Tuesday, December 24, 2024

LG UPLUS KIDSTOPIA MERAIH ANUGERAH MSIT DI PERSIDANGAN PERIKATAN METAVERSE 2024


  

• Diiktiraf atas kecemerlangan dalam perlindungan pengguna, interaksi dan keaslian

• Berjaya melepasi 900,000 pelanggan di seluruh dunia, meraih populariti meluas di dalam dan luar negara berkat kemampuan perbualan semula jadi yang dikuasakan AI
• Pertumbuhan pelanggan didorong oleh ‘ixi,’ jenama AI yang dibangunkan sendiri, serta kandungan pendidikan pengalaman yang diperluaskan
• Dianugerahkan ‘Pingat Emas’ dalam kategori Aplikasi di ‘Anugerah Mom’s Choice 2024,’ program pensijilan bertaraf dunia yang dinilai oleh ibu bapa dan pendidik

SEOUL, Korea Selatan, 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LG Uplus (KRX:032640), salah satu daripada tiga penyedia telekomunikasi terkemuka di Korea Selatan, mengumumkan bahawa platform kanak-kanak syarikat tersebut, ‘KidsTopia,’ telah menerima Anugerah Menteri Sains dan ICT di Persidangan Perkongsian Pencapaian Peraturan Kendiri dan Perikatan Metaverse 2024.

Persidangan yang dianjurkan oleh Kementerian Sains dan ICT (MSIT) Korea Selatan ini menghimpunkan pakar dari pelbagai sektor—industri, akademik, penyelidikan dan kerajaan—untuk berkongsi pencapaian serta memberi penghormatan kepada syarikat dan projek luar biasa yang menyumbang kepada perkembangan ekosistem metaverse. Tahun ini, acara tersebut berlangsung pada 11 Disember di Hotel Seoul Dragon City, Yongsan-gu, Seoul.

KidsTopia menerima Anugerah Menteri sebagai pengiktirafan atas pencapaiannya yang cemerlang dalam aspek seperti Perlindungan Pengguna, Interaksi dan Kerjasama Antara Pengguna, serta Keaslian untuk Pengguna.

KidsTopia ialah platform yang membolehkan kanak-kanak meneroka dan mempelajari pelbagai topik seperti bahasa asing, haiwan, dinosaur, dan angkasa lepas melalui pengalaman maya 3D yang interaktif bersama watak-watak berasaskan AI. Kejayaannya didorong oleh grafik mesra kanak-kanak serta keupayaan untuk berinteraksi dalam pelbagai bahasa dengan watak-watak tersebut—yang dikuasakan oleh ixi, teknologi AI proprietari LG Uplus.

Gabungan unik teknologi dan nilai pendidikan ini telah melonjakkan populariti KidsTopia bukan sahaja di Korea, tetapi juga di seluruh Asia Tenggara. Menjelang Disember 2024, platform ini telah mencatat lebih daripada 900,000 langganan kumulatif di seluruh dunia. Ini adalah pencapaian yang mengagumkan, memandangkan platform ini mencapai kejayaan tersebut dalam tempoh hanya satu tahun tujuh bulan sejak pelancarannya.

Selain pengiktirafan daripada MSIT, KidsTopia baru-baru ini dianugerahkan ‘Pingat Emas’—penghormatan tertinggi dalam kategori aplikasi di ‘Anugerah Mom’s Choice 2024,’ sebuah program pensijilan terkenal di peringkat global untuk produk mesra kanak-kanak, pada 4 Disember.
.
'Mom’s Choice' ialah sebuah organisasi pensijilan antarabangsa yang menilai dan mengiktiraf produk terbaik berdasarkan penilaian keseluruhan terhadap kualiti, nilai pendidikan dan keasliannya. Panel penilaiannya terdiri daripada profesional dalam bidang pendidikan dan media, serta ibu bapa dan kanak-kanak.

Pengiktirafan daripada Anugerah Mom’s Choice membawa makna yang besar kerana melibatkan ibu bapa—pembuat keputusan utama dalam memilih perkhidmatan untuk kanak-kanak—bersama pakar pendidikan dalam proses penilaiannya. Kerjasama antara ibu bapa dan pakar ini meningkatkan kredibiliti pensijilan tersebut, menjadikannya penanda aras bagi produk mesra kanak-kanak yang dipercayai oleh keluarga di seluruh dunia.

Kim Min-gu, Ketua Projek Metaverse LG Uplus, berkata, “Kami amat berbangga bahawa usaha kami untuk membangunkan platform yang menyeronokkan dan bermanfaat bagi kanak-kanak telah diiktiraf melalui anugerah berprestij ini, di peringkat domestik dan global. LG Uplus akan terus berusaha memajukan KidsTopia sebagai platform kanak-kanak global terkemuka, didorong oleh keyakinan dan komitmen kami terhadap pendidikan, hiburan dan keselamatan.”

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54167968/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18876

SEMUA PROJEK UTAMA BAGI BEBAN PUNCAK MUSIM SEJUK DALAM GRID KUASA JIANGSU MULA DILAKSANAKAN




NANJING, China, 23 Dis., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada 16 Disember, projek pembesaran kapasiti bagi pengubah arus utama di Pencawang Shangdang 500 kilovolt di Zhenjiang di Wilayah Jiangsu, telah mula beroperasi secara rasmi. Dengan ini, semua projek utama bagi beban puncak musim sejuk di Grid Kuasa Jiangsu pada tahun 2024 telah disiapkan dan mula beroperasi.
 
"Pengoperasian sepenuhnya bagi 10 projek utama untuk beban puncak musim sejuk telah menambah baik lagi struktur rangkaian grid di dalam wilayah itu, dengan memenuhi keperluan sambungan grid berskala besar bagi tenaga baharu di utara Jiangsu, dan meningkatkan kapasiti bekalan kuasa bagi grid kuasa itu di selatan Jiangsu. Ia akan dengan berkesan memastikan penggunaan elektrik yang selamat dan boleh dipercayai oleh perusahaan dan penduduk di Jiangsu semasa musim sejuk," kata Chen Songtao, ketua bagi Bahagian Perancangan di Jabatan Pembinaan bagi State Grid Jiangsu Electric Power Co., Ltd. Syarikat itu telah mengukuhkan secara menyeluruh kawalan ke atas nod penting bagi projek grid musim sejuk dan terus menerus meningkatkan tahap kecekapan pengurusan untuk memastikan semua projek bagi beban puncak musim sejuk dilaksanakan sebelum puncak bagi penggunaan elektrik musim sejuk tiba.
 
