![]() |
| Mesyuarat PEMUDAH Pahang di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang berlangsung pada 10 Disember 2024. |
KUANTAN, 13 Dis (Bernama) -- Ekonomi MADANI, seperti yang digariskan dalam Belanjawan MADANI Kedua, merupakan pelan menyeluruh untuk meningkatkan daya saing ekonomi negara. Kerangka ini turut diperkasakan di peringkat negeri termasuk di negeri Pahang.
Bagi meperkukuhkan kedudukan Pahang sebagai negeri strategik untuk tarikan pelaburan, pentingnya kolaborasi antara sektor awam dan swasta dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi. Antara inisiatif yang perlu dititikberatkan adalah kecekapan peraturan kerajaan dalam menjalankan perniagaan. PEMUDAH Pahang yang telah bermula pada tahun 2012 merupakan platform sektor awam swasta berbincang mengenai isu-isu melibatkan peraturan perniagaan dan penambahbaikan proses tersebut.
Yang Hormat Dato’ Ali Syahbana bin Sabaruddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang selaku pengerusi mesyuarat berkata PEMUDAH berperanan dalam memudahcara urusan perniagaan, merangka peraturan yang berkualiti dan menyokong pertumbuhan ekonomi dan produktiviti melalui kerjasama sektor awam dan swasta. Beliau juga menekankan bahawa kejayaan melalui PEMUDAH bergantung kepada kolaborasi, kerjasama, dan komunikasi yang baik antara kedua-dua pihak. Beliau turut berkongsi rasa syukur di atas kejayaan pertumbuhan ekonomi negeri Pahang pada tahun 2023 di mana negeri Pahang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.2% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Prestasi ini perlu dipertingkatkan lagi bagi
Pengerusi Bersama PEMUDAH Pahang, YBhg Tuan Syed Ahmad bin Syed Idrus Alhabshi mewakili sektor swasta berharap komitmen yang tinggi daripada semua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik demi memacu pembangunan ekonomi dan memudahkan urusan perniagaan di negeri Pahang. Kerajaan negeri diharap dapat melihat semula pelan strategik bagi pembangunan kawasan perindustrian di negeri Pahang bagi merancakkan lagi ekosistem pelaburan.

No comments:
Post a Comment