Friday, October 31, 2025

Curia Menerbitkan Laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2024


ALBANY, N.Y., 31 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Curia Global, Inc. (Curia), sebuah organisasi terkemuka dalam penyelidikan kontrak, pembangunan dan pembuatan, hari ini mengumumkan penerbitan laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat itu. Laporan terbaharu ini menekankan nilai baharu syarikat yang dikenali sebagai “C.U.R.I.A. Way”—iaitu Curiosity (Rasa Ingin Tahu), Urgency (Kecepatan), Respect (Hormat), Integrity (Integriti) dan Accountability (Akauntabiliti)—serta bagaimana nilai-nilai ini disepadukan dalam misi, tujuan dan inisiatif tanggungjawab korporat Curia.

Pencapaian utama daripada laporan ini termasuk:
  • Pada tahun 2024, Curia telah berikrar untuk menetapkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) jangka pendek dan jangka panjang di seluruh syarikat selaras dengan sains iklim melalui Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) dan menyertai kempen Race to Zero anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, iaitu gabungan global entiti bukan negara yang berusaha untuk mengurangkan separuh pelepasan global menjelang tahun 2030.
  • Kemudahan Curia di Perancis, iaitu di Bon Encontre dan Tonneins, telah memperoleh pensijilan ISO 9001, 45001 dan 14001, manakala tapak di Origgio dan Rozzano, Itali, telah memperoleh pensijilan ISO 45001 dan 14001. Sistem Pengurusan EHS syarikat terus mencerminkan piawaian ISO 14001 dan 45001 di semua lokasi.
  • Sebanyak 85% kemudahan Curia telah melebihi satu tahun tanpa kecederaan yang direkodkan, dengan sembilan tapak melebihi dua tahun.
  • Para pekerja secara sukarela telah meluangkan lebih daripada 10,000 jam untuk pembelajaran di platform iLearn syarikat, yang dikuasakan oleh teknologi Percipio dari Skillsoft, yang terus menyediakan sumber pembelajaran untuk pekerja bertaraf eksekutif di seluruh dunia.
  • Majlis DE&I Curia terus berkembang dengan fokus menyediakan forum untuk perbincangan serta laluan kemajuan bagi semua pekerja.

“Laporan ESG terkini kami mencerminkan kemajuan kami sebagai peneraju dalam industri daripada mengurangkan jejak alam sekitar kepada memupuk budaya keselamatan, integriti dan tanggungjawab,” kata Philip Macnabb, Ketua Pegawai Eksekutif Curia. “Ketika Curia terus berkembang, kami sedar masih banyak usaha yang perlu dilakukan. Inisiatif ESG kami kekal erat berkait dengan pendekatan kami terhadap inovasi saintifik dan kecemerlangan operasi dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan pesakit mereka.”

Untuk membaca laporan ESG penuh, sila layari: https://curiaglobal.com/about-us/corporate-responsibility/

Perihal Curia
Curia merupakan sebuah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) dengan pengalaman yang melebihi 30 tahun, rangkaian bersepadu bagi lebih 20 tapak global dan kira-kira 3,200 orang pekerja yang bekerjasama dengan pelanggan biofarmaseutikal untuk membawa terapi yang mengubah kehidupan ke pasaran. Tawaran kami tersedia dalam bentuk molekul kecil, API generik dan biologi merangkumi penemuan melalui pengkomersialan, dengan keupayaan pengawalseliaan, analitikal dan kemasan isian bersteril yang bersepadu. Pakar saintifik dan proses kami serta fasiliti kami yang mematuhi kawal selia memberikan pengalaman terbaik dalam kelasnya yang meliputi bahan aktif ubat-ubatan dan pembuatan produk ubat-ubatan. Kami menjayakan setiap langkah, daripada rasa ingin tahu hinggalah mengubati, untuk mempercepatkan penyelidikan anda dan menambah baik kehidupan pesakit. Layari kami di curiaglobal.com.

Hubungan Korporat:
Viana Bhagan
Curia
+1 518 512 2111
corporatecommunications@CuriaGlobal.com 


SUMBER: Curia Global, Inc.

Edisi Keempat Panduan MICHELIN Abu Dhabi Telah Dilancarkan

 

  • Sebanyak 56 buah restoran telah dipilih untuk senarai tahun 2026 dalam Panduan MICHELIN Abu Dhabi
  • Terdapat 11 penambahan baharu dalam senarai keseluruhan, termasuk tiga buah restoran Bib Gourmand baharu dan lapan restoran yang baru Dipilih

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 30 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Panduan MICHELIN Abu Dhabi 2026 dengan bangganya memperkenalkan edisi keempatnya, menampilkan penambahan terkini dalam landskap kulinari bandar ini. Pilihan tahun ini mencerminkan tahap sofistikasi dan kepelbagaian yang semakin berkembang di bandar ini, dengan sebelas restoran baharu menyertai senarai, termasuk tiga yang telah menerima pengiktirafan Bib Gourmand kerana menawarkan hidangan luar biasa pada nilai hebat. Tiga buah restoran turut mengekalkan pengiktirafan Satu Bintang MICHELIN mereka.

Gwendal Poullennec, Pengarah Antarabangsa Panduan MICHELIN, berkata: “Pemilihan restoran untuk Panduan MICHELIN Abu Dhabi 2026 menunjukkan bahawa dunia kulinari bandar yang penuh semangat ini terus berkembang dan matang secara konsisten, membuktikan bahawa Abu Dhabi kini bukan sahaja ibu kota budaya, malah juga destinasi gastronomi yang wajar dikunjungi. Dengan pelbagai jenis masakan dari seluruh dunia, bandar ini menawarkan rangkaian restoran yang pelbagai dan menarik—daripada sajian klasik Itali yang elegan dan hidangan Jepun kontemporari, sehinggalah cita rasa berinspirasikan Khaleeji dan konsep gabungan yang inovatif. Penambahan pengiktirafan Bib Gourmand baharu serta pengekalan anugerah Satu Bintang MICHELIN mengukuhkan lagi komitmen bandar ini terhadap kecemerlangan dan kreativiti dalam dunia gastronomi. Seiring dengan evolusi landskap restoran di Abu Dhabi, ia menjanjikan bukan sahaja makanan yang luar biasa, tetapi juga pengalaman yang tidak dapat dilupakan—menjadikan masa depan destinasi dinamik ini lebih cerah daripada sebelumnya.”

Satu Bintang MICHELIN

Bintang MICHELIN dianugerahkan kepada restoran yang menawarkan masakan luar biasa, berdasarkan lima kriteria sejagat: kualiti bahan-bahan; keharmonian rasa; penguasaan teknik; keperibadian chef yang terserlah melalui masakan mereka; serta yang tidak kurang pentingnya, konsistensi keseluruhan menu serta dari masa ke semasa. Dalam dunia gastronomi yang dinamik, mengekalkan kecemerlangan dari tahun ke tahun merupakan cabaran sebenar. Ia menuntut bukan sahaja kreativiti dan bakat, tetapi juga dedikasi yang tidak berbelah bahagi, ketelitian serta konsistensi . Mengekalkan Bintang MICHELIN merupakan antara pencapaian paling berprestij dalam industri ini. Untuk edisi 2026, tiga buah restoran telah sekali lagi membuktikan keunggulan mereka. Erth, Hakkasan dan Talea by Antonio Guida terus mengekalkan pengiktirafan masing-masing.