Dari Januari hingga November, penggunaan elektrik sosial kumulatif di Jiangsu telah mencapai 773.949 bilion kilowatt-jam, satu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 8.99%. Dengan mengambil Zhenjiang sebagai contoh, penggunaan elektrik sosial di Zhenjiang dari Januari hingga November tahun ini telah mencapai 29.838 bilion kilowatt-jam, satu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.58%. "Bagi memenuhi permintaan elektrik yang semakin meningkat di kawasan tempatan, projek pembesaran kapasiti bagi pengubah arus utama No. 1 di Pencawang Shangdang 500 kilovolt itu telah dilancarkan pada Mei tahun ini, untuk meningkatkan kapasiti pengubah arus utama itu daripada 750 megavolt-ampere kepada 1,000 megavolt-ampere," kata Li Qiming, pengurus projek bagi State Grid Jiangsu Electric Power Engineering Consulting Consulting Co., Ltd. Peningkatan tenaga elektrik itu boleh memenuhi keperluan tahunan bagi 3.3 juta isi rumah, dengan memberikan sokongan kukuh untuk jaminan bekalan kuasa di Zhenjiang pada musim sejuk ini. 
 
Projek Penghantaran dan Transformasi Haiyang 500 kilovolt di Taizhou adalah projek utama pertama yang siap bagi beban puncak musim sejuk pada tahun ini. Sebagai satu daripada projek utama di dalam "Rancangan Lima Tahun Ke-14" untuk pembangunan Grid Kuasa Jiangsu, penyiapan pencawang itu akan menyediakan tenaga elektrik yang boleh dipercayai untuk kira-kira 4.38 juta isi rumah pada sepanjang tahun.

Sumber: State Grid Jiangsu Electric Power Engineering Consulting Co., Ltd. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18875

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA OP PEDO BERSEPADU PDRM DAN SKMM

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan operasi bersepadu "OP PEDO" pada 23 disember 2024 dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap suspek yang disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM).

Objektif operasi bersepadu ini bertujuan menjejaki pesalah seksual terhadap kanak-kanak melibatkan aktiviti dalam talian khususnya di platform media sosial disamping memberi kesedaran kepada ibu bapa, masyarakat serta penyedia platform tentang tanggungjawab melindungi dan menjaga keselamatan kanak-kanak.
 
Menerusi operasi bersepadu ini, seramai 13 orang lelaki warga tempatan berumur di antara 20 hingga 74 tahun telah berjaya ditangkap dalam serbuan di enam (6) buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu. Kesemua suspek akan direman di bawah seksyen 117 kanun tatacara jenayah.
 
Hasil pemeriksaan terhadap peranti yang digunakan di premis kediaman kesemua suspek, telah menemui anggaran 40,000 CSAM dan bahan pornografi dewasa. Berikut adalah butiran peranti yang telah dirampas untuk siasatan lanjut:

I. 7 Unit set komputer;
Ii. 1 Unit komputer riba;
Iii. 11 Buah telefon bimbit; dan
Iv. 16 Unit modem dan router.
 
Sebanyak 13 kertas siasatan dibuka atas kesalahan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) di bawah seksyen 10 akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan kesalahan memiliki bahan lucah di bawah seksyen 292 kanun keseksaan.
 
Orang ramai terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak dinasihatkan agar meningkatkan kawalan kendiri, menjaga batas moral dan adab bersosial di dalam talian bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah serta melaporkan sebarang penyalahgunaan rangkaian kepada pihak berkuasa.
 
PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk jenayah dan tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang melakukan dan melibatkan diri dalam aktiviti jenayah.
 
(TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSAIN) IG
KETUA POLIS NEGARA
POLIS DIRAJA MALAYSIA

SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 
Polis Diraja Malaysia (PDRM)

 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 
Tel: 03 86 88 80 00
Fax: 03 86 88 10 00

E-mel : scd@mcmc.gov.my 
Laman Web : www.mcmc.gov.my

 
--BERNAMA

Saturday, December 21, 2024

EMGA MEMPEROLEH AS$90 JUTA DARIPADA EIB UNTUK BTG PACTUAL BRAZIL

LONDON, 20 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh pembiayaan hutang sebanyak AS$90 juta untuk pelanggan lama mereka yang berpangkalan di Brazil, BTG Pactual.

Pinjaman tidak bercagar dengan keutamaan pembayaran semula berjumlah AS$90 juta disediakan oleh EIB dan urus niaga ini merupakan susulan daripada urus niaga terkini sebanyak AS$210 juta yang juga dinasihatkan oleh EMGA.

Sajeev Chakkalakal, Pengarah Urusan dan Ketua Perbankan Pelaburan di EMGA, berkata: "Ini ialah urus niaga tambahan yang hebat kepada kemudahan pembiayaan hijau AS$210 juta yang kami kumpulkan untuk BTG daripada EIB. Dalam hal ini, pembiayaan ini bertujuan untuk membiayai portfolio Pembiayaan PKS BTG dan mempunyai kesan pembangunan yang sangat tinggi memandangkan pembiayaan ini akan menyokong pembangunan perniagaan kecil di rantau terpinggir di Brazil, serta memberikan tumpuan tambahan kepada usahawan wanita. EIB kekal sebagai hubungan pelabur utama untuk EMGA dan kami berbangga kerana telah membantu mereka meningkatkan kehadiran mereka di Brazil sebagai sebahagian daripada strategi EIB Global mereka yang lebih luas.”

Jeremy Dobson, Pengarah Urusan dan Ketua Operasi di EMGA, menambah: “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan BTG sekali lagi dalam pembiayaan tambahan daripada EIB ini. Kami berharap dapat meneruskan rekod cemerlang kami dalam mengatur pembiayaan di Brazil dan seluruh Amerika Latin.”

