Friday, February 5, 2021

PENYELIDIK NTHU MEMBAWA ROBOTIK KE TAHAP SETERUSNYA





Table


Sebuah pasukan penyelidik antara disiplin yang diketuai oleh Profesor Unggul James Chang dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Kuasa baru-baru ini telah membangunkan sebuah robot manusia yang meniru dengan teliti pergerakan tangan seorang manusia. (Foto: Universiti Nasional Tsing Hua)
 

HSINCHU, Taiwan, 5 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Walaupun digunakan secara meluas di dalam pembuatan, robot memerlukan lebih banyak kelincahan untuk digunakan di dalam bidang kejururawatan dan pemulihan. Dengan ini, sebuah pasukan penyelidikan antara disiplin yang diketuai oleh Profesor James Chang dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Kuasa baru-baru ini telah menerapkan kemajuan terkini di dalam bidang AI, biomekanik, dan kejuruteraan faktor manusia untuk membangunkan sebuah robot yang dapat meniru pergerakan teliti bagi tangan manusia. Dikurniakan dengan deria penglihatan dan sentuhan yang tajam, tangan robot itu cukup tangkas untuk menangkap sebiji bola dan menarik keluar kertas tisu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210204005049/en/

Direka dan dihasilkan sepenuhnya di Taiwan, robot yang mahir dan mempunyai dua tangan ini telah diberi gelaran “Tsing-Hua Gentleman” oleh Presiden NTHU Hocheng Hong, yang berkata bahawa ia telah ditakdirkan untuk memainkan satu peranan utama dalam bidang penjagaan perubatan.

Ketangkasan robotik canggih

Apa yang membuatkan robot ini unik adalah bahawa sebelah tangan memberikan kekuatan, sementara yang sebelah lagi adalah sangat tangkas. Chang berkata bahawa tangan yang tangkas itu diperlukan dalam kebanyakan pekerjaan di dalam aplikasi perubatan, seperti di dalam ujian covid-19 di mana tangan itu harus cukup tangkas untuk mengendalikan ujian mengesat kapas dengan perlahan-lahan masuk dan keluar dari lubang hidung atau kerongkong seseorang. Dengan mengatasi batasan lengan robot yang bersendi enam, lengan robotik Chang mempunyai tujuh sendi, yang membolehkan pergerakan yang lincah, bahkan dalam cara yang tidak dapat dilakukan oleh lengan manusia. Robot itu yang dibangunkan oleh pasukan Chang meniru tangan manusia dengan teliti, dengan tahap ketangkasan yang dicapai dengan mendigitalkan pergerakan tangan manusia, menjadikan tangan robotik itu cukup tangkas untuk memegang seorang bayi atau membalikkan pesakit yang terbaring di tempat tidur.

Persepsi seperti manusia

Chang menjelaskan bahawa tangan yang tangkas ini meniru reka bentuk bagi jari-jari manusia, dengan menggunakan transmisi pneumatik untuk mengawal pergerakannya dengan sebuah alat pengesan tekanan tepat yang dipatenkan di Amerika Syarikat yang bertindak balas terhadap perubahan kepada daya magnet. Jika dibandingkan dengan robot yang memerlukan sebuah sensor yang berasingan untuk setiap arah, tangan robot Chang hanya mempunyai satu sensor untuk pengesanan pelbagai arah, menjadikannya seakan seperti sebuah tangan manusia. Dengan sebuah sistem visual 3D untuk mengimbas objek-objek di sekitarnya dalam jarak yang luas, robot ini mempunyai penghayatan ruang dan keupayaan untuk menggunakan AI untuk mengenal pasti objek.

Inspirasi

Seorang pemegang Ph.D. dari Carnegie Mellon University, Amerika Syarikat, Chang sebelum ini telah bekerja di IBM, dengan mengkhususkan diri di dalam bidang mekatronik dan robotik. Setelah kembali ke Taiwan, beliau telah bertemu dan bekerjasama dengan rakan sekolah rendah beliau Yu-Cheng Pei, seorang doktor pemulihan di Chang Gung Memorial Hospital, di bawah sokongan Kementerian Sains dan Teknologi untuk membangunkan alat bantu untuk digunakan oleh pesakit yang mengalami gangguan fungsi tangan.

Dorongan awal Chang untuk membangunkan robot ini datang dari isteri beliau setelah melihat sebuah robot di TV yang dapat memasak makanan. “Saya memberitahunya itu hanya satu animasi, tetapi permintaannya sangat bersungguh-sungguh sehingga saya berjanji untuk mencipta sebuah robot yang benar-benar dapat memasak untuk kita,” kata Chang sambil tersenyum.

Taiwan akan menjadi sebuah masyarakat yang berusia lanjut menjelang tahun 2025. Oleh itu, Chang berhasrat untuk membangunkan sebuah robot yang mampu melakukan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan oleh orang tua, dan, sudah tentu, memasak dan mencuci pinggan mangkuk.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210204005049/en/

Hubungi

Holly Hsueh
Universiti Nasional Tsing Hua
(886)3-5162006
E-mel: hoyu@mx.nthu.edu.tw
 
Sumber : NTHU

Thursday, February 4, 2021

LEDDARTECH MENGUMUMKAN PELANTIKAN YANN DELABRIÈRE KEPADA LEMBAGA PENGARAHNYA

QUEBEC CITY, 3 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderiaan AD, berasa sukacita untuk mengumumkan penyertaan pelantikan En.Yann Delabrière kepada Lembaga Pengarahnya, yang meningkatkan lagi kepakaran kepelbagaian dan industri Lembaga.


En.Delabrière mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam jawatan eksekutif kanan dalam industri aeroangkasa, identiti, keselamatan dan automotif.En.Delabrière menjawat peranan Pengarah Bukan Eksekutif ST Microelectronics buat masa ini.Beliau juga sedang memegang jawatan Pengerusi Lembaga IDEMIA, peneraju global dalam realiti terimbuh, yang sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Presiden dan CEO.En.Delabrière juga bertindak sebagai Pengarah Bebas Utama Alstom S.A., sebuah gergasi industri yang membangunkan dan memasarkan sistem bersepadu yang menyediakan asas mampan untuk masa hadapan pengangkutan.

Pengalaman senior dan tahap-C En.Delabrière dalam automotif termasuk:
  • Faurecia: Pengerusi dan CEO Faurecia, pemimpin sedunia dalam peralatan automotif.KepimpinanEn. Delabrière membawa kepada pertumbuhan organisasi yang dramatik, terutamanya di Amerika Utara dan Asia, dan memulihkan kebolehuntungan serta keupayaan penjanaan wang tunai.
  • PSA Peugeot Citroën: Memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan yang akhirnya membawa kepada penyertaan dalam Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan yang baru diwujudkan.Selaras dengan jawatannya sebagai CFO, En.Delabrière kemudiannya menjadi Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif unit kewangan pengguna PSA.
Antara 1983 hingga 2018, En.Delabrière juga membawakan pengalaman eksekutif beliau kepada industri aeroangkasa, identiti dan keselamatan.
  • Zodiac Aerospace: Penasihat kepada Lembaga kemudian CEO syarikat.Semasa tempoh perkhidmatan En.Delabrière, beliau menstrukturkan semula dan menyelia jualan syarikat kepada Safran Group pada tahun 2018.
  • Capgemini: Berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Pengerusi jawatankuasa audit syarikat.
  • Société Générale: Pengarah Bukan Eksekutif.
  • Printemps: CFO Kumpulan untuk kumpulan runcit atasan yang kini dikenali sebagai Kering.
  • COFACE: CFO untuk agensi kredit eksport Perancis selepas sepenggal dengan Mahkamah Juruaudit Perancis dan tiga tahun dalam jabatan Kementerian Perdagangan Asing Perancis bermula pada 1983.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14221

PELABUHAN PERDAGANGAN BEBAS HAINAN MENJADI SATU DESTINASI MENARIK UNTUK PEMBUKAAN DAN KERJASAMA DI DALAM PENDIDIKAN ANTARABANGSA

 





HAIKOU, China, 2 Feb, 2021 /Xinhua-AsiaNet/–

“Saya terkejut dengan kecekapan penandatanganan perjanjian, pemilihan tapak dan pembinaan. Ia mengambil masa hanya 2 tahun untuk membina sebuah kampus baharu seluas 145 mu (kira-kira 96,666.7 meter persegi),” kata Jo Evans. Beliau mengingati kembali penubuhan Harrow School Haikou dan menunjukkan rasa hormat.

Kerajaan China telah mengambil keputusan untuk membina pelabuhan perdagangan bebas Hainan menjadi satu  penanda aras bagi inovasi pendidikan pada tahun 2019.

Jo Evans sebelum ini bekerja sebagai seorang eksekutif di sekolah antarabangsa yang berprestij di Beijing dan Shanghai. Setahun yang lalu, beliau menerima satu tawaran dari Harrow International School Haikou yang mengajak beliau berkhidmat sebagai naib pengetua. Kerana ingin tahu mengenai Hainan, beliau dengan pantas menerimanya. Memandangkan pelbagai dasar telah dikeluarkan secara berturut-turut, Jo Evans merasakan bahawa adalah lebih mudah bagi orang asing untuk bekerja dan tinggal di Hainan. Beliau sibuk tetapi gembira.

Menurut Jabatan Pendidikan bagi Wilayah Hainan, dengan pembukaan di dalam pendidikan antarabangsa, 36 buah kolej terkenal, seperti Fachhochschule Bielefeld University of Applied Sciences, Coventry University dan University of Alberta, telah mengadakan kerjasama untuk mendirikan kampus di Hainan. Mereka terutamanya menetap di dalam karier Zon Perintis Inovasi Pendidikan Antarabangsa Li’an di Lingshui dan Yazhou Bay Sci-Tech City di Sanya.

“Dengan sebilangan besar sumber pendidikan berkualiti tinggi, Sanya akan mengambil dengan tangan terbuka bakat-bakat utama di dalam bidang yang berkaitan,” kata Tong Liyan, Timbalan Setiausaha Parti Sepenuh Masa bagi Pentadbiran Yazhou Bay Sci-Tech City.

Sepanjang dua tahun yang lalu, sebanyak 400 projek pendidikan sedang dalam pembinaan di Hainan, dengan jumlah pelaburan kira-kira 4600 juta dolar AS. Terjejas oleh COVID-19, sejak akhir tahun lalu, beberapa ibu bapa yang merancang untuk menghantar anak mereka ke luar negara untuk belajar telah mengalihkan pandangan mereka kembali kepada dasar-dasar belajar di luar negara China dan maklumat pekerjaan di Hainan.

“Pembangunan bagi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan akan menarik lebih banyak pelajar cemerlang ke sekolah-sekolah antarabangsa di sini,” kata Jo Evans, yang juga membawa anak lelaki dan perempuan beliau ke Haikou. “Mereka dengan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu itu. Langit biru, awan putih dan rasa tropika sangat menarik sehingga mereka boleh pergi ke pantai untuk mengumpulkan kerang selepas waktu sekolah. Mereka telah jatuh cinta dengan Haikou sama seperti saya.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14212

Wednesday, February 3, 2021

SPOTIFY DILANCARKAN DI KOREA SELATAN

Perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia dilancarkan di tempat kelahiran K-Pop

SEOUL, Korea Selatan, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Spotify (NYSE: SPOT) hari ini melancarkan perkhidmatan mereka di Korea Selatan, dengan memberikan akses kepada pendengar Korea dengan lebih daripada 60 juta trek dan lebih 4 bilion senarai main dari seluruh dunia. Sebagai perkhidmatan langganan penstriman audio yang paling popular di dunia, Spotify menawarkan sebuah antara muka yang sangat mudah, sebuah kerangka teknologi berinovatif, penemuan muzik baharu pada setiap hari dan cadangan algoritma yang diperibadikan kepada cita rasa muzik setiap pendengar. Pelancaran ini membawa jumlah pasaran Spotify kepada 93.