Tiga Bib Gourmand Baharu

Anugerah Bib Gourmand menyerlahkan restoran dalam senarai pilihan yang menawarkan makanan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

Bua Thai Café terletak di dalam kompleks runcit yang luas di tengah-tengah Pulau Yas, menawarkan suasana selesa dan berwarna-warni untuk pencinta masakan Thai autentik. Menu restoran ini menyajikan hidangan makan tengah hari Thai yang ringkas namun penuh rasa, termasuk steamed hagao, kari hijau ayam yang menyegarkan, serta pencuci mulut kegemaran ramai—pulut mangga (mango sticky rice). Para tetamu boleh menikmati suasana meriah di dalam restoran atau memilih tempat duduk di teres ketika cuaca lebih sejuk.

3Fils Abu Dhabi membawa restoran terkenal dari Dubai ke ibu negara, bertempat di marina Al Bateen dengan restoran Jepun kontemporari berskala besar yang merangkumi tiga tingkat. Reka bentuknya minimalis dan moden, mewujudkan suasana santai namun meriah, di mana chef bertopi besbol menyajikan hidangan moden seperti ayam panggang, udang, dan sashimi terus dari dapur terbuka. Untuk pencuci mulut, ‘Take Me To The Moon’ merupakan impian yang menjadi kenyataan buat pencinta coklat.

Goldfish pula terletak di tengah-tengah Marina Mall yang mengagumkan, menampilkan restoran Jepun kontemporari oleh Akmal Anuar, saudara kepada cawangan asal di Dubai, yang menggembirakan para pengunjung dengan sajian istimewanya. Menu yang ditawarkan meriah dan pelbagai, termasuk pilihan sushi, sate yang lazat serta hidangan utama seperti ramen, Wagyu sliders dan mi pedas. Saiz hidangan yang murah hati dan nilai yang berbaloi menjadikannya lokasi ideal untuk menjamu selera selepas penat membeli-belah.

Lapan Restoran Baharu Disenaraikan dalam Panduan MICHELIN

Cipriani Dolci menampilkan segala ciri elegan dan sofistikated yang sinonim dengan jenama Cipriani, namun dengan sentuhan unik untuk Abu Dhabi. Terletak di tingkat bawah Marina Mall, restoran bergaya ini dibuka untuk sarapan, brunch, makan tengah hari dan snek ringan, dengan hidangan istimewa harian malah menawarkan pilihan piza. Para tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan kek, pastri dan aiskrim buatan sendiri yang lazat—sesuai sebagai sajian manis ketika membeli-belah atau penutup yang menyenangkan bagi sebarang hidangan.

Antonia ialah restoran Itali tepi pantai yang menawan dan menghadap perairan biru jenih Teluk Arab di Mamsha Al Saadiyat. Suasananya mengimbau pesona restoran piza gaya Amerika, namun menunya kekal sepenuhnya Itali—menampilkan carpaccio dalam saiz yang murah hati, pasta klasik dan paling menonjol, piza sourdough istimewa yang dihasilkan daripada doh permulaan berusia lima puluh tahun. Tiramisu pula kekal sebagai pencuci mulut kegemaran ramai, melengkapkan menu yang meraikan sajian Itali dalam suasana santai dan indah.

Novikov Abu Dhabi merupakan cawangan tempatan francais global terkenal ini, terletak di The Galleria Mall di Pulau Al Maryah. Masakan Mediterranean menjadi tumpuan utama, dengan hidangan istimewa seperti pasta segar buatan harian, ikan yang disediakan dengan teliti, gazpacho sejuk dan tart beri yang menggoda. Menu makan tengah hari di sini memang berbaloi dan pilihan à la carte yang pelbagai menjamin kepuasan setiap pengunjung. Pengalaman ini diserikan lagi dengan persembahan piano secara langsung sepanjang hari.

Villa Mamas, yang diketuai oleh chef Bahrain, Roaya Saleh, meninggalkan jejak tersendiri dalam dunia kulinari Abu Dhabi menerusi sajian elegan berinspirasikan Khaleeji. Ruang dalamannya menyerupai rumah konservatori, dipenuhi tumbuhan hijau, artifak berwarna-warni, buah-buahan segar serta rak yang dihiasi dengan rempah ratus buatan sendiri, sirap dan buku masakan. Menu menampilkan cita rasa serantau yang digemari ramai seperti chicken machbous dan hummus yang dihiasi dengan potongan daging kambing—semuanya disajikan dalam suasana yang serba selesa namun tetap sofistikated.

Taparelle merupakan lokasi yang mencuri perhatian secara visual, terletak di Manarat Saadiyat yang progresif—pusat seni, budaya dan acara komuniti Abu Dhabi. Teresnya menjadi tempat ideal untuk menikmati hidangan santai dan brunch hari Sabtu mereka amat popular. Menu ini merupakan gabungan kreatif masakan Perancis dan Itali, menampilkan hidangan seperti scallop Grenobloise, oxtail ragu dan crispy charred sea bass.

Pincode by Kunal Kapur mengundang para pengunjung untuk merasai interpretasi moden chef selebriti Kunal Kapur terhadap makanan jalanan India yang mewah. Terletak di The Galleria Mall, ruang dalamannya bergaya dengan fabrik mewah dan dinding berpanel hitam putih bertona sepia, membangkitkan suasana kolonial yang elegan.

Strawfire by Ross Shonhan merupakan kemunculan sulung yang penuh bertenaga oleh chef Australia itu di Abu Dhabi, di mana nyalaan api dari dapur terbuka bergema seiring dengan rentak muzik DJ langsung, mencipta suasana yang penuh tenaga. Fokus utama adalah pada teknik masakan Warayaki, di mana hidangan disambar secara pantas dengan jerami yang sedang membakar, menghasilkan rasa yang tersendiri. Hidangan istimewa seperti prawn toast, miso glazed Chilean sea bass dan spaghetti Mentaiko menyerlah, manakala tempat duduk di teres dan dapur terbuka menawarkan gabungan persembahan dan keselesaan. Pengalaman ini dilengkapkan dengan pasukan yang memastikan setiap malam menjadi kenangan indah.

Sand & Koal menawarkan pengalaman menjamu selera mewah di tepi pantai dalam gazebo yang menghadap ke Istana Presiden yang megah dan perairan Teluk Arab yang berkilauan. Ia merupakan lokasi sempurna untuk menikmati matahari terbenam bersama minuman, sebelum menjamu selera dengan hidangan istimewa yang dimasak menggunakan kayu api. Menu menampilkan stik yang menggugah selera, hidangan “Reef and Beef” yang menggabungkan makanan laut dan daging serta sajian makanan laut yang mewah untuk dikongsi bersama. Pencuci mulut seperti mousse coklat salai dan tart buah tin melengkapkan pengalaman dengan sentuhan manis, menjadikan restoran ini pilihan ideal untuk malam romantik.

Setiap restoran ini membawa keunikan tersendiri dalam landskap kulinari Abu Dhabi yang meriah, menyumbang kepada reputasi kota ini sebagai destinasi gastronomi bertaraf dunia yang kian berkembang.