BTG Pactual: BTG merupakan bank pelaburan terbesar di Amerika Latin, bank ke-6 terbesar di Brazil mengikut ekuiti pemegang saham dan pemain utama dalam menyediakan pinjaman dan jaminan kepada pelbagai jenis pelanggan, daripada PKS kepada syarikat korporat yang besar. BTG merupakan peneraju dalam mempromosikan kewangan iklim di Brazil dan memainkan peranan penting dalam menyalurkan sumber ke dalam projek yang memberikan kesan yang positif kepada masyarakat. 

EIB: EIB ialah European Investment Bank (EIB) dan merupakan bank pelaburan Kesatuan Eropah serta institusi kewangan pelbagai hala terbesar di dunia. EIB membiayai dan melabur melalui kedua-dua penyelesaian ekuiti dan hutang serta memberikan tumpuan dalam bidang iklim, alam sekitar, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembangunan, perpaduan dan infrastruktur. 

Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA), yang mempunyai pejabat di London dan New York, membantu institusi kewangan dan korporat mencari modal hutang atau ekuiti baharu. Pasukan berbilang negara EMGA secara kolektif mempunyai pengalaman berdekad-dekad dalam menyelesaikan lebih daripada AS$9 bilion hutang dan urus niaga ekuiti persendirian untuk pelanggan mereka dalam pasaran yang baru muncul dan ekonomi sempadan dunia, termasuk Brazil yang kekal sebagai pasaran utama. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pembentukan modal dan nasihat strategik sepanjang kitaran ekonomi yang pelbagai, EMGA terus memperluas jangkauan geografi dan mempelbagaikan perkhidmatan yang ditawarkan, mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran sebagai bank pelaburan butik khusus pasaran pesat membangun yang terunggul.

Hubungan: info@emergingmarketsglobaladvisory.com 

Sumber: Emerging Markets Global Advisory 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18868

Friday, December 20, 2024

CLINCHOICE MELANJUTKAN PERKONGSIAN MEDIDATA 13 TAHUN DENGAN PENAMBAHAN STUDIO DATA CLINICAL UNTUK MENINGKATKAN PENGURUSAN DAN MENINGKATKAN KEUPAYAAN PERCUBAAN KLINIKAL

Perjanjian yang diperbaharui menyepadukan Platform Metadata, menghapuskan proses kajian yang rumit dan mempercepatkan penyelidikan melalui AI, automasi dan analisis lanjutan



NEW YORK, 20 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Medidata, jenama Dassault Systèmes dan penyedia penyelesaian percubaan klinikal yang terkenal, telah memperbaharui perkongsian perusahaan ClinChoice, organisasi penyelidikan kontrak global (CRO). Di bawah perjanjian baharu ini, ClinChoice akan menggunakan Platform Medidata untuk memperkemaskan data kajian dan pengurusan bekalan, meningkatkan kecekapan percubaan, dan mempercepatkan pertumbuhan sebagai CRO perkhidmatan penuh di Asia, Eropah dan Amerika Utara. ClinChoice juga merancang untuk mengutamakan akreditasi Studio Data Klinikal meningkatkan lagi keupayaannya melalui pengalaman pengurusan kualiti data berkuasakan AI transformatif.

Komitmen ClinChoice dalam menggunakan penyelesaian Medidata telah berlanjutan lebih sedekad, memudahkan hubungan antara pesakit, tapak dan penaja dalam persekitaran awan yang disatukan. Sebagai pengguna awal, ClinChoice memainkan peranan kritikal semasa pandemik dengan menggunakan model Terus-ke-Pesakit Rave RTSM, yang mengekalkan akses pesakit dan mengoptimumkan inventori merentasi rantau yang pelbagai dan syarat kawal selia. Dengan menyepadukan penyelesaian Medidata, ClinChoice terus meningkatkan kecekapan operasinya dan mempersiapkan dirinya untuk pertumbuhan dalam landskap percubaan klinikal yang semakin rumit.

“Sejak pelaksanaan Medidata Rave EDC kami buat kali pertama pada tahun 2011, perkongsian kami dengan Medidata telah menyokong pembangunan kami, bermula di A.S., kemudian China dan akhirnya ke pentas global yang lebih luas,” kata Ling Zhen, Pengarah Global dan CEO ClinChoice. “Kami bersedia untuk melanjutkan kerjasama kami dengan menyertakan Studio Data Klinikal Medidata dan teknologi termaju lain untuk mempercepatkan lagi perkembangan kami.”

“Dedikasi ClinChoice kepada inovasi dan pendekatan berpusatkan pesakit menjadikannya rakan kongsi yang tidak ternilai,” kata Edwin Ng, naib presiden kanan dan pengurus besar, APAC, Medidata. “Dengan pembaharuan perkongsian ini, kami bersedia untuk memperkasakan ClinChoice dengan penyelesaian termaju Medidata untuk memperkemaskan lagi operasi percubaan mereka, memperluaskan jangkauan global mereka dan mempercepatkan akses kepada terapi yang mengubah kehidupan bagi pesakit di seluruh dunia.”

Maklumat Tentang Medidata

Medidata menguasakan rawatan yang lebih pintar dan orang yang lebih sihat melalui penyelesaian digital untuk menyokong percubaan klinikal. Merayakan inovasi teknologi terkini selama 25 tahun merentasi lebih daripada 35,000 percubaan dan 10 juta pesakit, Medidata menawarkan kepakaran terbaik dalam industri, wawasan berkuasa analisis, dan set data klinikal bersejarah peringkat pesakit yang terbesar di dunia. Lebih daripada 1 juta pengguna berdaftar merentasi kira-kira 2,300 pelanggan mempercayai platform Medidata yang lancar dan hujung-ke-hujung untuk meningkatkan pengalaman pesakit, mempercepatkan penemuan klinikal baharu dan membawa terapi ke pasaran dengan lebih cepat. Jenama Dassault Systèmes (Euronext Paris: FR0014003TT8, DSY.PA), Medidata beribu pejabat di New York City dan telah diiktiraf sebagai Pemimpin oleh Everest Group dan IDC. Ketahui lebih lanjut di www.medidata.com dan ikuti kami @Medidata.

