Thursday, January 20, 2022

BURSA MATA WANG KRIPTO POLONIEX MERAIKAN ULANG TAHUN KE-8 DENGAN BAIK PULIH STRATEGIK




BANDAR RAYA PANAMA, 19 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Poloniex, sebuah bursa mata wang kripto global, meraikan ulang tahun mereka ke-8 dengan satu transformasi strategik, termasuk penjenamaan semula, produk baharu, pengalaman pengguna yang dipertingkatkan dan strategi pemasaran global yang diperhalusi.

Ditubuhkan pada 2014, Poloniex membolehkan berjuta-juta pengguna untuk berdagang mata wang kripto dengan selamat dan mudah, dan perkembangan mantap mereka telah diiktiraf oleh industri itu sejak sekian lama. Memasuki tahun ke-9 mereka, Poloniex telah memperhalusi nilai jenama mereka sebagai Keghairahan, Kemakmuran dan Ketabahan.

Ini menandakan satu detik permulaan baharu bagi Poloniex. Mesej utama yang paling ingin disampaikan oleh ulang tahun pada tahun ini ialah “Evolusi”, dan nilai jenama baharu itu merangkumi keazaman Poloniex untuk memacukan kemajuan, mengekalkan kesegaran dan meningkatkan pengalaman pengguna di peringkat global.

Di samping itu, Poloniex melancarkan satu sistem perdagangan serba baharu yang akan menyampaikan prestasi unggul, satu API yang lebih baik dan keselamatan yang dipertingkatkan. Ciri-ciri perdagangan baharu dan produk kewangan akan juga dikeluarkan. Peningkatan itu akan meningkatkan prestasi dengan ketara dan memberikan pengguna dengan lebih kecairan berbanding sebelum ini.

Sebagai sebuah platform global, Poloniex akan juga mempercepatkan pengembangan mereka ke pasaran antarabangsa. Strategi pemasaran yang disasarkan akan dibangunkan untuk mengembangkan jejak global Poloniex dalam pasaran baru muncul seperti Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS), Asia-Pasifik (APAC), Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), dan Amerika Latin (LATAM) untuk memacukan keseluruhan pertumbuhan perniagaan.

Selain itu, program Pengembara Angkasa baharu yang mengintegrasikan program sukarelawan dan rujukan sebelum ini akan tersedia tidak lama lagi, yang mewujudkan satu kolektif yang saling menguntungkan untuk melibatkan dan menyatukan masyarakat setempat.

“Ulang tahun ke-8 itu adalah satu peristiwa penting untuk Poloniex, dan kami tidak mungkin dapat mencapainya tanpa sokongan berterusan daripada pengguna kami,” kata Shaun Scovil, Pengurus Besar bagi Poloniex. “Ini hanya merupakan permulaan dengan lebih banyak perkara hebat akan datang. Kami mempunyai satu rancangan pertumbuhan yang bercita-cita tinggi dan bersedia untuk menerima masa depan dalam industri yang sentiasa berubah ini. Kemas kini strategik ini akan menggerakkan evolusi kami ke fasa seterusnya.”

Pada masa ini, Poloniex menyediakan sokongan penjagaan dan perdagangan untuk lebih 300 token dan 450 pasangan pasaran, serta produk kewangan yang lain untuk menghubungkan dunia kepada kuasa aset digital. Melangkah ke hadapan, Poloniex akan terus berdedikasi untuk membina sebuah bursa yang bertaraf dunia dan selamat untuk pengguna di seluruh dunia.

Untuk meraikan ulang tahun itu, Poloniex akan melancarkan kempen ganjaran yang besar bagi pengguna setia mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://poloniex.com.

Maklumat mengenai Poloniex

Poloniex telah diasaskan pada Januari 2014 sebagai sebuah bursa mata wang kripto global. Dengan platform dagangan dan keselamatan mereka yang bertaraf dunia, ia menerima pembiayaan pada 2019 daripada pelabur terkenal.

Poloniex menyokong kontrak kekal, dagangan spot dan margin serta token berleveraj, dan perkhidmatannya menjangkau kepada pengguna global di hampir 100 buah negara dan wilayah dengan pelbagai bahasa tersedia, termasuk bahasa Inggeris, Turki dan Rusia.

Laman webhttps://poloniex.com 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15479

No comments:

Post a Comment