Anugerah Khas

Menerusi Anugerah Khasnya, Panduan MICHELIN memberi penghargaan kepada pelbagai sumbangan dalam industri hospitaliti, mengiktiraf individu yang paling berbakat dan bersemangat dalam bidang ini.

Young Chef Award diberikan kepada Villa Toscana, yang terletak di hotel St. Regis. Inspektor kami menyatakan bahawa di sini, hidangan klasik Tuscany disediakan dengan kemahiran dan semangat, daripada spaghetti alle vongole sehingga veal Milanese serta tiramisu yang menyerlah. Kepakaran pasukan dan pesona desa restoran ini menghasilkan cita rasa Tuscany yang autentik.

Ray's Grill menerima Service Award untuk hospitaliti yang mesra, bersemangat dan penuh perhatian. Terletak di tingkat 63 Conrad Etihad Towers Hotel, inspektor kami mengagumi penyampaian pasukan yang lancar, menyumbang kepada pengalaman makan malam yang tiada tandingan dengan stik yang dimasak sempurna dan pemandangan menakjubkan — memastikan setiap tetamu merasa dialu-alukan dan dihargai.

Opening of the Year Award dianugerahkan kepada 3Fils Abu Dhabi, yang telah menetapkan penanda aras tinggi sejak dibuka pada Julai lalu. Penilai kami sangat tertarik dengan restoran yang terletak di bangunan tiga tingkat di Marina Al Bateen serta hidangan Jepun moden yang ditawarkan. Sebagai saudara kepada cawangan asal di Dubai, lokasi yang jauh lebih besar ini menawarkan suasana santai dan menyenangkan dalam setiap aspek daripada layanan, suasana dan hidangannya.
 
Foto dan/atau lampiran tersedia di:
https://contentcenter.michelin.com
 
Hubungan Akhbar:

BPG Group

michelinguide@bpggroup.com

Perihal Michelin:

Michelin sedang membina sebuah pengeluar terkemuka dunia dalam bidang bahan komposit dan pengalaman yang mampu mengubah kehidupan. Dengan lebih 130 tahun kepakaran dalam bahan kejuruteraan, Michelin berada dalam kedudukan unik untuk menyumbang secara signifikan kepada kemajuan manusia dan dunia yang lebih lestari. Berdasarkan kepakaran mendalamnya dalam komposit polimer, Michelin terus berinovasi dalam penghasilan tayar dan komponen berkualiti tinggi untuk aplikasi kritikal merentasi pelbagai bidang mencabar seperti mobiliti, pembinaan, aeronautik, tenaga rendah karbon dan penjagaan kesihatan. Ketelitian terhadap produknya dan pemahaman mendalam tentang pelanggan mendorong Michelin untuk menawarkan pengalaman terunggul kepada pelanggan di seluruh dunia. Ini merangkumi penyediaan penyelesaian bersambung berasaskan data dan AI untuk armada profesional hinggalah kepada cadangan restoran dan hotel terunggul yang dikurasi oleh Panduan MICHELIN. Beribu pejabat di Clermont-Ferrand, Perancis, Michelin kini beroperasi di 175 negara dan mempunyai 129,800 kakitangan. (www.michelin.com).

Ikuti semua berita kami di X @Michelin

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0bbb8cef-ae64-49d1-86f8-ef82dbfc0421

SUMBER: Michelin AIM FZCO

--BERNAMA

Altimetrik Selesai Pengambilalihan SLK Software, Satukan Kekuatan untuk Tingkatkan Nilai melalui Pendekatan AI-First dan Pemerkasaan Digital

DETROIT & BENGALURU, India, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Altimetrik hari ini mengumumkan kejayaan penyempurnaan pengambilalihan SLK Software, menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan syarikat untuk membina kuasa besar dalam kejuruteraan digital. Sebagai sebahagian daripada peralihan ini, SLK Software kini akan beroperasi dengan identiti baharunya sebagai “SLK, sebuah syarikat Altimetrik”.

Penyepaduan ini menggabungkan keupayaan inovasi berasaskan AI dan data Altimetrik dengan kekuatan SLK dalam bidang Intelligent Enterprise, Operasi Digital, Infrastruktur Pintar dan Automasi serta Kejuruteraan Kualiti – meliputi keseluruhan rantaian nilai pemerkasaan digital daripada strategi dan reka bentuk hingga kejuruteraan dan perkhidmatan terurus. Berteraskan pendekatan yang diketuai oleh pengamal, organisasi bersatu ini menggabungkan kepakaran mendalam dalam pelbagai domain dengan platform moden dan model operasi digital untuk menyampaikan pelaksanaan berskala kecil yang berfokuskan hasil bagi mempercepatkan masa ke nilai.

“Saya amat teruja untuk mengalu-alukan pasukan SLK secara rasmi ke dalam Altimetrik, menyatukan dua organisasi yang digerakkan oleh matlamat, inovasi dan komitmen teguh untuk membantu pelanggan kami memimpin dengan yakin dalam era perniagaan pintar,” kata Raj Sundaresan, Ketua Pegawai Eksekutif Altimetrik. “Penyempurnaan pengambilalihan ini menandakan satu detik penting yang bukan sekadar soal skala, tetapi juga tentang membantu perniagaan berkembang dengan bertanggungjawab dalam dunia berteraskan AI dengan membentuk semula cara mereka memanfaatkan AI untuk menjana impak sebenar dan boleh diukur.”

Altimetrik dan SLK kini menghimpunkan pasukan global lebih 10,000 profesional di lebih 17 negara, dengan lebih 20 pusat kejuruteraan beroperasi di seluruh dunia. Entiti gabungan ini berkhidmat kepada lebih 150 pelanggan perusahaan, termasuk syarikat tersenarai Fortune 500, dengan menawarkan rangkaian penuh pemerkasaan berasaskan AI-First, merangkumi data, kejuruteraan, operasi pintar dan automasi bagi membantu perusahaan melangkaui tahap percubaan kepada penerapan menyeluruh serta penciptaan nilai berterusan.

“Kerjasama antara Altimetrik dan SLK menandakan era baharu bagi teknologi perusahaan,” kata Puneet Bhatia, Rakan Kongsi & Pengerusi Eksekutif India di TPG Capital Asia serta Ahli Lembaga Pengarah Altimetrik. “Syarikat bersatu ini bersedia untuk mempercepatkan pemodenan perusahaan dan membuka jalan kepada hasil transformasi bagi pelanggan kami - satu perjalanan yang TPG bersemangat untuk terus sokong.”

“Ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan pelaburan kami, pada ketika AI terus menjadi pemangkin transformasi dalam landskap perniagaan yang sentiasa berubah, membentuk semula cara syarikat beroperasi, bersaing dan berkembang,” ujar Vivek Mohan, Rakan Kongsi Unit Perniagaan di TPG Capital Asia dan Ahli Lembaga Pengarah Altimetrik. “Dengan skala gabungan, kepakaran AI dan keunggulan dalam penyampaian, Altimetrik dan SLK akan memacu inovasi lebih pantas, memberi impak lebih besar kepada pelanggan, serta membuka potensi penciptaan nilai yang signifikan."

