Wednesday, January 26, 2022

PEMENANG HADIAH JEPUN 2022 DIUMUMKAN

TOKYO, 25 Jan., 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Yayasan Hadiah Jepun mengumumkan pemenang bagi hadiah Jepun 2022 pada 25 Januari. Prof. Katalin Kariko (Hungary/Amerika Syarikat) dan Prof. Drew Weissman (Amerika Syarikat) adalah pemenang bersama bagi Hadiah Jepun dalam bidang “Bahan dan Pengeluaran,” dan Prof. Christopher Field (Amerika Syarikat) telah dianugerahkan dengan Hadiah Jepun dalam bidang “Pengeluaran Biologi, Ekologi/Alam Sekitar.”

- Dalam bidang Bahan dan Pengeluaran

Prof. Katalin Kariko
https://kyodonewsprwire.jp/img/202201075829-O3-9jI7uI4q
 
Prof. Drew Weissman
https://kyodonewsprwire.jp/img/202201075829-O2-U7e24Ing
 
- Dalam bidang Pengeluaran Biologi, Ekologi/Alam Sekitar

Prof. Christopher Field
https://kyodonewsprwire.jp/img/202201075829-O1-23624s9r
 
Dengan hadiah tahun ini, Kariko dan Weissman telah diiktiraf di atas sumbangan penyelidikan perintis mereka kepada pembangunan vaksin mRNA, dan Field diiktiraf di atas sumbangan beliau yang cemerlang terhadap anggaran bagi produktiviti biosfera global dan sains perubahan iklim menggunakan formula termaju berdasarkan kepada pemerhatian.

Pada tahun ini, Yayasan itu meminta kira-kira 15,500 saintis dan jurutera terkemuka dari seluruh dunia untuk mencalonkan penyelidik yang bekerja dalam bidang-bidang untuk tahun ini, dan ia menerima 208 pencalonan dalam bidang Bahan dan Pengeluaran, dan 138 pencalonan untuk bidang Pengeluaran Biologi, Ekologi/Alam Sekitar. Pemenang tahun ini telah dipilih daripada sejumlah 346 calon.

Maklumat mengenai Hadiah Jepun
 
Penubuhan Hadiah Jepun itu telah didorong oleh hasrat kerajaan Jepun untuk mewujudkan  sebuah anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang akan menyumbang kepada pembangunan saintifik dan teknologi di seluruh dunia. Dengan sokongan banyak sumbangan, Yayasan Hadiah Jepun menerima pengesahan daripada Pejabat Kabinet pada tahun 1983.

Hadiah Jepun dianugerahkan kepada saintis dan jurutera dari seluruh dunia yang telah membuat pencapaian kreatif dan dramatik yang membantu memajukan bidang mereka dan menyumbang secara signifikan untuk merealisasikan keamanan dan kemakmuran bagi manusia sejagat. Penyelidik di dalam semua bidang sains dan teknologi layak bagi anugerah itu, dengan dua bidang dipilih setiap tahun dengan mengambil kira trend semasa di dalam pembangunan saintifik dan teknologi. Pada dasarnya, seorang individu dalam setiap bidang diiktiraf dengan anugerah itu, dan menerima sijil, pingat, dan hadiah wang. Setiap Majlis Penganugerahan dihadiri oleh Maharaja dan Maharani semasa, ketua bagi tiga cabang kerajaan dan pegawai lain yang berkaitan, dan wakil daripada pelbagai elemen masyarakat yang lain.
 
SUMBER: Yayasan Hadiah Jepun 


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15495

No comments:

Post a Comment