Friday, September 26, 2025

CGTN: Perkembangan Terbaharu Mengenai Sumbangan Ditentukan Secara Nasional (NDC) 2035 China

 Artikel terbitan CGTN menggariskan Sumbangan Ditentukan Secara Nasional (NDC) 2035 China serta bagaimana negara itu terus memacu tadbir urus iklim global melalui inisiatif tersebut. Ia menerokai sasaran NDC China untuk dekad seterusnya dan menghuraikan kemajuan domestik negara itu dalam perlindungan ekologi, serta usaha jangkauan kepada negara membangun—mencerminkan komitmen menyeluruh Beijing dalam memupuk pembangunan hijau global dan ketahanan iklim.


BEIJING, 26 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Presiden Xi Jinping pada hari Rabu membentangkan Sumbangan Ditentukan Secara Nasional (NDC) 2035 China, dengan komitmen untuk mengurangkan pelepasan bersih gas rumah kaca di seluruh ekonomi sebanyak 7 hingga 10 peratus daripada paras puncak. Selain itu, China berhasrat meningkatkan kapasiti terpasang tenaga angin dan solar kepada lebih enam kali ganda berbanding paras tahun 2020, dengan sasaran jumlah keseluruhan mencecah 3,600 gigawatt.

“Marilah kita semua memperhebatkan tindakan untuk merealisasikan visi indah keharmonian antara manusia dan alam semula jadi, serta memelihara planet Bumi – tempat yang kita panggil rumah,” kata Xi dalam ucapan video beliau kepada Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025.

Apakah yang baharu?

Pada tahun 2020, Presiden Xi menetapkan sasaran iklim yang bercita-cita tinggi dengan mengumumkan bahawa China akan berusaha mencapai kemuncak pelepasan karbon dioksida sebelum 2030 serta mencapai neutraliti karbon sebelum 2060.

Sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini, China telah giat meneruskan usaha penyerapan karbon, memperluas sistem perdagangan karbonnya dan memperkukuh peralihan kepada tenaga bersih. Menjelang akhir Ogos 2025, pasaran karbon nasional China telah mencatatkan jumlah dagangan tertinggi sebanyak 189 juta tan dengan nilai transaksi mencecah 18.1 bilion yuan (kira-kira $2.54 bilion). Tahun 2024 pula menandakan pencapaian paling kukuh sejak pelancarannya pada 2021. Laporan yang dikeluarkan pada hari Rabu menekankan bahawa pasaran tersebut telah membantu mengurangkan intensiti karbon dalam sektor tenaga sebanyak 10.8 peratus pada tahun 2024 berbanding paras tahun 2018, sekali gus memperkukuh peranan mekanisme pasaran dalam mendorong peralihan hijau dan usaha pengurangan pelepasan China. Pada tahun lalu, China memperkenalkan pasaran nasional untuk perdagangan pengurangan sukarela pelepasan gas rumah kaca, sebagai sebahagian daripada strategi memperluas rangka dasar dalam merealisasikan aspirasi dwikarbon negara.

Xi turut menekankan peranan penting persekitaran ekologi yang baik dalam menyokong pembangunan jangka panjang China dan telah lama memberi perhatian terhadap pemulihan tanah serta usaha penghijauan. Dari tahun 2012 hingga 2024, keluasan penghijauan China adalah bersamaan lebih dua kali ganda saiz negara Jerman.

Usaha penghijauan ini memperkukuh pencapaian menyeluruh dalam sistem ekologi. Pada tahun 2024, sebanyak 222 bandar di China berjaya memenuhi piawaian kualiti udara. Di bandar-bandar peringkat wilayah dan ke atas, paras pencemaran PM2.5 menurun kepada 29.3 mikrogram bagi setiap meter padu. Selain itu, 87.2% daripada hari dalam setahun mencatatkan kualiti udara yang baik.

Untuk dunia yang lebih baik

“Negara-negara perlu menghormati prinsip tanggungjawab bersama tetapi berbeza, di mana negara maju harus memimpin dalam memenuhi kewajipan pengurangan pelepasan dan memberikan lebih banyak sokongan kewangan serta teknologi kepada negara membangun,” kata Xi dalam ucapannya pada hari Rabu.

Sejak tahun 2016, China telah memobilisasi lebih 177 bilion yuan bagi menyokong negara-negara membangun dalam pelaksanaan tenaga bersih, penyesuaian iklim dan pengukuhan ketahanan terhadap perubahan iklim. Secara keseluruhan, China telah menandatangani 54 perjanjian kerjasama iklim dengan 42 negara membangun.