Berlandaskan pendekatan AI First Altimetrik serta pelancaran ALTI AI Adoption Lab™ dan DomainForge.ai, Altimetrik dan SLK akan meneruskan momentum tersebut dengan menawarkan keupayaan menyeluruh dalam bidang data, AI, kejuruteraan produk dan pengalaman, pemodenan platform, analitik, DevSecOps, keselamatan siber, infrastruktur pintar dan operasi awan, disokong oleh kerjasama teknologi yang kukuh. Organisasi gabungan ini turut memperkukuh ekosistem melalui rangkaian rakan teknologi seperti OpenAI, Amazon Web Services, Snowflake dan Databricks.

Avendus Capital bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada SLK Software, manakala EY berperanan sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada Altimetrik dan TPG.

Maklumat Tentang Altimetrik

Altimetrik ialah syarikat kejuruteraan data dan digital berasaskan AI-First yang membantu perusahaan mempercepatkan pertumbuhan melalui pendekatan berasaskan produk secara berperingkat. Sebagai rakan perkhidmatan rasmi OpenAI, makmal ALTI AI Adoption Lab™ dan DomainForge.ai kami membolehkan organisasi membina serta memperkasa penyelesaian AI bertaraf perusahaan pada skala besar.

Dengan lebih 6,000 pengamal di seluruh dunia dan latar kejuruteraan yang kukuh, kami membantu perniagaan dalam sektor BFSI, pembuatan, runcit & CPG, automotif, penjagaan kesihatan, dan sains hayat memodenkan teknologi, melancarkan model perniagaan baharu, serta memperluas penerapan AI didorong oleh inovasi berasaskan data, operasi digital pintar dan automasi.

Diiktiraf dalam Constellation Research ShortList™ 2025 bagi Perkhidmatan AI Global dan dinamakan sebagai Major Contender dalam PEAK Matrix® Everest Group untuk Kejuruteraan Digital BFSI dan Sains Hayat, Altimetrik turut tersenarai dalam Glassdoor’s Best Led Companies 2025. Syarikat ini terus memacu kecekapan, ketelusan dan pertumbuhan lancar dalam era AI. Ketahui lebih lanjut di altimetrik.com.

Maklumat tentang SLK, SLK, sebuah syarikat Altimetrik

SLK, sebuah syarikat Altimetrik, ialah penyedia perkhidmatan teknologi global yang memfokuskan pada penerapan AI, automasi pintar dan analitik untuk membangunkan penyelesaian teknologi termaju melalui budaya kerjasama dan evolusi berterusan. Selepas pengambilalihan oleh Altimetrik, organisasi bersatu ini memperluaskan ekosistem inovasi dan jangkauan globalnya. Penyelarasan ini menggabungkan kepakaran SLK dalam bidang Intelligent Enterprise, Pengurusan Infrastruktur, Automasi dan Kejuruteraan Kualiti, Operasi Digital serta Penyelesaian Berfokus Industri dengan keunggulan Altimetrik dalam Data dan AI, Pemerkasaan Perniagaan Digital, Kejuruteraan Produk dan Platform, Awan dan Pemodenan, serta Strategi Pasaran dan Pelaksanaan Pertumbuhan. Bersama-sama, mereka bersedia untuk membuka nilai baharu, mempercepatkan pemodenan, dan memacu inovasi berskala besar berasaskan pendekatan AI-First yang dapat diukur.

Selama 25 tahun, organisasi ini telah membantu perusahaan dalam sektor insurans, perkhidmatan kewangan, pengurusan pelaburan dan pembuatan untuk mentakrifkan semula model perniagaan mereka serta menangani keperluan semasa dan masa depan. Melalui penyepaduan ini, syarikat akan memperluas jangkauannya ke dalam sektor penjagaan kesihatan, sains hayat dan runcit, sekali gus memperkukuh keupayaan mereka untuk memacu transformasi digital yang bermakna. Diiktiraf selama bertahun-tahun oleh Great Place To Work®, Brandon Hall, Mercer | Mettl-HRedge Awards, dan SHRM atas amalan sumber manusia serta budaya kecemerlangannya, organisasi ini terus mencabar kebiasaan industri secara konstruktif untuk mencapai prestasi tertinggi melalui teknologi disruptif, inovasi terapan dan automasi berasaskan matlamat.

Ketahui cara SLK membantu organisasi terkemuka mentakrifkan semula perniagaan mereka di www.slksoftware.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts

Media

Altimetrik & SLK
Gurvinder Singh Sahni
GSahni@altimetrik.com

Matt McLoughlin
Gregory FCA
altimetrik@GregoryFCA.com

+1 610-228-2123

Sumber: Altimetrik

--BERNAMA 

DAMAC Menjemput Dunia untuk Memohon Menjadi “The Ultimate DAMAC Islander”

 • Lapan destinasi pulau, semua perbelanjaan ditanggung oleh DAMAC untuk pemenang.


DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 30 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- DAMAC Properties, pemaju hartanah mewah swasta terbesar di UAE dengan jejak global yang meluas, telah mengumumkan peluang baharu untuk para pengembara, pemimpi dan pencipta dari seluruh dunia: peluang untuk menjadi The Ultimate DAMAC Islander. Individu yang terpilih akan menjadi kakitangan bergaji DAMAC dan memulakan pengembaraan sebagai duta tetap sepenuh masa, menetap, menerokai dan berkongsi pengalaman hidup di lapan destinasi tropika yang menakjubkan, termasuk Mauritius dan Barbados. Semua perbelanjaan, termasuk perjalanan, penginapan dan pengalaman akan ditanggung sepenuhnya oleh DAMAC. Peranan unik daripada DAMAC ini menawarkan peluang luar biasa untuk menghayati seni kehidupan santai, merasai ketenangan, keterhubungan dan kebebasan, sambil berkongsi perjalanan ini bersama khalayak global.

Seruan untuk Mereka yang Berani Bermimpi Lebih Besar
Kempen DAMAC ini merupakan sebahagian daripada inisiatif lebih luas untuk DAMAC Islands, yang mengalu-alukan penyertaan daripada semua lapisan masyarakat — pencerita, pencipta kandungan, peneroka dan individu berwawasan — untuk memohon dan menunjukkan mengapa mereka layak menjadi The Ultimate DAMAC Islander. Duta yang terpilih akan berkhidmat sebagai kakitangan rasmi dan wajah utama gaya hidup tropika ikonik DAMAC, mempersembahkan dunia yang penuh ketenangan, keanggunan semula jadi dan semangat penjelajahan, semuanya di bawah sinaran matahari tropika.

“Ini bukan sekadar pertandingan,” kata Amira Sajwani, Pengarah Urusan, DAMAC Properties. “Ia adalah kisah kehidupan sebenar yang dilalui oleh seorang individu untuk menjadi suara kepada sebuah syurga tropika. Kami sedang mencari seseorang yang memiliki rasa ingin tahu, kreativiti dan semangat pengembaraan — pendek kata, individu yang bersedia menjalani kehidupan yang hanya mampu diimpikan oleh orang lain.”

