Sunday, June 18, 2023

FEDEX DAN FLOSHIP WUJUDKAN PERKONGSIAN KOMERSIAL UNTUK MENYAMPAIKAN ASPEK SETERUSNYA DALAM E-DAGANG

Pelaburan daripada FedEx Innovation Lab dan kerjasama inovatif perkukuhkan penyelesaian pemenuhan dan pemulangan digital hujung ke hujung FedEx

HONG KONG, 15 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- FedEx Corp. (NYSE: FDX) dan Floship, penyedia penyelesaian rantaian bekalan berkitar global terkemuka untuk jenama e-dagang, hari ini mengumumkan perkongsian yang direka untuk menyediakan perkhidmatan pemenuhan dan logistik yang dipertingkatkan kepada e-peruncit di seluruh dunia.

      Melalui pelaburan oleh FedEx Innovation Lab (FIL), perkongsian itu akan mewujudkan penyelesaian pemenuhan dan pemulangan digital hujung ke hujung, meningkatkan kecekapan operasi melalui pengurusan inventori optimum dan penghantaran terbaik dalam kelasnya menggunakan perkhidmatan FedEx.

      Perkongsian ini akan memberi pelanggan e-dagang FedEx akses kepada rangkaian global bagi keupayaan platform gudang dan platform logistik yang berkuasa untuk menyelaraskan operasi pemenuhan e-dagang mereka. Pada masa yang sama, pelanggan Floship akan dapat memanfaatkan rangkaian global FedEx serta rangkaian penuh pilihan pengangkutan meluas FedEx untuk mengoptimumkan operasi mereka.

      Selain daripada itu, pelanggan e-dagang rentas sempadan FedEx dan Floship di Asia-Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Eropah serta Amerika Utara akan mendapat akses kepada pemenuhan yang dipertingkatkan, destinasi akhir penghantaran, serta pemulangan tanpa kerumitan.

      “Perkongsian seperti ini akan membantu kami mempercepatkan cara kami membayangkan semula masa depan logistik,” kata Salil Chari, naib presiden kanan, Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan untuk rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (AMEA), FedEx Express. “Jualan e-dagang terus berkembang di seluruh dunia1. Dengan peralihan yang kian meningkat kepada pembelian dalam talian, pengguna mencari perkhidmatan yang lancar – daripada masa penghantaran dan pemulangan mudah kepada pengalaman yang diperibadikan2. Pada masa yang sama, e-peruncit sedang berusaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan sambil mengoptimumkan operasi mereka dan menurunkan kos untuk perkhidmatan mereka. Bekerjasama dengan inovator industri seperti Floship akan membantu peruncit dalam talian bersaing dengan lebih baik dengan disokong oleh rangkaian logistik global FedEx.” 

No comments:

Post a Comment