Sebagai pasaran muzik keenam terbesar di dunia*, Korea Selatan adalah satu langkah kritikal yang seterusnya di dalam perjalanan pengembangan global Spotify. Korea Selatan bukan sahaja merupakan antara pasaran yang paling inklusif secara digital di dunia, tetapi ia juga diakui secara meluas sebagai sebuah pusat kebudayaan dan muzik, sebahagiannya disebabkan oleh fenomena K-Pop di peringkat global. Sejak Spotify melancarkan senarai main K-Pop mereka yang pertama pada tahun 2014, bahagian pendengaran K-Pop di platform itu telah meningkat lebih 2,000%. Dengan pelancaran ini, Spotify merancang untuk mempercepatkan pertumbuhan bagi keseluruhan ekosistem penstriman muzik Korea, yang memberi manfaat kepada pencipta, label, pengedar dan peminat.

“Kami selalu ingin berada di tempat di mana pendengar dan artis berada, dan Korea kaya dengan kedua-duanya,” kata Alex Norström, Ketua Pegawai Perniagaan Freemium bagi Spotify. “Pelancaran ini memberikan satu peluang besar bagi kami untuk tidak hanya memajukan misi kami bagi membawa kandungan baharu dan berkualiti kepada lebih banyak audiens, tetapi juga membantu artis Korea tempatan memanfaatkan 320 juta pendengar Spotify di seluruh dunia. Kami berharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang bagi artis Korea merentasi semua genre untuk ditemui oleh pendengar di seluruh dunia.”

Spotify telah menyesuaikan pengalaman muzik secara unik bagi setiap pasaran. Sebagai sebahagian daripada pelancaran hari ini, Spotify telah memperkenalkan satu senarai main yang baharu yang dibuat khusus untuk Korea Selatan. Senarai main ini menawarkan muzik terpilih dan terkini dari pasukan pakar muzik Korea kami, merentasi sebahagian daripada genre yang paling popular. Ini termasuk:
Senarai main baharu ini akan bergabung dengan hab genre K-Pop Spotify yang merangkumi pelbagai muzik Korea, termasuk K-pop, Hip Hop, Indie, OST, R&B dan banyak lagi, serta ‘RADAR Korea’, satu senarai main yang menemui K-muzik yang segar dan sebahagian daripada program artis baru muncul global Spotify. Hab itu disetempatkan di lebih 72 buah negara, termasuk Rusia, India, Brazil dan Emiriah Arab Bersatu.

Di Korea, pendengar baharu boleh mencuba Spotify Premium 7 hari secara percuma di telefon bimbit mereka tanpa maklumat kad kredit dan percuma selama 3 bulan dengan maklumat kad kredit, jika dilanggan sebelum akhir Jun 2021. Pendengar boleh berinteraksi dengan Spotify merentasi sebilangan besar peranti dan integrasi aplikasi termasuk Instagram, Facebook, Samsung mudah alih dan TV, LG TV, Microsoft Xbox, Bose dan banyak lagi.

Aplikasi Spotify tersedia untuk dimuat turun bagi kedua-dua pelan Individu dan Duo Premium. Untuk menikmati muzik mengikut cara yang anda mahu, muat turun aplikasi Spotify hari ini melalui Android atau iOS app store atau dengan melayari ke www.spotify.com/kr-ko/.

Klik di sini untuk gambaran lebih lanjut.

* Menurut IFPI (https://www.ifpi.org/wp-content/uploads/2020/07/Global_Music_Report-the_Industry_in_2019-en.pdf)

Maklumat mengenai Spotify Technology S.A.

