Kejohanan Bola Sepak
Cungkil Bakat Pemain Remaja
SUBANG JAYA, 27 Ogos
(Bernama) -- Kejohanan Bola Sepak Piala
Dato’ Mokhtar Dahari yang akan bermula pada 30 Ogos bakal menyaksikan 576
pemain bola sepak bawah 18 tahun yang mewakili 32 pasukan dari 9 daerah seluruh
Selangor berentap bagi merebut kejuaraan edisi ke-3.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan
Negeri Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim disaksikan oleh Pengerusi Kejohanan,
YDH Dato’ Emran Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perangsang Selangor
Berhad (Perangsang Selangor), Ahmad Fariz Hassan bertempat di Stadium Mini KPM,
SMK USJ 23, Subang Jaya.
No comments:
Post a Comment