Maklumat Tentang Dassault Systèmes

Dassault Systèmes ialah pemangkin untuk kemajuan manusia. Sejak 1981, syarikat ini telah merintis dunia maya untuk meningkatkan kehidupan sebenar untuk pengguna, pesakit dan warganegara. Dengan platform 3DEXPERIENCE Dassault Systèmes, 350,000 pelanggan dalam apa jua saiz, dalam semua industri boleh bekerjasama, membayang dan mencipta inovasi lestari yang memacu impak yang bermakna. Untuk maklumat lanjut, lawatit: www.3ds.com

Maklumat Tentang ClinChoice

ClinChoice ialah Organisasi Penyelidikan Kontrak (CRO) global yang berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan penuh dan penyelesaian yang berfungsi merentasi seluruh kitaran hayat pembangunan untuk syarikat farmaseutikal, bioteknologi, peranti perubatan dan produk pengguna dalam negara dan seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1995, ClinChoice menggaji lebih daripada 4,000 profesional yang khusus di 30 negara yang berbeza merentasi Asia, Eropah dan Amerika Utara.

ClinChoice ialah sumber anda yang lengkap untuk penyelesaian biometrik menyeluruh yang direka untuk memastikan data percubaan klinikal anda mempunyai standard kualiti yang paling tinggi. Sejak bertahun-tahun, kami telah membina reputasi sebagai rakan kongsi pilihan untuk klien kami di seluruh dunia dengan memberikan penyelesaian terbaik yang mengurangkan kerumitan dan mempercepatkan masa untuk memasarkan produk anda. Dengan ClinChoice, anda mendapat lebih daripada sekadar analisis data - anda mendapat kefahaman yang sebenar dan mendalam tentang metodologi terkini dalam inovasi kawal selia dan sains pembangunan klinikal.

Pada masa hadapan, ClinChoice akan terus membina ekosistem klinikal global dengan profesional khusus di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.clinchoice.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan

Medidata PR
Medidata.PR@3ds.com

Hubungan Penganalisis
medidata.AR@3ds.com
 
Sumber: Medidata

SIRI OPPO FIND X8 MENINGKATKAN PENGALAMAN UTAMA DENGAN PERKHIDMATAN DAN TEKNOLOGI YANG TIADA TANDINGAN



SHENZHEN, China, 19 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Pada 21hb Nov, OPPO telah mengumumkan pelancaran global generasi terkini telefon pintar utamanya, Siri Find X8. Menampilkan naik taraf menyeluruh dalam perkakasan dan juga pengimejan, siri ini juga memperkenalkan buat kali pertama ColorOS 15 dengan set penyelesaian AI OPPO lanjutannya.

Di dalam negara tertentu tempat Siri Find X8 dilancarkan, perkhidmatan OPPO menawarkan set Perkhidmatan Premium yang menyeluruh kepada pelanggan yang membeli peranti ini. Ini termasuk bukan sahaja pelan perlindungan percuma pada masa pembelian, tetapi juga akses kepada talian penting eksklusif, jurutera eksklusif, telefon pinjaman premium dan perkhidmatan waranti antarabangsa yang sah di seluruh dunia*.

*Untuk mendapatkan butiran tentang manfaat perkhidmatan khusus yang tersedia kepada pelanggan yang membeli di negara yang berbeza, sila layari Tapak web Pusat Perkhidmatan OPPO rasmi.

Perkhidmatan Waranti Antarabangsa dan Piawaian Bersatu untuk Ketenangan Fikiran Merentasi Sempadan

Siri OPPO Find X8 dilengkapi dengan perkhidmatan waranti antarabangsa yang merangkumi 62 buah negara dan rantau. Melalui waranti ini, pengguna yang menghadapi sebarang isu dengan telefon mereka di dalam kawasan liputan boleh mengunjungi pusat perkhidmatan OPPO rasmi berhampiran untuk menerima sokongan menyeluruh, termasuk pembaikan profesional, penyelenggaraan peranti dan kemas kini perisian.

Perkhidmatan OPPO telah melatih lebih 12,000 wakil khidmat pelanggan dan jurutera berkemahiran tinggi di seluruh dunia, memastikan keupayaan perkhidmatan yang luar biasa pada skala global. Pusat perkhidmatan OPPO di seluruh dunia telah mengguna pakai piawaian perkhidmatan bersatu untuk memberi ketenangan fikiran kepada pengguna dan perlindungan perkhidmatan yang boleh dipercayai.

Hapuskan Kemalangan Setiap Hari dengan Perkhidmatan Tanpa Kerisauan

Peranan amat penting yang dimainkan oleh telefon pintar dalam kehidupan harian bermakna bahawa kemalangan kecil seperti kerosakan skrin sekali pun boleh menyebabkan kesulitan yang banyak. Untuk memastikan pengalaman tanpa kerisauan, perkhidmatan OPPO memberikan pelan perlindungan skrin percuma atau waranti yang dilanjutkan untuk pemilik Siri Find X8 di pasaran seperti Indonesia, Vietnam dan Malaysia.

Dalam pasaran terpilih tempat Siri Find X8 tersedia, perkhidmatan OPPO menawarkan perkhidmatan eksklusif yang direka bentuk untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Ini termasuk talian penting eksklusif, barisan premium di pusat perkhidmatan luar talian dengan jurutera eksklusif dan telefon pinjaman premium semasa pembaikan. Selain itu, perkhidmatan OPPO menawarkan perkhidmatan pembaikan penghantaran masuk dan pengambilan percuma di rantau terpilih, memastikan piawaian profesional yang sama seperti pusat perkhidmatan luar talian. Pengguna juga boleh menikmati pelbagai perkhidmatan bertimbang rasa, seperti pembersihan dan penyelenggaraan peranti, semasa Hari Perkhidmatan OPPO dan juga lawatan tetap, untuk pengalaman yang lancar dan tanpa kerisauan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18862

Thursday, December 19, 2024

TAYANGAN PERDANA BAGI DOKUMENTARI "SUARA ANDA" MENGENAI TINDAK BALAS PANTAS TERHADAP ADUAN AWAM AKAN DIADAKAN

BEIJING, 17 Dis., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Filem dokumentari "Suara Anda" mengenai Tindak Balas Pantas terhadap Aduan Awam telah ditetapkan untuk ditayangkan kepada awam pada tahun 2025 dengan tayangan perdananya diadakan pada 17 Disember 2024, sebelum pembukaan Forum Beijing 2024 mengenai "Tindak Balas Pantas terhadap Aduan Awam" .