Spotify mengubah pendengaran muzik selama-lamanya ketika kami dilancarkan pada tahun 2008. Misi kami adalah untuk membuka potensi bagi kreativiti manusia dengan memberikan satu juta artis kreatif peluang untuk menikmati seni mereka dan berbilion peminat peluang untuk menikmati dan mendapat inspirasi daripada pencipta ini.

Hari ini, dengan lebih daripada 60 juta trek dan lebih daripada 4 bilion senarai main, kami adalah merupakan perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia dengan sebuah komuniti yang melebihi 320 juta pendengar merentasi 93 buah pasaran.

Kami menggunakan laman web Pelabur dan Untuk Rekod kami serta media sosial lain yang disenaraikan di dalam tab “Sumber - Media Sosial” di laman web Pelabur kami untuk mendedahkan maklumat syarikat. Untuk maklumat lanjut, imej, atau untuk menghubungi pasukan akhbar, sila layari https://newsroom.spotify.com/.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210201005846/en/

Hubungi

Media
Eileen Moore
Amerika Syarikat - Spotify: press@spotify.com
Korea - Spotify: koreapress@spotify.com

Sumber : Spotify Technology S.A.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14217

VITRUVIAN BAKAL MEMPEROLEH MAJORITI PEGANGAN SAHAM DALAM EXPEREO

AMSTERDAM, Netherlands, 2 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Vitruvian Partners, firma pertumbuhan modal dan beli habis antarabangsa, telah mencapai persetujuan dengan Apax Partners sas, firma ekuiti persendirian Eropah yang berpangkalan di Paris, untuk memperoleh majoriti pegangan saham dalam Expereo, pembekal terkemuka dunia untuk Internet Terurus, akses Awan dan penyelesaian SD-WAN. Apax Partners akan kekal sebagai pemegang saham minoriti bersama Vitruvian Partners dan pasukan pengurusan syarikat tersebut, yang akan terus memimpin perniagaan. Penyempurnaan urus niaga tersebut adalah tertakluk pada pemerolehan surat keterangan kawalan penggabungan yang lazim.

Expereo memiliki prestasi pertumbuhan, kewangan dan pemerolehan yang meningkatkan nilai, memantapkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam membekalkan Internet Global yang terurus dan penyelesaian ketersambungan rangkaian kepada rakan pembekal perkhidmatan komunikasi dan pelbagai pelanggan korporat multinasional yang mengagumkan di seluruh dunia.

"Vitruvian Partners akan memperkukuh lagi trajektori pertumbuhan kami yang megah, membolehkan kami untuk memperoleh keuntungan dengan lebih cepat daripada perubahan dan peluang penting yang dibawa oleh transformasi digital dalam rangkaian global dan ruang ketersambungan awan"," kata Irwin Fouwels, CEO Expereo. "Vitruvian dan sokongan padu daripada Apax Partners, akan membolehkan kami untuk membangunkan lagi kedudukan kepimpinan kami secara besar-besaran, di samping memperluas suit perkhidmatan kami, membolehkan transformasi rangkaian dan strategi awan diutamakan untuk pelanggan perusahaan global kami dengan Internet dan perkhidmatan akses awan yang dipertingkatkan dengan satu-satunya pengalaman pelanggan digital yang terbaik".

David Nahama, Rakan Kongsi Kanan di Vitruvian Partners, menambah:
"Kami telah memerhatikan Expereo sejak 2016 dan telah menyaksikan prestasinya melebihi jangkauan dengan konsisten, dan melakukan pelbagai perolehan strategik yang signifikan baru-baru ini. Expereo telah memantapkan kedudukan kepimpinan global dalam pasaran awan dan perangkaian ditakrifkan perisian global yang menarik, membolehkannya untuk menyampaikan penyelesaian yang meyakinkan dan berbeza kepada pelanggannya, lalu mengukuhkan daya tarikannya daripada perspektif pelaburan. Kami mendekati Irwin dan Thomas pada penghujung tahun lepas dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan pasukan Expereo dan Apax untuk langkah penting seterusnya dalam pengembangan dan kejayaan Expereo." Joe O'Mara, Rakan Kongsi di Vitruvian Partners, menyimpulkan: "Bersama-sama Apax, kami yakin bahawa kami memiliki kebolehan modal dan operasi yang signifikan untuk menyokong aspirasi pertumbuhan dan perolehan Expereo."