Pengalaman ini akan dikongsi bersama dengan khalayak global melalui platform digital, kisah media sosial dan siri kandungan khas yang mengikuti perjalanan Islander dari proses pemilihan hingga ke destinasi syurga.

Cara Memohon
Permohonan akan dibuka tidak lama lagi di peringkat global melalui platform DAMAC www.damacislander.com, di mana para calon boleh menghantar penyertaan kreatif mereka yang menerangkan mengapa mereka layak dipilih sebagai The Ultimate DAMAC Islander.

Perihal DAMAC Properties

DAMAC Properties telah berada di barisan hadapan pasaran hartanah mewah Timur Tengah sejak tahun 2002, dengan rekod penyampaian projek kediaman, komersial dan rekreasi yang memenangi pelbagai anugerah di rantau ini dan di peringkat antarabangsa, termasuk di UAE, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Lubnan, Iraq, Maldives, Kanada, Amerika Syarikat serta United Kingdom.

Sejak itu, syarikat telah menyerahkan lebih daripada 49,000 unit kediaman, dengan lebih 54,000 lagi sedang melalui pelbagai fasa perancangan dan pembangunan. DAMAC turut berganding bahu dengan jenama fesyen dan gaya hidup terkemuka dunia seperti Versace, Roberto Cavalli dan de GRISOGONO untuk mencipta pengalaman kediaman yang luar biasa. Dengan visi yang konsisten dan momentum yang berterusan, DAMAC turut membina generasi baharu gaya hidup mewah di seluruh dunia.

Hidup Mewah.

Layari kami di www.damacproperties.com

Ikuti DAMAC Properties di Facebook, X, Instagram, LinkedIn dan YouTube(@DAMACofficial).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Komunikasi Korporat, DAMAC Properties

Tel: +971 4 373 2197

E-mel: corporatecommunications@damacgroup.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5680a49f-7c11-49f6-8996-76560cfa3617

SUMBER: Damac Properties Dubai Co. PJSC

--BERNAMA

Tuesday, October 21, 2025

Analisis Squawka Mengenai Prestasi Kelab Liga Perdana Inggeris Sejurus Selepas Rehat Antarabangsa

 

LONDON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Squawka hari ini mengeluarkan satu analisis berasaskan data yang meneliti cara kelab Liga Perdana beraksi dalam perlawanan liga pertama mereka sejurus selepas rehat antarabangsa (dari Oktober 2020 hingga kini), yang mendedahkan bahawa Manchester City dan Liverpool merupakan pasukan paling menyerlah sepanjang lima tahun lalu, manakala Everton berada di tempat terakhir.

Penemuan Utama

Seiring dengan kembalinya saingan Liga Perdana Inggeris, Squawka telah menjalankan satu analisis mendalam untuk menilai prestasi setiap kelab dalam perlawanan pertama mereka selepas rehat antarabangsa. Hasil kajian ini menonjolkan beberapa corak menarik yang dijangka menarik minat pembaca.

Kajian menunjukkan bahawa Manchester City dan Liverpool mendominasi perlawanan selepas tugasan antarabangsa. Sebaliknya, Everton dan Crystal Palace bergelut untuk mendapatkan semula momentum sebaik rehat berakhir.
  • Liverpool mencatat empat kemenangan berturut-turut selepas rehat antarabangsa — rekod kemenangan paling panjang dalam liga .
  • Manchester City hanya tewas sekali dalam 17 perlawanan seumpama itu.
  • Manchester United pula gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka… dan akan pergi ke Anfield pada hari Ahad.
  • Arsenal sedang menikmati rentak tiga kemenangan sejak tewas kepada Bournemouth pada Oktober 2024.
  • Aston Villa tidak pernah tewas dalam 10 perlawanan selepas rehat sejak Piala Dunia 2022.
  • Everton hanya menang sekali dalam 11 perlawanan terakhir mereka. Mereka akan bertandang ke City pada hari Sabtu.
  • Crystal Palace pula belum pernah menang dalam sembilan perlawanan - rekod paling buruk dalam liga.

Metodologi
  • Kedudukan ditetapkan berdasarkan sepenuhnya kepada perlawanan liga pertama yang berlangsung sejurus selepas setiap rehat antarabangsa dari Oktober 2020 hingga kini.
  • Pasukan mencerminkan kohort Liga Perdana 2025/26; bagi kelab yang naik liga dalam tempoh tersebut (contohnya, Sunderland), keputusan dari musim yang relevan dalam EFL (Liga Satu/Kejuaraan) turut dimasukkan untuk mencerminkan jenis perlawanan selepas rehat yang sama.
  • Metrik ringkasan termasuk: Bermain, Menang, Seri, Kalah, Gol Dijaringkan/Dibolosi, Perbezaan Gol dan Mata yang diperoleh dalam perlawanan tersebut.
  • Sumber data: Squawka

Komen

Perlawanan selepas rehat antarabangsa merupakan ujian penentu terhadap kedalaman skuad dan persiapan kejurulatihan. Kelab yang paling cekap mengurus perjalanan, pemulihan dan penyesuaian semula biasanya memulakan aksi dengan pantas sebaik sahaja bola sepak domestik bersambung,” kata Tom DuttonKetua Kandungan, Squawka. “Kedudukan kami menyerlahkan corak yang secara intuitif dirasai oleh para peminat; namun disokong oleh data lima musim untuk membezakan antara tren dan gangguan.”

Baca Analisis Penuh

Lihat analisis lengkap di SquawkaKedudukan kelab Liga Perdana: Rekod selepas rehat antarabangsa.

Perihal Squawka

Squawka ialah jenama media bola sepak yang menyampaikan berita, analisis berasaskan data, statistik langsung dan pelbagai ciri merentasi Liga Perdana, Liga Juara-Juara, serta kejohanan utama dunia. Squawka menggabungkan cerapan dengan data terkemuka industri untuk membantu peminat memahami permainan dengan lebih mendalam.

Hubungi: squawka@onetwentygroup.com 

SUMBER: Squawka

Friday, October 17, 2025

KEMAS KINI: SINTX Perkukuh Portfolio Pencegahan Jangkitan dengan Paten Baharu yang Diluluskan di AS, Meliputi Pasaran Antipatogenik Bernilai AS$30 Bilion

 


Paten baharu di Amerika Syarikat mengukuhkan kelebihan daya saing dan membuka peluang pelesenan serta pengkomersialan produk yang lebih meluas merentasi pasaran utama


SALT LAKE CITY, Utah, 17 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- SINTX Technologies, Inc. (NASDAQ: SINT) (“SINTX” atau “Syarikat”), peneraju inovasi seramik termaju yang mengkhusus dalam aplikasi bioperubatan nitrida silikon (Si₃N₄), hari ini mengumumkan bahawa Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO) telah mengeluarkan Notis Kebenaran bagi satu permohonan paten yang mengandungi tuntutan kaedah berkaitan teknologi fabrik antipatogen syarikat tersebut.

Perkembangan ini memperkukuh kelulusan paten yang sebelum ini diumumkan oleh SINTX bagi komposisi Bahan Gentian Antipatogeniknya, sekali gus memperluas harta intelek (IP) syarikat untuk melindungi bukan sahaja bahan tersebut, tetapi juga proses penghasilannya sehingga ke pasaran. Perlindungan berganda ini memperkukuh kelebihan daya saing Syarikat, mempertingkatkan peluang pelesenan dan kerjasama strategik, sekali gus memperluas aplikasi berpotensi dalam tekstil perubatan, media penapisan dan permukaan lain yang mudah terdedah kepada jangkitan.

