Wednesday, May 4, 2016

Sage Mahu Menjadi Rakan Kongsi Teknologi Terbaik PKS

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Sage Software Solutions, yang merupakan peneraju pasaran dalam sistem pembayaran, gaji dan perakaunan bersepadu amat komited untuk menjadi rakan kongsi teknologi yang terbaik bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Naib Presiden Eksekutif dan Pengarah Urusan Sage Asia, Yaj Malik berkata jenama itu telah berkembang kukuh dan hari ini menjadi peneraju utama dalam penyelesaian perisian perniagaan bagi PKS.

Syarikat itu menawarkan penyelesaian perakaunan yang sesuai serta inovatif bagi 200,000 perniagaan di Malaysia.

Yaj berkata syarikat itu telah membantu pelanggannya untuk fokus kepada perniagaan mereka serta merancang masa depan.

"Sage di seluruh dunia memberikan tumpuan sepenuhnya ke atas keperluan pelanggan mereka yang sentiasa berubah-ubah. Syarikat kami komited untuk mengekalkan pelanggan," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Syarikat tersebut telah menganjurkan persidangan Sambungan Pelanggan Sage untuk Asia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada bulan lepas.

Lebih daripada 600 PKS menghadiri acara itu bagi mendapatkan maklumat syarikat serta idea-idea terkini mengenai kemampuan teknologi dalam memperkasakan perniagaan mereka.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1242183

MQA Jalin Kerjasama Dengan QQI Kukuhkan Bidang Jaminan Kualiti

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kualiti dan Kelayakan Ireland (QQI) mengukuhkan kerjasama dalam bidang jaminan kualiti dengan menandatangani "Memorandum of Arrangement" hari ini.

MQA dalam satu kenyataan hari ini berkata memorandum itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MQA Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa dan Ketua Eksekutif QQI Dr Padraig Walsh sementara Dr Hazman Shah Abdullah dan Dr Bryan Maguire mewakili sektor jaminan kualiti di kedua-dua agensi tersebut.

Majlis pemeteraian perjanjian yang berlangsung di Petaling jaya, dekat sini disaksikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia Datuk Prof Dr Asma Ismail dan wakil Kedutaan Ireland di Malaysia, Kerry O'Sullivan.

Ia bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama menerusi pertukaran dan perkongsian maklumat, program pertukaran pakar dan pegawai serta kerjasama dalam aktiviti penilaian akreditasi.

Dr Maguire berkata perjanjian tersebut mencerminkan tahap keyakinan tinggi dan komitmen kedua-dua agensi dalam memastikan pelajar mendapat pendidikan tinggi yang berkualiti.

Prof Rujhan pula berharap kedua-dua agensi dapat melaksanakan projek kebolehbandingan sistem jaminan kualiti dan kerangka kelayakan bagi memudahcara pengiktirafan kelayakan yang ditawarkan di Malaysia dan Ireland serta meningkatkan mobiliti pelajar antara kedua-dua negara.

Majlis menandatangani perjanjian berkenaan diadakan dalam Bengkel Sokongan Kesatuan Eropah Untuk Pendidikan Tinggi di Rantau ASEAN (SHARE) untuk kali pertama.

Bengkel sehari itu disertai antara lain oleh wakil agensi jaminan kualiti, badan profesional, institusi pendidikan tinggi, wakil pelajar dan alumni dari Malaysia, Filipina, Jerman, Hong Kong, Indonesia, Ireland dan Kemboja.

-- BERNAMA

SYED MUHAMMAD DILANTIK PENGERUSI PEMUDAH CARA PROGRAM FUTURE CEO


Datuk Dr Syed Muhamad bin Syed Abdul Kadir

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) — Pengerusi CIMB Islamic Bank Datuk Dr Syed Muhammad Syed Abdul Kadir dilantik sebagai Pengerusi Pemudah Cara ‘Future CEO Programme’ di Malaysia.
Program berkenaan yang ditawarkan oleh CEO Institute of Australia, badan pensijilan pertama dunia bagi CEO (ketua pegawai eksekutif), ialah platform bagi para eksekutif kanan dan pemimpin perniagaan perusahaan kecil dan sederhana bertemu secara berkala menerusi ‘pembelajaran secara pementoran’.
Pelantikan Syed Muhammad akan membantu memudahkan pengalaman pembelajaran bagi peserta program pembangunan dan menjadi mentor mereka dalam cabaran perniagaan semasa, kata K-Pintar Sdn Bhd, penyedia penyelesaian pembangunan modal insan utama, dalam satu kenyataan Selasa.
Mengulas pelantikan beliau, Syed Muhammad berkata beliau teruja atas pelantikannya sebagai pengerusi pemudah cara pertama program berkenaan di Malaysia memandangkan ia akan memberikannya peluang untuk berkongsi pengetahuan dan pengalamannya dengan peserta.
“Ia diharap memperkasa mereka dari segi keupayaan dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjadi ketua sebuah organisasi,” katanya.
Syed Muhammad turut mengetuai beberapa organisasi awam dan swasta.
Program itu dengan levi boleh dituntut daripada Dana Pembangunan Sumber Manusia, akan mengadakan mesyuarat pertamanya, membabitkan 16 peserta, pada 28 Mei ini.
— BERNAMA