Thomas de Villeneuve, Rakan Kongsi di Apax Partners, berkata: "Penggunaan pantas aplikasi berdasarkan awan dan teknologi SD-WAN meletakkan penyelesaian WAN berdasarkan Internet di pusat model perniagaan syarikat multinasional. Expereo telah mencapai pertumbuhan yang mengagumkan sejak kami melabur dalam perniagaan tersebut dan menjanakan keuntungan melalui trend teknologi ini. Kami amat berbesar hati untuk meneruskan perjalanan penuh kejayaan ini bersama-sama Vitruvian, Irwin dan pasukannya."

Perihal Vitruvian

Vitruvian ialah sebuah firma pertumbuhan modal dan beli habis antarabangsa yang beribu pejabat di London dengan pejabat di London, Stockholm, Munich, Luxembourg, San Francisco dan Shanghai. Vitruvian menumpukan pada situasi dinamik yang disifatkan oleh pertumbuhan dan perubahan pesat merentasi industri seperti teknologi maklumat, perkhidmatan kewangan, sains hayat & penjagaan kesihatan, media dan perkhidmatan perniagaan dan pengguna. Dana Vitruvian telah menyokong hampir 50 syarikat dan memiliki aset bawah pengurusan kira-kira €10 bilion. Pelaburan terkemuka setakat ini termasuklah peneraju pasaran dan inovator dalam bidang mereka seperti Voxbone, Bitdefender, Farfetch, Just Eat, Trustpilot, Easypark, Unifaun, Marqeta Global–e  dan CRF Health, Vitruvian ialah penandatangan Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab ("PRI") yang disokong oleh PBB.

www.vitruvianpartners.com

Perihal Expereo

Expereo merupakan pembekal utama bagi penyelesaian rangkaian terurus, termasuk ketersambungan Internet Global, SD-WAN dan perkhidmatan Pecutan Awan. Expereo merupakan rakan kongsi dipercayai oleh 30% daripada syarikat Fortune 500 dan menguasakan syarikat perusahaan dan laman kerajaan di seluruh dunia, membantu untuk meningkatkan produktiviti perniagaan dengan prestasi Internet yang fleksibel dan optimum.

www.expereo.com

Perihal Apax Partners

Expereo diperoleh oleh Apax Partners pada tahun 2018.
Apax Partners ialah firma ekuiti persendirian utama Eropah yang berpangkalan di Paris. Dengan pengalaman lebih daripada 45 tahun, Apax Partners menyediakan pembiayaan ekuiti jangka panjang untuk membina dan mengukuhkan syarikat bertaraf dunia. Dana yang diuruskan dan dinasihati oleh Apax Partners melebihi €4 bilion. Dana ini dilaburkan dalam syarikat pasaran pertengahan yang berkembang pantas merentasi empat sektor pengkhususan: Teknologi & Telekom, Pengguna, Penjagaan Kesihatan dan Perkhidmatan.

Apax Partners sas beribu pejabat di Paris (www.apax.fr) dan Apax Partners LLP beribu pejabat di London (www.apax.com) memiliki sejarah yang sama tetapi kedua-duanya merupakan firma ekuiti persendirian bebas yang berasingan.

@ApaxPartners_Fr
www.apax.fr

Penasihat 
Vitruvian dinasihati oleh Freshfields, Bruckhaus Deringer (undang-undang), Nielen Schuman (penasihat kewangan & hutang korporat), Bain & Company (usaha wajar komersial), FTI Consulting (usaha wajar kewangan) dan PwC (cukai). Apax dinasihati oleh Weil, Gotshal & Manges.