Di Afrika sahaja, China telah membantu melaksanakan ratusan projek tenaga bersih dan rangkaian elektrik. Antaranya ialah loji kuasa solar Garissa di Kenya yang membekalkan tenaga kepada kira-kira 70,000 isi rumah, sekali gus mengurangkan sekitar 43,000 tan pelepasan karbon dioksida (CO2) setiap tahun. China turut menyokong projek ikonik lain, termasuk ladang angin De Aar di Afrika Selatan serta projek hidroelektrik di Rwanda.

Selain infrastruktur, China juga telah menyediakan khidmat rundingan teknikal, pembangunan kapasiti dan alat satelit untuk mempertingkatkan ketahanan iklim. Pada bulan Januari 2022, ketika Tonga dilanda letusan gunung berapi yang dahsyat, satelit HISEA-1 milik China telah menawarkan sokongan penderiaan jauh bagi pengurusan kecemasan.

Memandang ke hadapan, China berhasrat untuk memperkukuh kerjasama pelbagai hala dalam tadbir urus iklim global. Matlamat yang dinyatakan adalah untuk membina sebuah komuniti dengan masa depan bersama bagi seluruh umat manusia dalam menghadapi risiko iklim serta bekerjasama rapat dengan semua negara untuk menangani cabaran mendesak yang tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana negara secara bersendirian.

“Dunia kini berdepan dengan permintaan besar terhadap pembangunan hijau. Adalah penting bagi negara-negara memperkukuh koordinasi antarabangsa dalam teknologi dan industri hijau, bagi menangani kekangan kapasiti pengeluaran serta memastikan aliran bebas produk hijau berkualiti di peringkat global, agar manfaat pembangunan hijau dapat dinikmati di seluruh dunia,” kata Xi dalam ucapannya.

https://news.cgtn.com/news/2025-09-25/What-s-new-about-China-s-2035-Nationally-Determined-Contributions-1GWru6zIHao/p.html

Hubungi:
CGTN
cgtn@cgtn.com

Sumber: China Global Television Network Corporation

--BERNAMA

Thursday, September 25, 2025

Festival Filem Antarabangsa Laluan Sutera ke-12 bermula di Fuzhou, Fujian

Majlis pelancaran bagi Festival Filem Antarabangsa Laluan Sutera ke-12 telah diadakan di Fuzhou, Fujian

FUZHOU, China, 25 Sept., 2025 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada malam 22 September, majlis pelancaran bagi Festival Filem Antarabangsa Laluan Sutera ke-12, yang dianjurkan bersama oleh China Media Group, Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian dan Kerajaan Rakyat Wilayah Shaanxi, telah diadakan di Fuzhou, Fujian.

Majlis itu menyerlahkan suasana Laluan Sutera Maritim, pertukaran rentas selat dan budaya Fuzhou. Reka bentuk pentas telah menampilkan elemen jong Cina, melambangkan pelayaran untuk menghubungkan dunia dan membawa penonton kepada pengalaman visual dan pendengaran yang memukau.

Tahun ini, tema festival itu ialah "Laluan Sutera Menghubungkan Dunia, Festival Filem Menerangi Fuzhou" dan memberi tumpuan kepada empat aspek: pertukaran antarabangsa, kerjasama industri, budaya masyarakat dan penyatuan rentas selat. Acara peringkat tinggi itu bertujuan untuk memuaskan hati masyarakat dengan 12 jenis aktiviti, termasuk majlis pelancaran, Anugerah Laluan Sutera Emas, aktiviti filem negara tetamu kehormat, dan tayangan luar.

Anugerah Laluan Sutera Emas itu menerima lebih 2,800 penyertaan dari 125 buah negara dan wilayah, termasuk 1,850 filem daripada negara-negara Belt and Road, jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding dengan sesi sebelumnya. Barisan juri yang terdiri daripada 13 tokoh tersohor di dalam industri itu (seperti pengarah, penerbit dan pelakon) dari 7 buah negara, akan memilih pemenang bagi 10 kategori, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-130 kelahiran sinema dunia dan ulang tahun ke-120 kelahiran sinema Cina. Dengan bahasa artistiknya yang unik, sinema merentasi sempadan dan menghubungkan tamadun, sekali gus mempromosikan hubungan di antara rakyat secara berkesan. Sejak penubuhannya pada tahun 2014, Festival Filem Antarabangsa Laluan Sutera telah berjaya dianjurkan sebanyak 11 kali. Ia merupakan platform pertukaran budaya filem yang penting di peringkat antarabangsa, bersifat menyeluruh, inovatif dan terbuka dalam kerangka Inisiatif Belt and Road. Festival ini mempamerkan sumber sejarah dan budaya bandar tuan rumah, menceritakan kisah hidup China yang penuh warna warni, memupuk kerjasama perfileman dan penyatuan industri di kalangan negara Laluan Sutera, dan menyediakan sokongan padu untuk pertumbuhan bakat muda dalam dunia filem.