Dengan mengambil proses pembaharuan dan pembangunan bagi "Tindak Balas Pantas Terhadap Aduan Awam" di Beijing sebagai latar belakangnya, dokumentari "Suara Anda" itu memberi tumpuan kepada cadangan teras bagi "memacukan tadbir urus bagi sebuah bandar raya mega dengan tuntutan rakyat", dan telah difilemkan dari satu perspektif antarabangsa dan satu perspektif kemanusiaan, dengan menyampaikan konsep nilai yang mengutamakan rakyat dan mewujudkan satu kehidupan yang lebih baik. 

Bermula daripada masalah biasa di dalam tadbir urus bagi bandar raya mega di seluruh dunia, filem itu mengambil panggilan daripada warga tempatan yang diterima oleh Pusat Perkhidmatan Talian Penting Rakyat Beijing 12345 sebagai petunjuk, mengisahkan amalan pembaharuan bagi Tindak Balas Pantas terhadap Aduan Awam di Beijing daripada perspektif "kisah orang biasa dan perspektif orang biasa", menyampaikan suara China kepada masyarakat antarabangsa, dan melalui teknik penggambaran dokumentari, memberitahu kisah hidup orang biasa dengan imej sebenar, orang sebenar dan percanggahan sebenar, yang menggambarkan satu gambaran yang jelas tentang bagaimana "satu talian penting" memacukan pembaharuan tadbir urus bagi sebuah bandar raya mega dan menggali kebijaksanaan mentadbir dan pemikiran yang berpaksikan rakyat di sebalik reka bentuk institusi bagi Tindak Balas Pantas terhadap Aduan Awam.

Pasukan penggambaran itu telah melawat lebih daripada 40 unit yang berkaitan di kesemua peringkat di 9 daerah di Beijing dan menemu bual lebih daripada 100 orang kakitangan yang terlibat di dalam Tindak Balas Pantas terhadap Aduan Awam. Ia mengambil masa 10 bulan untuk menyiapkan penerbitan dokumentari itu.
Lagu tema "The Answer" telah dihasilkan oleh pasukan Dong Dongdong, pengarang bagi "Where Has the Time Gone", dan dinyanyikan oleh Wang Zhengliang.

Dokumentari itu, yang ditaja oleh Jawatankuasa Penganjur bagi Forum Beijing 2024 mengenai "Tindak Balas Pantas terhadap Aduan Awam", dan diterbitkan oleh Central Newsreel dan Documentary Film Studio (Group), telah dirakam bersama oleh Jabatan Organisasi dan Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran Beijing CPC, dan Biro Perbandaran Beijing bagi Perkhidmatan Hal Ehwal Kerajaan dan Pentadbiran Data.

Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Forum Beijing 2024 mengenai "Tindak Balas Pantas terhadap Aduan Awam"

--BERNAMA

Wednesday, December 18, 2024

FAAM-EUROBAT 2024 DIAKHIRI DENGAN KEMAJUAN MUTAKHIR DALAM PENYELIDIKAN ALAHAN MAKANAN DAN ANAFILAKSIS

ATHENS, Greece, 16 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- FAAM-EUROBAT 2024 yang diadakan dari 21-23 November di InterContinental Athenaeum Athens, membawa lebih 550 peserta dari lebih 25 buah negara untuk berkongsi kemajuan terkini dalam penyelidikan alahan makanan dan anafilaksis.

Acara itu menampilkan sesi, perbahasan, bengkel dan perbincangan pleno yang memberi kesan, menekankan bukti baharu dan kepentingan kerjasama dalam menangani cabaran kesihatan dalam alahan makanan dan anafilaksis.

Detik yang menyerlah ialah Hari Kesedaran Anafilaksis Sedunia sulung pada 21 November yang dibuat oleh EAACI untuk meningkatkan kesedaran global tentang keadaan yang mengancam nyawa. Diperkenalkan semasa Majlis Perasmian, inisiatif ini menetapkan latar untuk mesyuarat yang memberi inspirasi.

Sorotan utama ialah sesi pleno dengan pembentangan bagi garis panduan alahan makanan yang baharu. Tanya dan Nadim Ednan-Laperouse, pengasas The Natasha Allergy Research Foundation, menyampaikan testimoni yang mengharukan yang berkongsi kisah peribadi dan usaha advokasi mereka, termasuk Natasha’s Law (Undang-undang Natasha) yang mewajibkan pelabelan alergen yang lebih jelas untuk melindungi penghidap alahan makanan.

Pelancaran Garis Panduan Alahan Makanan EAACI menandakan pencapaian klinikal, menawarkan pengesyoran komprehensif untuk meningkatkan hasil pesakit. Bengkel memberikan cerapan yang lebih mendalam tentang imunoterapi alergen dan mekanisme imun yang baharu untuk meningkatkan keberkesanan rawatan.

Sesi Poster mempamerkan penyelidikan canggih, menyerlahkan pendekatan inovatif dan penyelesaian praktikal untuk memajukan penjagaan alahan dan imunologi.

FAAM-EUROBAT 2024 menyediakan platform yang luar biasa untuk pertukaran pengetahuan dan rangkaian, memupuk kerjasama dalam kalangan doktor, penyelidik dan penyokong pesakit. 

EDISI DALAM TALIAN NIKKEI: YANG PERTAMA DI JEPUN UNTUK MENCAPAI 1 JUTA PELANGGAN DIGITAL BERBAYAR

TOKYO, 17 Dis., 2024 /Kyodo JBN/ --

Nikkei Inc. mengumumkan pada 10 Disember bahawa jumlah pelanggan berbayar kepada Edisi Dalam Talian Nikkei telah melebihi 1 juta, untuk menjadikannya sebagai media berita digital berbayar domestik (*) pertama yang mencapai kejayaan ini. Pertumbuhan pesat baru-baru ini telah didorong oleh peningkatan langganan di dalam sektor korporat dan pendidikan. Nikkei terus berkembang melangkaui peranannya sebagai sebuah penyedia berita yang mesti dibaca untuk menjadi sebuah perkhidmatan yang mesti digunakan bagi khalayak yang semakin luas.
(*) Menurut satu laporan oleh Institut Reuters bagi Kajian Kewartawanan
https://reutersinstitute.politics.ox.ac.uk/digital-news-report/2024/japan )
 
Edisi Dalam Talian Nikkei telah dilancarkan pada tahun 2010. Kejayaan awal telah didorong oleh satu pengambilan yang kuat daripada pelanggan individu, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan satu peningkatan pesat di dalam penerimaan oleh syarikat dan sektor pendidikan. Syarikat-syarikat menggunakannya sebagai satu sumber maklumat penting serta bagi latihan korporat, manakala institusi pendidikan semakin beralih kepadanya sebagai satu sumber untuk pembelajaran berasaskan inkuiri.