© Expereo 2021


Maklumat Hubungan:
Conor McGee
conor@grammatikagency.com

Sumber: Expereo

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14215

INTERACTIVE BROKERS MENARIK BALIK SEMUA SEKATAN PERDAGANGAN PADA OPSYEN

GREENWICH, Conn., 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Interactive Brokers Group (Nasdaq: IBKR), sebuah firma pembrokeran global, mengumumkan hari ini bahawa pada Jumaat, ia menarik balik semua sekatan perdagangan pada opsyen di AMC, BB, EXPR, GME, KOSS dan opsyen lain yang mengalami turun naik pasaran baru-baru ini. Opsyen itu, serta saham pendasar, pada masa ini adalah tertakluk kepada peningkatan keperluan margin, yang tertakluk kepada perubahan bergantung pada keadaan pasaran. Firma itu terus memantau pasaran yang tidak stabil ini.

Maklumat mengenai Interactive Brokers Group, Inc.:

Ahli gabungan Interactive Brokers Group menyediakan pelaksanaan perdagangan automatik dan penjagaan bagi sekuriti, komoditi, pertukaran asing dan produk derivatif mereka sepanjang masa di lebih 135 pasaran di pelbagai negara dan mata wang, daripada satu Akaun Pelaburan Bersepadu IBKR tunggal kepada pelanggan di seluruh dunia. Kami memberi perkhidmatan kepada pelabur individu, dana lindung nilai, kumpulan perdagangan proprietari, penasihat kewangan dan memperkenalkan broker. Tumpuan kami selama empat dekad terhadap teknologi dan automasi telah membolehkan kami untuk melengkapkan pelanggan kami dengan satu platform yang unik dan canggih bagi menguruskan portfolio pelaburan mereka. Kami berusaha untuk menyediakan kepada pelanggan kami dengan harga pelaksanaan dan perdagangan yang menguntungkan, peranti pengurusan risiko dan portfolio, kemudahan penyelidikan dan produk pelaburan, kesemuanya pada kos yang rendah atau tanpa kos, sekali gus menempatkan mereka untuk mencapai pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan. Barron menempatkan Interactive Brokers pada kedudukan #1 dengan 5 dari 5 bintang pada Tinjauan Broker Dalam Talian Terbaik, 24 Februari, 2020 mereka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14210

Tuesday, February 2, 2021

PEMIMPIN AGAMA BUDDHA MENYAMBUT BAIK PENGUATKUASAAN PERJANJIAN LARANGAN NUKLEAR, MENGGESA KERJASAMA ANTARABANGSA UNTUK MEMERANGI PANDEMIK DI DALAM CADANGAN KEAMANAN TAHUNAN KE-39

 TOKYO, 2 Feb., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/-- 


Pada 26 Januari, 2021, cadangan keamanan tahunan ke-39 oleh Daisaku Ikeda, presiden bagi persatuan agama Buddha Soka Gakkai International (SGI), yang bertajuk “Penciptaan Nilai dalam suatu Masa Krisis” telah dikeluarkan, menandakan ulang tahun bagi penubuhan SGI.

Ikeda meminta bagi kerjasama global yang lebih jauh untuk menangani isu-isu penting pada masa kita ini: pandemik COVID-19, krisis iklim, dan keperluan untuk menghapuskan dunia daripada senjata nuklear. Isu-isu ini tidak dibatasi oleh sempadan negara dan tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana satu kerajaan atau organisasi sahaja.

Beliau memberi komen, “Usaha bersama kita untuk memberi tindak balas kepada wabak itu boleh bertindak sebagai satu asas untuk meningkatkan kesedaran global mengenai peranan penting bagi perpaduan kemanusiaan di dalam mengubah krisis.”