Kedua-dua keluarga paten ini mewujudkan halangan daya saing harta intelek (IP) yang menyeluruh bagi teknologi penyahaktifan patogen pada permukaan milik SINTX, meliputi aplikasi dalam pembalut luka, kain penutup dan gaun pembedahan, media penapisan, peralatan pelindung diri (PPE) serta permukaan klinikal yang kerap disentuh.

“Kami teruja untuk mengumumkan kelulusan Paten Kaedah bagi Bahan Berserat Antipatogenik (Method Patent for Antipathogenic Fibrous Materials), yang menandakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh dan memperluas perlindungan terhadap platform teknologi nitrida silikon milik kami,” kata Eric K. Olson, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SINTX Technologies. “Paten yang baru diluluskan ini melengkapi Paten A.S. No. 12,433,356 yang dikeluarkan baru-baru ini pada 7 Oktober 2025, yang merangkumi komposisi nitrida silikon bagi bahan gentian antipatogenik. Gabungan paten ini memperkukuh kedudukan SINTX sebagai peneraju dalam inovasi bahan yang tahan jangkitan, sambil memperluas perlindungan harta intelek syarikat bagi merangkumi bukan sahaja komposisi fabriknya, tetapi juga kaedah penghasilan dan penggunaannya dalam pelbagai aplikasi. Kami percaya asas harta intelek dua lapis ini dapat mempertingkatkan potensi pelesenan dan pengkomersialan platform kami dengan ketara.”

Lisa Marie Del Re, Ketua Pegawai Komersial, menambah, “Dengan tuntutan kaedah ini, kami kini dapat mempertahankan dan melesenkan laluan pengilangan serta aplikasi yang membolehkan prestasi antipatogenik nitrida silikon dalam tekstil dan permukaan. Ini amat penting ketika kami berinteraksi dengan bakal rakan kongsi dalam bidang penjagaan luka, penapisan dan tekstil perubatan.”

Asas saintifik dan pengesahan luaran
“Penyelidikan yang disemak oleh rakan sejawat telah berulang kali menunjukkan penyahaktifan pantas koronavirus serta aktiviti antimikrob yang meluas berkaitan dengan nitrida silikon, termasuk data terkini yang melaporkan pengurangan sehingga ~99.97% virus SARS-CoV-2 berjangkit dalam beberapa minit di bawah keadaan makmal,” kata Dr. Ryan Bock, Ketua Pegawai Teknologi. “Fabrik bukan tenunan yang mengandungi serbuk Si₃N₄ teroptimum juga menunjukkan pengurangan virus yang ketara, sekali lagi membuktikan bahawa platform nitrida silikon kami sesuai untuk mengaktifkan sifat antipatogenik dalam pelbagai jenis produk.”

Nota: Hasil ujian makmal berkaitan aktiviti antivirus/antimikrob menyokong platform bahan ini dan adalah berasingan daripada sebarang petunjuk peranti yang telah diluluskan.

Konteks Pasaran
Pencegahan jangkitan kekal sebagai peluang besar merentasi pelbagai segmen. SINTX sebelum ini menganggarkan saiz pasaran yang boleh diakses bagi platformnya di sekitar AS$30 bilion, meliputi tekstil perubatan, pengurusan luka, penapisan/PPE dan infrastruktur penjagaan kesihatan—peluang yang kini disokong oleh perlindungan paten bagi komposisi dan kaedah. 

Di peringkat penyampaian rawatan, kira-kira 1 daripada 31 pesakit hospital di Amerika Syarikat mengalami sekurang-kurangnya satu jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan (HAI) pada mana-mana hari, dengan beban ekonomi yang besar—meningkatkan keperluan terhadap penyelesaian pasif di permukaan yang berfungsi secara berterusan di titik sentuhan. (Data CDC; kos berbeza mengikut jenis HAI.)

SINTX merancang untuk meneruskan usaha pelesenan dan kerjasama pembangunan bersama rakan kongsi dalam bidang tekstil, penjagaan luka serta penapisan/PPE. Pemilikan paten berganda ini membolehkan SINTX melesenkan bukan sahaja bentuk bahan, malah kaedah penghasilannya—sekali gus membuka ruang kepada struktur perjanjian yang fleksibel, merangkumi bayaran pendahuluan, pencapaian tahap serta royalti di pelbagai titik dalam nod rantaian bekalan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sintx.com.

Perihal SINTX Technologies, Inc.
Berpusat di Salt Lake City, Utah, SINTX Technologies ialah sebuah syarikat seramik termaju yang membangunkan dan mengkomersialkan bahan, komponen serta teknologi canggih untuk aplikasi dalam bidang perubatan dan bioteknologi pertanian. Sebagai peneraju global dalam penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran nitrida silikon, SINTX telah menghasilkan produk yang digunakan sebagai implan dalam tubuh manusia sejak tahun 2008. Menerusi inovasi dan kerjasama strategik, SINTX terus memperluaskan rangkaian portfolionya merentasi pelbagai pasaran.

Kenyataan Pandang ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi “kenyataan pandang ke hadapan” sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan Pandang ke Hadapan adalah berdasarkan jangkaan, anggaran dan unjuran semasa, serta melibatkan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara ketara daripada yang dijangkakan. Kenyataan Pandang ke Hadapan selalunya merangkumi perkataan seperti “menjangka,” “percaya,” “mengharap,” “berhasrat,” “mungkin,” “merancang,” “sepatutnya,” “akan,” dan ungkapan lain yang seumpamanya. Contoh dalam siaran ini merangkumi, tanpa had, kenyataan berkaitan potensi komersial, pelesenan dan kerjasama yang dijangkakan bagi harta intelek SINTX (termasuk tuntutan yang baru diluluskan), rancangan syarikat untuk meneruskan pelesenan, pembangunan bersama atau susunan pengkomersialan lain, jangkaan terhadap peluang pasaran dan perluasan ke pasaran baharu serta kedudukan daya saing syarikat. Kenyataan ini tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, termasuk keupayaan SINTX untuk melaksanakan strategi perniagaannya; melindungi dan menguatkuasakan harta inteleknya; menjalin serta melaksanakan hubungan pelesenan dan kerjasama dengan jayanya; memperoleh kelulusan kawal selia yang diperlukan; mencapai penerimaan pasaran terhadap teknologi baharu; keadaan ekonomi dan industri secara keseluruhan; serta risiko-risiko lain yang dihuraikan dalam pemfailan SINTX dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S., termasuk bahagian “Faktor Risiko” dalam Laporan Tahunan terkini Borang 10-K dan Laporan Suku Tahunan berikutnya Borang 10-Q. Para pembaca diingatkan agar tidak meletakkan kebergantungan yang berlebihan terhadap kenyataan pandang ke hadapan, kerana kenyataan tersebut hanya merujuk kepada tarikh siaran ini dikeluarkan. Kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang, SINTX tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan pandang ke hadapan.