Pada tahun 2024, langganan berbayar kepada Dalam Talian Nikkei berkembang pesat, meningkat pada sekitar 100,000 hingga mencapai 1.01 juta, satu peningkatan 13% berbanding pada Disember 2023. Sementara itu, jumlah langganan berbayar kepada media digital Nikkei secara keseluruhan, termasuk perkhidmatan seperti siri "NIKKEI Prime", telah melepasi 1 juta pada Disember 2023 dan mencapai 1.17 juta pada Disember tahun ini (2024). 
 
Nikkei ialah penyedia media berita digital berbayar ketiga terbesar di dunia:
Termasuk media berbahasa Inggeris "Nikkei Asia" dan Financial Times (FT) yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Nikkei, jumlah langganan berbayar digital bagi Kumpulan Nikkei ialah 3.7 juta. Ini menjadikannya media berita digital ketiga terbesar di dunia, selepas New York Times dan Dow Jones, yang menerbitkan Wall Street Journal.
 
Maklumat mengenai Nikkei
Nikkei Inc. ialah sebuah jenama media yang terkenal di dunia bagi berita-berita Asia, dihormati kerana ciri-ciri kewartawanan yang berkualiti dan sebagai sebuah penyedia berita dan maklumat perniagaan yang dipercayai. Diasaskan sebagai sebuah penyedia berita pasaran di Jepun pada tahun 1876, Nikkei telah berkembang untuk menjadi satu daripada perbadanan media terbesar di dunia, dengan mempunyai 37 biro editorial luar negara dan kira-kira 1,500 orang wartawan di seluruh dunia. Nikkei memperolehi Financial Times yang berpangkalan di United Kingdom pada tahun 2015. 
 
Sumber: Nikkei Inc.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18858

Monday, December 16, 2024

CAPCOM MEMPERKENALKAN ONIMUSHA WAY OF THE SWORD, MENGHIDUPKAN SEMULA SIRI IKONIK INI SELEPAS LEBIH DUA DEKAD! PADA MASA YANG SAMA, PROJEK SEKUEL UNTUK OKAMI KINI DALAM PERANCANGAN!

 

Onimusha Way of the Sword (Grafik: Business Wire)

OSAKA, Jepun, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Capcom Co., Ltd. (TOKYO:9697) hari ini mengumumkan bahawa Onimusha Way of the Sword, tajuk baharu pertama dalam siri Onimusha selepas lebih 20 tahun, dijadualkan untuk dilancarkan. Pada masa yang sama, kerja untuk projek sekuel Okami juga telah dimulakan.


Siri Onimusha terdiri daripada permainan aksi pedang di mana pemain mengambil peranan sebagai pahlawan yang memiliki kuasa luar biasa daripada Oni untuk melawan raksasa yang berhasrat menguasai dunia. Onimusha Way of the Sword, yang dijadualkan untuk dilancarkan secara global pada tahun 2026, ialah permainan fantasi gelap yang diinspirasikan oleh budaya Jepun, berlatarbelakangkan awal zaman Edo di Kyoto yang berubah menjadi seram akibat awan Malice. Dalam permainan ini, protagonis samurai dilengkapi dengan Gauntlet Oni dan terlibat dalam pertempuran epik dengan makhluk-makhluk grotesque dan ghaib yang dikenali sebagai Genma. Capcom berharap pemain teruja dengan aksi pedang yang mendebarkan, di mana mereka dapat menumpaskan gerombolan Genma dengan kemahiran serangan pantas dan memuaskan.

Selain itu, Capcom telah memulakan kerja pada projek sekuel Okami.⁠ Pada asalnya dilancarkan pada tahun 2006 dan berlatarkan dunia berinspirasikan Jepun, dalam Okami, pemain mengambil peranan sebagai Amaterasu dan memulakan pengembaraan untuk memulihkan kehidupan dalam permainan aksi-pengembaraan ini. Projek baharu ini menandakan permulaan kisah baharu untuk Okami, yang sehingga kini telah menerima pujian kritikal kerana dunianya yang unik, pengembaraan yang mendebarkan, dan jalan cerita yang menyentuh hati. Projek ini sedang dibangunkan bersama pengarah serta ahli pasukan pembangunan dari Okami asal. Capcom berharap para pemain teruja menantikan kemas kini lanjut tentang kisah pengembaraan baharu ini bersama Amaterasu dan rakan-rakannya.

Selain kerap melancarkan judul baharu utama setiap tahun, Capcom kini memberi tumpuan untuk menghidupkan semula IP yang telah lama tidak menerima judul baharu. Syarikat ini berusaha meningkatkan nilai korporat dengan memanfaatkan perpustakaan kandungan yang kaya, termasuk menghidupkan semula IP lama seperti dua judul yang diumumkan di atas, bagi memastikan penghasilan judul berkualiti tinggi dan efisien secara berterusan.

Capcom terus komited untuk memenuhi jangkaan semua pengguna dengan memanfaatkan keupayaan pembangunan permainan yang terkemuka dalam industri, bagi mencipta pengalaman permainan yang sangat menghiburkan.

MAKLUMAT TENTANG CAPCOM

Capcom merupakan sebuah syarikat pemaju, penerbit, dan pengedar terkemuka di seluruh dunia untuk hiburan interaktif bagi konsol permainan, PC, peranti mudah alih dan tanpa wayar. Ditubuhkan pada tahun 1983, syarikat ini telah mencipta ratusan permainan, termasuk francais terkemuka seperti Resident Evil™, Monster Hunter™, Street Fighter™, Mega Man™, Devil May Cry™ dan Ace Attorney™. Capcom beroperasi di AS, UK, Jerman, Perancis, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Tokyo, dengan ibu pejabat korporatnya yang terletak di Osaka, Jepun. Maklumat lanjut tentang Capcom boleh didapati di https://www.capcom.co.jp/ir/english/

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54166378/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Contacts
Bahagian Perhubungan Awam & Perhubungan Pelabur Capcom
Daniel Levine
+81-6-6920-3623
daniel-levine@capcom.com

Yoshiko Ikeda
+81-6-6920-3623
yoshiko-ikeda@capcom.com
 
Sumber: Capcom Co., Ltd.