Sumber: Pejabat bagi Jawatankuasa Penganjur bagi Festival Filem Antarabangsa Laluan Sutera (Fuzhou)

--BERNAMA

Wednesday, September 24, 2025

Axi Select Mencapai Ulang Tahun Kedua dengan Pembiayaan Pedagang Melebihi AS$400 Juta serta Kisah Kejayaan Luar Biasa

SYDNEY, 24 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Axi Select, program pembangunan dan pembiayaan pedagang yang inovatif daripada broker dagangan dalam talian global Axi, menandakan ulang tahun keduanya dengan pencapaian utama — melepasi AS$400 juta dalam pembiayaan pedagang yang diperuntukkan sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai program gaya-prop paling inovatif yang disokong broker dalam industri.

Sejak dilancarkan pada 2023, Axi Select telah berkembang untuk menyokong ribuan pedagang di seluruh dunia merentasi pelbagai rantau. Model berasaskan prestasi yang unik ini telah menyaksikan lebih daripada lima pedagang mencapai tahap ProM, masing-masing menguruskan AS$1 juta dalam pembiayaan, manakala komuniti yang terdiri daripada lebih 40,000 pedagang terus maju melalui pencapaian penting program ini.

Pencapaian Selepas Dua Tahun

  • AS$400 juta+ dalam pembiayaan diperuntukkan kepada pedagang di seluruh dunia
  • Lebih AS$10 juta dibayar keluar sebagai keuntungan
  • Lima pedagang mencapai tahap pembiayaan ProM AS$1 juta
  • Komuniti yang semakin berkembang dengan lebih 40,000 pedagang
  • Analitik prestasi Edge score diperkenalkan, memberikan pedagang maklum balas objektif tentang risiko, konsistensi dan disiplin
  • Integrasi MT5, memperluas akses pasaran dan alat dagangan

Piawaian Baharu untuk Pembangunan Pedagang

Axi Select telah membezakan dirinya dengan menghapuskan halangan serta kos yang lazimnya dikaitkan dengan firma perdagangan proprietari tradisional. Tiada yuran penyertaan, cabaran penyingkiran ketat atau garis masa tiruan. Sebaliknya, pedagang berkembang dalam program ini dengan menunjukkan konsistensi, disiplin dan kemahiran dalam pasaran sebenar.

“Sepanjang dua tahun lalu, kami telah membangunkan sesuatu yang benar-benar berbeza dengan Axi Select,” kata Greg Rubin, Ketua Axi Select. “Fokus kami adalah untuk memberikan pedagang laluan yang adil dan telus untuk mengembangkan kerjaya mereka. Melihat lima pedagang sudah mencapai pembiayaan AS$1 juta membuktikan bahawa dengan alat serta sokongan yang tepat, perkara luar biasa mampu dicapai.”

Tinjauan ke Hadapan

Memasuki tahun ketiga, Axi Select merancang untuk memperluas ekosistem sokongan pedagangnya melalui:
  • Alat analitik prestasi lanjutan, dibangunkan berasaskan kejayaan Edge score
  • Pendidikan dan bimbingan yang dipertingkatkan membantu pedagang membina kerjaya jangka panjang yang mampan
  • Inovasi berterusan platform menyediakan integrasi lancar merentasi MT5 dan infrastruktur global Axi
“Di Axi Select, kami bukan sekadar membiayai dagangan — kami membantu pedagang berkembang menjadi profesional,” tambah Rubin. “Dua tahun yang lalu telah meletakkan asas kukuh dan kami teruja untuk melihat sejauh mana pedagang kami boleh berkembang pada tahun ketiga dan seterusnya.”

Perihal Axi

Axi ialah syarikat dagangan FX dan CFD dalam talian bertaraf global, dipercayai oleh ribuan pelanggan di lebih daripada 100 buah negara. Axi menawarkan dagangan merentasi pelbagai kelas aset termasuk Forex, Saham, Emas, Minyak dan Komoditi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Axi Select, sila layari: https://www.axi.com/int/funded-trader-program
Pertanyaan media: mediaenquiries@axi.com

Program Axi Select hanya tersedia untuk pelanggan AxiTrader Limited. CFD membawa risiko kerugian pelaburan yang tinggi. Kandungan ini mungkin tidak tersedia di rantau anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Terma Perkhidmatan kami. Yuran perdagangan standard dan deposit minimum dikenakan.

SUMBER: AxiTrader Limited

PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.