Hubungi:
Jack Perkins atau Maria Hocut
KCSA Strategic Communications
Sintx@kcsa.com

SINTX Technologies, Inc.
801.839.3502
IR@sintx.com 

SUMBER: SiNtx Technologies, Inc.

CGTN: Peng Liyuan menyeru agar lebih banyak peluang diwujudkan untuk wanita dan kanak-kanak perempuan melalui teknologi

 

CGTN telah menerbitkan sebuah artikel mengenai Peng Liyuan, isteri kepada Presiden China Xi Jinping dan Duta Khas UNESCO bagi kemajuan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, serta Sima Bahous, Timbalan Setiausaha Agung PBB merangkap Pengarah Eksekutif UN Women, yang menghadiri sebuah pameran di Beijing yang mempamerkan kemajuan China dalam pemerkasaan digital dan pintar untuk wanita dan kanak-kanak perempuan. Dengan sorotan ucapan Peng semasa acara tersebut dan pengenalan terhadap usaha China dalam memperkasa wanita dan kanak-kanak perempuan melalui teknologi, artikel itu menekankan seruan negara tersebut untuk membina masa depan yang penuh peluang dalam era kecerdasan digital serta mempromosikan kemajuan wanita di peringkat global.


BEIJING, 17 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Profesor Wang Xiaoyun dari Universiti Tsinghua telah diberi penghormatan sebagai salah seorang daripada lima penerima anugerah pada Anugerah Antarabangsa L'Oreal-UNESCO Untuk Wanita Dalam Sains 2025 yang berlangsung pada bulan Mei, atas sumbangan besarnya dalam bidang kriptografi dan matematik kriptografi. UNESCO menyatakan bahawa penyelidikan transformatif Wang telah memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk menceburi kerjaya dalam bidang matematik dan keselamatan siber.

Wang merupakan perintis dalam kalangan kira-kira 40 juta wanita yang bekerja dalam bidang sains dan teknologi di negara itu, di mana sumbangan mereka dapat dilihat dalam projek nasional utama dan bidang berteknologi tinggi. Secara kolektif, mereka merangkumi hampir separuh daripada tenaga kerja sains dan teknologi di China.

"Usaha China untuk membangunkan teknologi digital dan pintar sedang mengubah gaya hidup wanita serta kanak-kanak perempuan, sekali gus mewujudkan peluang pembangunan yang lebih luas bagi mereka dalam era kecerdasan digital," kata Peng Liyuan, isteri kepada Presiden China Xi Jinping, pada hari Selasa.

Peng, yang juga Duta Khas UNESCO bagi kemajuan pendidikan wanita dan kanak-kanak perempuan, menyampaikan kenyataan tersebut ketika melakukan lawatan bersama Timbalan Setiausaha Agung PBB merangkap Pengarah Eksekutif UN Women, Sima Bahous, ke sebuah pameran di Beijing yang menampilkan kemajuan China dalam pemerkasaan digital dan pintar untuk wanita dan kanak-kanak perempuan. Pameran ini merupakan acara sampingan kepada Mesyuarat Pemimpin Global Mengenai Wanita.

Memperkasa wanita dan kanak-kanak perempuan melalui teknologi

Selaras dengan pertumbuhan pesat teknologi digital dan ekonomi digital, China telah memperkenalkan beberapa inisiatif seperti garis panduan untuk mempromosikan teknologi digital di kawasan luar bandar serta pelan tindakan untuk meningkatkan literasi dan kemahiran digital, termasuk usaha memajukan pendidikan dan latihan kemahiran bagi wanita.

Sebagai contoh, semakin ramai wanita di kawasan luar bandar yang menerima latihan intensif dalam bidang e-dagang kini menyertai ekonomi digital dan memainkan peranan penting dalam usaha China untuk membasmi kemiskinan dan memulihkan kawasan luar bandar. Statistik menunjukkan bahawa wanita kini merangkumi lebih separuh daripada usahawan dalam sektor internet di China.

Di China, wanita kini mewakili lebih separuh daripada jumlah pelajar pendidikan tinggi dan kira-kira 43 peratus daripada tenaga kerja negara, dengan pengaruh mereka semakin meningkat dalam bidang seperti pengurusan, sains, perniagaan dan sukan.

Peng menyatakan bahawa beliau menantikan kerjasama dengan semua pihak untuk membina masa depan yang penuh peluang dalam era kecerdasan digital serta mempromosikan kemajuan wanita di peringkat global.

Memajukan pembangunan wanita di peringkat global

Daripada visi kepada tindakan, China secara konsisten telah mempromosikan usaha global untuk pembangunan wanita, sekali gus menunjukkan komitmennya sebagai sebuah negara utama dalam memperkasa wanita di seluruh dunia.

China telah melatih lebih 200,000 wanita dari lebih 180 negara dan wilayah, menjalankan lebih 100 program latihan khusus untuk wanita dan kanak-kanak di negara-negara Selatan Global, serta menubuhkan Pusat Pertukaran dan Kerjasama Global bagi Pemerkasaan Digital Wanita untuk mempromosikan literasi digital dan peluang ekonomi kepada wanita di seluruh dunia.

Sebagai penyokong aktif terhadap perjuangan wanita, China telah menyumbang sebanyak AS$20 juta kepada UN Women sejak tahun 2015. Dengan kerjasama UNESCO, China telah menubuhkan Hadiah Pendidikan untuk Kanak-kanak Perempuan dan Wanita serta membiayai projek-projek di Afrika yang mempromosikan pendidikan digital dan kesihatan untuk kanak-kanak perempuan.

Melalui Dana Pembangunan Global dan Kerjasama Selatan-Selatan, China telah melaksanakan projek berfokuskan wanita bernilai lebih AS$40 juta di lebih daripada 20 negara.

Memuji pencapaian mengagumkan China dalam merapatkan jurang gender digital, menyokong pembangunan menyeluruh wanita, dan melindungi hak serta kepentingan wanita, Bahous menyeru masyarakat antarabangsa agar bekerjasama dalam memperkasa wanita dan kanak-kanak perempuan untuk mencapai pembangunan sepenuhnya dalam era kecerdasan digital.

Untuk maklumat lanjut, sila klik:
https://news.cgtn.com/news/2025-10-14/Peng-Liyuan-urges-more-opportunities-for-women-girls-via-technology-1HsM1teKs24/p.html


Hubungi: CGTN
E-mel: jiang.simin@cgtn.com  

SOURCE: China Global Television Network Corporation

Thursday, October 16, 2025

O’Reilly Menerbitkan Buku Komprehensif Mengenai Pengurusan Data Logik

 

Buku ini meneliti secara mendalam asas teknologi di sebalik pengurusan data logik, serta manfaat perniagaan yang dapat dicapai secara nyata


PALO ALTO, Calif., 16 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Denodo, peneraju dalam pengurusan data, mengumumkan bahawa O’Reilly telah menerbitkan buku bertajuk The Rise of Logical Data Management: An Essential Data Strategy for Transforming Your Business in the Age of AI. Strategi pengurusan data logik ini merupakan teras kepada Denodo Platform dan ia telah lama disokong oleh penganalisis industri terkemuka seperti Gartner1 dan GigaOm2. Ditulis oleh Christopher Gardner, seorang penganalisis perisikan perniagaan dan pembangun utama Tableau di Universiti Michigan, buku ini membincangkan pengurusan data logik dari perspektif yang bebas dan ingin tahu. Ia menyelami cara pengurusan data logik berfungsi dalam landskap data moden yang kompleks, yang merangkumi teknologi data lakehouse berkeupayaan tinggi, penggunaan AI baharu yang rumit, serta keperluan berterusan terhadap penyelesaian yang mampu memberikan akses data layan diri yang sebenar dalam persekitaran yang mencabar ini.