Mengenai wabak itu, beliau menyambut baik kemudahan COVAX yang bertujuan untuk memastikan pemerolehan dan ketersediaan bagi vaksin COVID-19 di peringkat global. Beliau mencadangkan supaya diadakan satu mesyuarat peringkat tinggi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menangani COVID-19 dan mengadakan satu sidang kemuncak belia “di luar COVID-19” secara dalam talian untuk membincangkan jenis dunia yang ingin dilihat oleh golongan muda akibat daripada krisis ini.

Ikeda juga menyoroti kehancuran ekonomi yang dibawa oleh pandemik itu, yang dianggarkan mengancam mata pencarian bagi 1.6 bilion orang, separuh daripada tenaga kerja dunia, dan menekankan perlunya untuk menggalakkan inisiatif perlindungan sosial di peringkat global. Beliau menggesa OECD untuk memainkan satu peranan utama di sini dan di dalam satu peralihan kepada sebuah ekonomi hijau, di mana sumber yang dijimatkan ke atas  perbelanjaan ketenteraan boleh diperuntukkan untuk memperluaskan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan sosial.

Konsisten dengan tindakan beliau selama beberapa dekad terhadap penghapusan senjata nuklear, Ikeda menyambut baik Perjanjian PBB mengenai Larangan Senjata Nuklear (TPNW), yang berkuat kuasa pada 22 Januari, 2021, sebagai satu “peristiwa penting yang membawa ke dalam satu era baharu” yang akan memacukan satu peralihan paradigma di dalam pendekatan kepada keselamatan. Beliau menggesa Jepun untuk mengambil bahagian di dalam mesyuarat pertama bagi Negara-negara Berpihak kepada TPNW, untuk mula mewujudkan syarat-syarat di mana pengesahan masa depan boleh dimungkinkan.

Beliau mencadangkan agar sebuah forum untuk membincangkan perhubungan di antara senjata nuklear dan Matlamat Pembangunan Mapan PBB (SDGs) diadakan semasa mesyuarat pertama bagi Negara-negara Berpihak kepada TPNW itu.

Pada Persidangan Kajian Semula Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) yang dijadualkan pada Ogos 2021, Ikeda juga menggesa perbincangan mengenai erti sebenar bagi keselamatan dalam keadaan krisis seperti keadaan darurat iklim dan pandemik itu.

Beliau meminta agar dokumen akhir bagi Persidangan Kajian Semula itu dapat memasukkan satu ikrar untuk tidak menggunakan senjata nuklear dan pembekuan bagi semua pembangunan senjata nuklear sehingga tahun 2025.

Satu kenyataan dari Presiden Soka Gakkai Minoru Harada yang mengalu-alukan penguatkuasaan TPNW itu yang dikeluarkan pada 22 Januari boleh didapati di: https://www.sokaglobal.org/contact-us/media-room/statements/tpnw-entry-into-force.html.
SGI juga telah menandatangani bersama satu pernyataan antara agama dengan lebih daripada 170 kumpulan agama lain. Lihat: https://sgi-ouna.org/tpnw-eif-interfaith-statement

Soka Gakkai adalah sebuah organisasi agama Buddha berasaskan komuniti global yang menggalakkan keamanan, budaya dan pendidikan berasaskan kepada penghormatan terhadap maruah kehidupan. Soka Gakkai International (SGI) adalah sebuah persatuan antarabangsa bagi Soka Gakkai dan sebuah NGO di dalam status perundingan dengan ECOSOC PBB. Setiap tahun sejak tahun 1983, Presiden SGI Daisaku Ikeda telah mengeluarkan satu cadangan keamanan pada 26 Januari untuk menandakan penubuhan SGI.

Hubungi:
Yuki Kawanaka
Pejabat Antarabangsa bagi Maklumat Awam
Soka Gakkai
Tel: +81-80-5957-4919
E-mel: kawanaka[at]soka.jp
https://www.sokaglobal.org/contact-us/media-room.html
 
SUMBER: Soka Gakkai