--BERNAMA

Sunday, December 15, 2024

PEMUDAH PAHANG MEMACU LONJAKAN PRODUKTIVITI PAHANG MENJELANG 2030

 

Mesyuarat PEMUDAH Pahang di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang berlangsung pada 10 Disember 2024.


KUANTAN, 13 Dis (Bernama) -- Ekonomi MADANI, seperti yang digariskan dalam Belanjawan MADANI Kedua, merupakan pelan menyeluruh untuk meningkatkan daya saing ekonomi negara. Kerangka ini turut diperkasakan di peringkat negeri termasuk di negeri Pahang.
 
Bagi meperkukuhkan kedudukan Pahang sebagai negeri strategik untuk tarikan pelaburan, pentingnya kolaborasi antara sektor awam dan swasta dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi. Antara inisiatif yang perlu dititikberatkan adalah kecekapan peraturan kerajaan dalam menjalankan perniagaan. PEMUDAH Pahang yang telah bermula pada tahun 2012 merupakan platform sektor awam swasta berbincang mengenai isu-isu melibatkan peraturan perniagaan dan penambahbaikan proses tersebut.
 
Yang Hormat Dato’ Ali Syahbana bin Sabaruddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang selaku pengerusi mesyuarat berkata PEMUDAH berperanan dalam memudahcara urusan perniagaan, merangka peraturan yang berkualiti dan menyokong pertumbuhan ekonomi dan produktiviti melalui kerjasama sektor awam dan swasta. Beliau juga menekankan bahawa kejayaan melalui PEMUDAH bergantung kepada kolaborasi, kerjasama, dan komunikasi yang baik antara kedua-dua pihak. Beliau turut berkongsi rasa syukur di atas kejayaan pertumbuhan ekonomi negeri Pahang pada tahun 2023 di mana negeri Pahang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.2% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Prestasi ini perlu dipertingkatkan lagi bagi
 
Pengerusi Bersama PEMUDAH Pahang, YBhg Tuan Syed Ahmad bin Syed Idrus Alhabshi mewakili sektor swasta berharap komitmen yang tinggi daripada semua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik demi memacu pembangunan ekonomi dan memudahkan urusan perniagaan di negeri Pahang. Kerajaan negeri diharap dapat melihat semula pelan strategik bagi pembangunan kawasan perindustrian di negeri Pahang bagi merancakkan lagi ekosistem pelaburan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18843

MAJLIS PENYALAAN PASAR ILUMINASI NISHI-SHINJUKU: TARIKAN BAHARU TOKYO YANG MENYEMARAKKAN MALAM DI NISHI-SHINJUKU!

 

The Illuminations (Foto: Business Wire)


TOKYO, 13 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Projek "TOKYO NIGHTTIME PROJECT" telah dilancarkan di kawasan Nishi-Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo, bertujuan untuk memacu semula pelancongan waktu malam. Dengan kerjasama organisasi tempatan, projek ini menghidupkan malam di Nishi-Shinjuku – sebuah kawasan yang menggabungkan tradisi dan inovasi – melalui paparan cahaya dan aktiviti menarik yang mencipta suasana meriah untuk pengunjung.

"Pasar Iluminasi Nishi-Shinjuku" bermula pada 28 November 2024. Di sepanjang Chuo-dori Avenue, berhampiran Bangunan Kerajaan Metropolitan Tokyo, kira-kira 200,000 lampu LED berwarna champagne keemasan menerangi jalan sejauh 200 meter, mencipta suasana malam yang menakjubkan dan menjadi tarikan iluminasi baharu di Tokyo.

Dalam majlis penyalaan lampu, Judoka Hifumi Abe dan Uta Abe, kedua-duanya dari kelab Park24, hadir sebagai tetamu istimewa. Mereka menekan butang penyalaan selepas kiraan detik, dan jalan tersebut dipenuhi dengan cahaya berkilauan berwarna champagne keemasan.

Gambaran keseluruhan TOKYO NIGHTTIME PROJEK

• Penaja: Jawatankuasa Eksekutif Tokyo Nighttime Project 
• Penaja bersama: Kerajaan Metropolitan Tokyo 
• Program: 
Pasar Iluminasi Nishi-Shinjuku
Acara Kiraan Detik Malam Menjelang Tahun Baharu "Selamat Tahun Baharu Tokyo 2025" 
• Tarikh: Khamis, 28hb November, 2024 hingga Isnin/Cuti Kebangsaan, 13 Januari 2025 
• Laman web rasmi TOKYO NIGHTTIME PROJECT 
https://tokyo-nighttime-project.jp/en/ 
• Gambaran Keseluruhan Pasaran Iluminasi Nishi-Shinjuku
Sebagai tambahan kepada iluminasi tersebut, trak makanan dan pasar turut memeriahkan suasana, menawarkan makanan serta barangan yang membawa sentuhan budaya Edo. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web acara https://tokyo-nighttime-project.jp/en/market/ 
• Gambaran Keseluruhan Acara Malam Menjelang Tahun Baharu: " Selamat Tahun Baharu Tokyo 2025" 
Acara " Selamat Tahun Baharu Tokyo 2025" akan diadakan pada malam menjelang Tahun Baharu sebagai penutup tahun, menyatukan penduduk Tokyo dan pelawat antarabangsa untuk menikmati daya tarikan Tokyo sambil menyambut ketibaan tahun baru bersama. Bertemakan tradisi dan inovasi, simbol keunikan Tokyo, acara ini menampilkan: pertunjukan pemetaan (projection mapping) yang mengagumkan, persembahan langsung oleh pemain gendang Jepun dan DJ, sesi temubual bersama tetamu istimewa. Selain itu, harapan tahun baharu daripada peserta akan dipaparkan dalam bentuk ema digital (tablet gambar nazar), menambahkan sentuhan interaktif dan bermakna pada malam tersebut. Untuk butiran, sila layari laman web acara https://tokyo-nighttime-project.jp/en/countdown/ 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54160719/en
 