“Pengurusan data logik,” jelas Gardner, “ialah pendekatan pengurusan data yang berdasarkan sambungan logik atau maya kepada data. Pendekatan ini diterapkan pada struktur data sedia ada sesebuah organisasi bagi memastikan kawalan keselamatan yang lebih seragam, mewujudkan pasaran data berpusat dan menyatukan sistem asas yang berbeza ke dalam format yang seragam.”

Mengapa Pengurusan Data Logik Diperlukan Hari Ini?

Pengurusan data logik semakin diperlukan pada masa kini untuk memenuhi keperluan AI dan akses data layan diri yang kompleks dan mencabar dengan pantas. AI memerlukan data yang “sedia untuk AI”, iaitu data yang dikawal selia, dipercayai, selamat dan dihantar secara masa nyata. Organisasi yang hanya menggunakan pengurusan data fizikal seperti data lakehouse, data lake dan gudang data mendapati bahawa repositori data ini tidak mampu memenuhi keperluan tersebut secara bersendirian. Justeru, semakin banyak organisasi kini menambah keupayaan pengurusan data logik bagi melengkapi infrastruktur data mereka.. Begitu juga, akses data layan diri memerlukan data diterjemahkan serta-merta kepada bahasa yang boleh ditindak balas, namun teknologi pengurusan data fizikal tidak mempunyai keupayaan semantik yang diperlukan. Di sinilah pengurusan data logik memainkan peranan penting: ia menyediakan lapisan semantik sejagat yang menyampaikan makna bersama data berasaskan konteks yang sedia digunakan oleh pengguna perniagaan dan aplikasi AI.

“Denodo telah lama memperjuangkan pendekatan ‘logik didahulukan’ dalam pengurusan data,” kata Alberto Pan, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai teknikal di Denodo. “Organisasi kini membelanjakan masa dan wang untuk memindahkan, menyimpan dan menyelenggara data yang disimpan secara fizikal, walaupun kadangkala ia tidak diperlukan. Selain itu, pendekatan logik membolehkan pelbagai bentuk data baharu diakses oleh pelbagai pengguna, ejen AI dan aplikasi AI, bagi menyokong pelbagai kes penggunaan, termasuk aplikasi masa nyata. Buku ini mengesahkan pendekatan kami dan menerangkan bagaimana ia berfungsi untuk pemimpin data serta pihak berkepentingan perniagaan yang celik teknologi.”

Ditulis untuk pemimpin teknologi dan data peringkat C, buku ini turut membincangkan manfaat perniagaan yang besar yang ditawarkan oleh pengurusan data logik, termasuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan memperkemas operasi. Ia menyelami aspek bagaimana pengurusan data logik boleh meningkatkan prestasi dan kebolehskalaan dalam persekitaran yang mencabar, dengan menggunakan contoh-contoh yang sangat terperinci.

"Kajian untuk buku ini memberi perspektif baharu kepada saya," kata Christopher Gardner. "Pengurusan data logik ialah strategi yang menjanjikan, menawarkan cara yang fleksibel dan mudah untuk mempermudah akses kepada pelbagai jenis maklumat di seluruh organisasi, serta menjadikannya sedia untuk layan diri dan AI."

"Saya membaca The Rise of Logical Data Management untuk mengikuti perkembangan arah tuju data dan AI," kata Kate Strachnyi, pengasas DATAcated. "Ayat kegemaran saya ialah: 'Anda boleh menganggap lapisan data logik sebagai perpustakaan, di mana anda mempunyai akses kepada ilmu yang terkandung di dalamnya tanpa perlu memiliki salinan setiap buku.' Bagi saya, inilah inti pati sebenar pengurusan data logik. Daripada menyalin dan memindahkan data ke dalam pelbagai sistem, anda mewujudkan satu tempat di mana orang ramai boleh menemui, memahami, dan menggunakannya—tanpa perlu memiliki salinan mereka sendiri. Jika anda mengambil berat tentang akses data, tadbir urus atau bagaimana AI boleh berkembang dalam perusahaan, buku ini sememangnya berbaloi untuk dibaca."

"'The Rise of Logical Data Management' merupakan bahan bacaan yang amat bernilai, menghuraikan cabaran pengurusan data dari sudut sejarah dan evolusinya serta menerangkan cara pendekatan yang lebih strategik dapat membantu syarikat memaksimumkan nilai daripada pelaburan infrastruktur data mereka," kata Paul Weiskopf, Ahli Lembaga Penasihat Denodo. "Ayat yang benar-benar menyentuh hati saya ialah: ‘Ia bukan sekadar tentang mengurus data, tetapi tentang memperkasakan data agar menjadi alat penentu dalam mencapai kepuasan pelanggan, kecemerlangan operasi dan pencapaian inovatif.'"

Daftar dan sertai sesi LinkedIn Live pada 21 Oktober jam 11.00 pagi ET untuk perbincangan mengenai pengurusan data logik bersama Christopher Gardner, penulis buku tersebut; Alberto Pan, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai teknologi di Denodo; Ravi Shankar, naib presiden kanan dan ketua pegawai pemasaran di Denodo; dalam perbualan bersama Kate Strachnyi, pengasas DATAcated.

Akses Percuma
Denodo menawarkan akses percuma kepada Rise of Logical Data Management di denodo.com.

Perihal Denodo
Denodo merupakan peneraju dalam pengurusan data. Platform Denodo yang memenangi anugerah ialah platform pengurusan data logikal terkemuka untuk mengubah data menjadi cerapan dan hasil yang boleh dipercayai untuk semua inisiatif berkaitan data di seluruh perusahaan, termasuk AI dan layan diri. Pelanggan Denodo dalam semua industri di seluruh dunia telah menyampaikan data sedia AI dan sedia perniagaan yang dipercayai dalam satu pertiga masa dan dengan prestasi 10x lebih baik berbanding lakehouse dan platform data arus perdana yang lain sahaja. Untuk maklumat lanjut, layari denodo.com.

Hubungan Media
pr@denodo.com
__________________________________
1 Assessing the Relevance of Data Virtualization in Modern Data Architectures, 15 Mei 2023, Mayank Talwar, Joe Antelmi (Menilai Kepentingan Pemvirtualan Data dalam Seni Bina Data Moden)

2 GigaOm Sonar Report for Data Fabric Solutions v1.01: An Exploration of Cutting-Edge Solutions and Technologies, 7 September 2023, Andrew J. Brust (Laporan GigaOm Sonar bagi Penyelesaian Data Fabric v1.01: Suatu Kajian terhadap Penyelesaian dan Teknologi Terkini) 


SUMBER: Denodo Technologies Inc. (“Denodo”)