KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama)
-- Pelancong dari tanah besar China kini boleh mengunakan kemudahan
platform pembayaran e-dompet Alipay dalam yuan di semua 242 cawangan
Starbucks di Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, Berjaya
Starbucks Coffee Company Sdn Bhd berkata pelancong China yang membayar menerusi
Alipay juga dapat menikmati diskaun 10 peratus pada 5 yuan (RM1
= 1.56 yuan) dan tawaran minuman percuma pada masa sama, sekali
seminggu bagi tempoh antara 18 Ogos dan 31 Okt, 2017.
"Setiap pelanggan akan turut
menerima e-baucar potongan 10 peratus bagi kegunaan akan datang,
selepas melakukan transaksi pertama," kata kenyataan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya
Food Bhd, Sydney Quays berkata menerusi penerimaan penggunaan Alipay
pada April 2017, langkah itu membolehkan pelancong China
untuk hanya memaparkan aplikasi mudah alih mereka di kaunter
bagi pembelian secawan kopi.
Berjaya Starbucks Coffee Company
merupakan unit milik penuh Berjaya Food Bhd.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment