyediakan 25 peratus lebih ruang berbanding makmal PRA sebelum ini, termasuk pelaburan ke atas peralatan molekul kecil dan besar yang terbaru, dan membolehkan kecekapan proses bionalisis optimum. Makmal baru tersebut juga terletak berhampiran dengan klinik Fasa I PRA di Groningen dan Zuidlaren, menyediakan capaian mudah dan analisis bagi sampel masa paling kritikal serta pelaksanaan ujian boleh suai.

“Kami berbangga untuk menawarkan pelanggan kami perkhidmatan makmal sains berkualiti tinggi yang terkemuka di industri dalam persekitaran baru dan inovatif ini,” kata Peter Ketelaar, Naib Presiden Perkhidmatan Makmal Bioanalisis Global PRA. “Kemudahan baru ini adalah bukti kepada komitmen PRA terhadap kecemerlangan dan semangat untuk memajukan pembangunan klinikal.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8419

No comments:

Post a Comment