Saturday, June 11, 2022

MARY KAY INC. MENYERLAHKAN PEMULIHARAAN TERUMBU KARANG PADA HARI SEGITIGA TERUMBU KARANG 2022

 


HONG KONG, 10 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Segitiga Terumbu Karang adalah nadi antarabangsa bagi terumbu karang dan penghubung hayat bagi lautan kita. Untuk meraikan Hari Segitiga Terumbu Karang, Mary Kay, sebuah penyokong kelestarian global, menjelaskan usaha yang sedang dilakukan untuk memulihara kesihatan rantau ini yang penting bagi kesihatan keseluruhan dunia kita. 
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220609005686/en/ 


Segitiga Terumbu Karang, yang menempatkan lebih 120 juta orang, merupakan satu sumber makanan dan kepelbagaian biologi yang penting untuk planet ini. Perairan Indonesia, Malaysia, Papua New Guinea, Filipina, Pulau Solomon, dan Timor-Leste setakat ini merupakan ekosistem yang paling pelbagai dan produktif di lautan oleh itu menjadikannya lebih dikenali sebagai hutan hujan bagi lautan. “Segitiga Terumbu Karang mempunyai kepelbagaian karang yang paling tinggi di dunia. Hampir 80% spesies karang dunia ditemui di sana. Lima belas spesies karang adalah endemik di rantau itu, bermakna ia tidak ditemui di tempat lain di planet ini,” kata Dr. Elizabeth Mcleod, yang mengetuai usaha pemuliharaan terumbu untuk The Nature Conservancy. “Kawasan ini juga merupakan tempat bagi kepelbagaian ikan terumbu karang yang paling tinggi di dunia, termasuk tiga puluh tujuh peratus daripada spesies ikan terumbu karang dunia, dan 56% daripada ikan terumbu karang di rantau Indo-Pasifik. Perkongsian kami dengan pembiaya seperti Mary Kay membolehkan TNC dan rakan kongsi tempatan kami untuk memulihkan dan melindungi kawasan terumbu karang yang kritikal ini.”

Menyedari kepentingan ekosistem yang berharga ini dan kepelbagaian biologinya yang luas, enam buah negara yang membentuk Segitiga Terumbu Karang itu bergabung untuk memberi tumpuan kepada pemuliharaan kawasan itu. The Nature Conservancy, dengan sokongan daripada Mary Kay, telah mewujudkan inisiatif pemuliharaan peringkat serantau yang mempunyai impak yang ketara ke atas wilayah tersebut. Selama lebih dua dekad, TNC telah mewujudkan program negara yang kukuh di Indonesia, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon sambil mengembangkan perkongsian yang boleh dipercayai dengan komuniti, perniagaan dan kerajaan tempatan. Usaha meluas telah dilakukan untuk mewujudkan rangkaian Kawasan Perlindungan Marin merentasi Segitiga Terumbu Karang. Di Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon, perancangan ‘Ridges to Reefs’, yang menyatukan pengetahuan tempatan dan sains terbaik yang ada, telah disokong dan dibangunkan untuk memudahkan pengurusan sumber marin dan pantai yang mapan.

No comments:

Post a Comment