CTS ENGINES DINAMAKAN "PEMBEKAL TERBAIK" BOEING UNTUK TAHUN 2015

Anugerah diberikan kepada kurang daripada 0.1 peratus daripada kesemua pembekal Boeing
 
FORT LAUDERDALE, Fla., 4 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) --  CTS Engines, pemimpin global bagi perkhidmatan penyelenggaraan enjin matang, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai ”pembekal Terbaik” Boeing untuk Tahun 2015 dalam kategori Perkhidmatan & Sokongan untuk sokongan baik pulih enjin CF6 mereka bagi armada E-4B Tentera Udara Amerika Syarikat.



PLATFORM ALIRAN KERJA EFFEKTIF DITUKAR NAMA KEPADA ALIRAN KERJA SIGNAVIO

BERLIN, 3 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Signavio GmbH, satu daripada pembekal perisian yang terkemuka untuk proses dan pengurusan keputusan mengumumkan penyatuan sepenuhnya bagi platform aliran kerja mereka yang berasaskan awan. Penyatuan Effektif ke dalam platform Signavio kini telah dimuktamadkan dengan menukar namanya kepada Aliran Kerja Signavio.

Effektif ditubuhkan pada tahun 2013 oleh tokoh veteran BPM, Tom Baeyens, berikutan peranannya yang instrumental sebelum ini di dalam pembangunan Activiti (sejak itu dicabang oleh Camunda) dan jBPM (Red Hat).

Dengan Aliran Kerja Signavio, syarikat-syarikat boleh:
– Rakam proses mereka
– Mengautomasikan proses dan peraturan tanpa apa-apa pengaturcaraan
– Memantu proses pelaksanaan


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8951

REGENT SEVEN SEAS CRUISES UMUMKAN JADUAL PERJALANAN UNTUK 2017-18

SYDNEY, 3 Mei, 2016/Medianet International-AsiaNet/ --

Syarikat kapal pelayaran mewah mengumumkan butiran bagi Pelayaran Northwest Passage yang epik di atas kapal Seven Seas Navigator, dan pelayaran sempena ulang tahun ke-25 di atas kapal Seven Seas Explorer.

Syarikat kapal pelayaran mewah mengumumkan butiran bagi Pelayaran Northwest Passage yang epik di atas kapal Seven Seas Navigator, dan pelayaran sempena ulang tahun ke-25 di atas kapal Seven Seas Explorer.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8949

Tuesday, May 3, 2016

GORDAGEN MELAPORKAN KEPUTUSAN GARIS ATAS UNTUK KAJIAN PENYELIDIKAN (KLINIKAL) MANUSIA AMERIKA SYARIKAT BAGI SUPPLEMEN PEMULIHAN OTOT

AsiaNet 64287 

MELBOURNE, Australia, 3 Mei, 2016/Medianet International-AsiaNet/ --

Gordagen Pharmaceuticals, sebuah syarikat persendirian dari Australia, hari ini mengumumkan keputusan positif garis atas bagi satu kajian klinikal fasa awal bebas Amerika Syarikat bagi pemakanan tambahan sukan E1-ElitE(TM) yang menyasarkan kesakitan dan fungsi otot berikutan senaman yang eksentrik.

Kajian ini, yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Mount Union, Ohio, berusaha untuk mengesahkan bukti keberkesanan positif Gordagen yang sedia ada bagi formulasi nE1-ElitE(TM) mereka untuk prestasi senaman dan pemulihan otot selepas menjalani senaman. Kajian dubel-buta yang dikawal oleh plasebo menunjukkan peningkatan yang ketara untuk pemulihan dari kesakitan otot yang disebabkan oleh senaman, otot mikro-trauma dan kelemahan.