Butiran Hubungan

Hubungan Akhbar
Pejabat perhubungan awam TOKYO NIGHTTIME PROJECT
PR Consulting Dentsu Inc.
Murai honoka.murai@dentsuprc.co.jp
Ida saori.ida@dentsuprc.co.jp 

Sumber: Kerajaan Metropolitan Tokyo 

--BERNAMA

Thursday, December 12, 2024

FORUM QIANHAI MENGENAI PEMBANGUNAN BERKUALITI TINGGI BAGI INDUSTRI PERKHIDMATAN MODEN SHENZHEN-HONG KONG

SHENZHEN, China, 10 Dis., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 6 Disember, Forum Qianhai yang bertemakan "Situasi Baharu, Pembaharuan Baharu, dan Tindakan Baharu: Kerjasama Shenzhen-Hong Kong untuk Membina sebuah Hab bagi Pembangunan Berkualiti Tinggi bagi Industri Perkhidmatan Moden", bermula di Qianhai, Shenzhen. Forum itu terdiri daripada sebuah forum utama, empat forum selari mengenai pembukaan kewangan dan inovasi, inovasi teknologi Shenzhen-Hong Kong, kedaulatan undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal luar negara, dan industri budaya baharu, serta satu siri bagi acara-acara strategik untuk menaik taraf zon perdagangan bebas perintis. Lebih 100 orang wakil dari SAR Hong Kong dan SAR Macau, pemimpin industri dan pakar-pakar terkenal telah berkumpul di Qianhai untuk menerokai perkembangan terkini di dalam zon kerjasama itu.
 
Mengekalkan satu momentum yang rancak bagi pembangunan
 
Dengan inovasi institusi sebagai teras mereka, Qianhai terus mengembangkan pembukaan institusi dari segi undang-undang, peraturan, pengurusan dan piawaian. Untuk tujuan ini, Qianhai telah melancarkan sejumlah 882 pencapaian inovasi institusi. Dengan industri perkhidmatan moden sebagai sektor utama mereka, Qianhai sedang giat memudahkan pembinaan 18 kluster industri. Statistik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong pada forum itu menunjukkan bahawa, dalam tiga suku pertama 2024, KDNK mereka telah meningkat sebanyak 8.2% dan volum import dan eksport mereka meningkat sebanyak 50.1%. Ini telah menunjukkan satu momentum yang rancak bagi pembangunan.
 
Qianhai sedang menaik taraf secara sistematik Hab Inovasi dan Usahawan Belia Qianhai Shenzhen-Hong Kong. Dengan kerjasama universiti seperti Universiti Hong Kong, Universiti Politeknik Hong Kong dan City University of Hong Kong, pelbagai jenis projek inovasi dan keusahawanan telah diinkubasi di Hab itu. Secara keseluruhan, Qianhai telah menyasarkan untuk menjadi sebuah kawasan terkemuka bagi penyepaduan yang mendalam di antara Shenzhen dan Hong Kong.
 
Mewujudkan seterusnya satu corak kerjasama yang berinovatif bagi Shenzhen-Hong Kong
 
Selepas pengembangan Qianhai, kerjasama Shenzhen-Hong Kong telah dipertingkatkan lagi, untuk menyediakan satu saluran yang mudah bagi perusahaan perkhidmatan moden Hong Kong untuk memasuki pasaran di tanah besar China dan dengan ketara memperluaskan ruang bagi kerjasama rantaian perindustrian di antara Shenzhen dan Hong Kong.
 
Encik Cheuk Wing-hing, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Pentadbiran bagi Kerajaan SAR Hong Kong, berkata Qianhai adalah sebuah platform kerjasama utama di dalam Kawasan Teluk Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau. Hong Kong terlibat secara mendalam di dalam pembangunan Qianhai, dengan lebih 9,000 perusahaan pelaburan dari Hong Kong beroperasi dan lebih daripada 10,000 orang penduduk Hong Kong bekerja dan menetap di Qianhai. Kerajaan SAR Hong Kong akan terus memenuhi peranan mereka sebagai bandar raya pusat bagi GBA dan enjin teras untuk pembangunan wilayah. Hong Kong bersedia untuk memajukan penyepaduan yang saling menguntungkan dengan Shenzhen dan bandar raya GBA yang lain dan lebih aktif menyepadukan diri mereka ke dalam pembangunan negara secara keseluruhan. Pemimpin di kedua-dua sektor kerajaan dan perniagaan dijangka merebut banyak peluang yang dicetuskan oleh pembangunan GBA itu dan menerima kerjasama menang-menang di dalam GBA, terutamanya Qianhai.
 
Membina sebuah hab untuk pembangunan berkualiti tinggi bagi industri perkhidmatan moden yang menghadapi masa depan
 
Encik Zheng Yongnian, Profesor di Universiti China Hong Kong, Shenzhen, dan Presiden bagi Institut Hal Ehwal Antarabangsa, Qianhai, menekankan bahawa Qianhai harus melakarkan satu laluan bagi pembangunan berkualiti tinggi dan mapan serta menjadikan sumbangan mereka sebagai satu "zon khas di dalam sebuah zon khas" di tengah-tengah kitaran yang baik untuk memperluaskan pembukaan.
 
Pada 7 Disember, acara tematik bagi Forum Qianhai itu, Mesyuarat Tahunan 2024 bagi Perikatan Institut Penyelidikan Zon Perdagangan Bebas Perintis China dan Seminar untuk Mendalami Strategi Menaik Taraf Zon Perdagangan Bebas Perintis, telah diadakan. Acara itu menampilkan majlis pelancaran Institut bagi Peraturan Perdagangan Antarabangsa di Universiti Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa (UIBE) dan pelancaran Laporan Pemerhatian Peraturan Perdagangan Antarabangsa 2024 oleh UIBE. Laporan itu meringkaskan perkembangan perdagangan dan ekonomi global pada tahun 2023, dengan menawarkan pandangan berharga tentang sistem tadbir urus ekonomi global.
 
Sumber: Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong

--BERNAMA