--BERNAMA

Persidangan Pelaburan Keusahawanan WeStart 2025 Dibuka di Shanghai

SHANGHAI, 24 Sept., 2025 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada 21 September, Persidangan Pelaburan Keusahawanan WeStart 2025 telah dilancarkan di Shanghai sebagai satu bahagian penting kepada Forum Inovasi Pujiang ke-18.

Dengan berteraskan tema "Berinovasi ke Hadapan & Membina Bersama," ia telah membangunkan sebuah platform padanan pelaburan-pembiayaan yang bertaraf antarabangsa, berbilang peringkat dan berkecekapan tinggi melalui satu persidangan, satu pertandingan dan satu pameran — menghimpunkan sumber inovasi global untuk memacukan pertumbuhan yang berkualiti tinggi bagi perusahaan teknologi.

Komuniti Shanghai WeStart menyasarkan usahawan teknologi canggih, dengan menawarkan sebuah platform perkhidmatan bakat terbuka untuk memenuhi keperluan bagi pelaburan inovasi yang disruptif, inkubasi dan pembangunan di seluruh Shanghai.

Pada forum itu, tetamu dari dalam dan luar negara mendalami logik pemerkasaan modal di sepanjang rantaian inovasi sains dan teknologi. "Pakatan pelaburan peringkat awal & berskala kecil WeStart," yang dimulakan oleh Kementerian Sains dan Teknologi, telah diwujudkan secara rasmi. Dengan diasaskan bersama oleh institusi pelaburan terkemuka, perusahaan milik negara dan rakan ekosistem, organisasi ini memanfaatkan pertandingan permulaan 100 UTAMA WeStart untuk menghubungkan modal utama dan sumber perindustrian, mempercepatkan penterjemahan pencapaian sains dan teknologi peringkat awal.

Sepanjang dua hari itu, aktiviti pameran dan padanan permulaan ini membentuk satu sistem perkhidmatan inovasi rantaian penuh (yang meliputi pemindahan teknologi, penterjemahan pencapaian dan modal teroka), untuk menyediakan sebuah platform peringkat tinggi bagi penyatuan dan jalinan unsur inovasi global.

Pertandingan permulaan 100 UTAMA WeStart telah menarik penyertaan 1,487 pasukan dunia daripada empat bidang termaju -- bioperubatan, litar bersepadu, kecerdasan buatan (AI) dan industri masa depan -- termasuk 71 projek dari luar negara. Selepas pusingan awal, 100 projek berkualiti tinggi maju ke peringkat jelajah pembentangan, bersaing untuk gelaran 100 UTAMA.

Sebagai sebuah hab utama bagi pertukaran antarabangsa, Shanghai menjadi tuan rumah kepada sesi padanan projek sains dan teknologi rentas sempadan WeStart. Lebih 30 projek teknologi luar negara dari 9 buah negara – Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Sweden, Arab Saudi, Turki, Korea Selatan, Malaysia dan Pakistan – telah mengadakan dialog yang rancak dengan modal tempatan. Projek-projek ini mencakupi perkhidmatan perusahaan AI+, penjagaan kesihatan digital, teknologi bersih & tenaga lestari, teknologi kewangan, pemasaran & e-dagang dan teknologi pendidikan.
 
Sumber: Forum Inovasi Pujiang ke-18

--BERNAMA

TII Abu Dhabi dan NVIDIA Lancarkan Makmal Penyelidikan ‘AI & Robotik’ NVAITC Pertama di Timur Tengah

TII Abu Dhabi dan NVIDIA Melancarkan Makmal Penyelidikan NVAITC ‘AI & Robotik’ Bersama yang Pertama di Timur Tengah. (Foto: AETOSWire)

 

Menerajui R&D humanoid dan robotik dengan integrasi AI generasi baharu


ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Institut Inovasi Teknologi (TII), cabang penyelidikan gunaan Majlis Penyelidikan Teknologi Maju Abu Dhabi (ATRC), telah bergabung tenaga dengan NVIDIA, peneraju global dalam pengkomputeran dipercepat dan kecerdasan buatan (AI), untuk melancarkan Makmal Bersama pertama di Timur Tengah yang didedikasikan khusus untuk kecerdasan buatan dan robotik. Kerjasama bersejarah ini mewujudkan hab serba baharu di rantau ini bagi membangunkan model AI generasi akan datang, platform robotik dan teknologi humanoid yang bakal mempercepatkan inovasi merentasi pelbagai industri.

Pengumuman Makmal Bersama TII-NVAITC (NVIDIA AI Technology Center) untuk AI dan Robotik telah dibuat semasa majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung di ibu pejabat TII di Abu Dhabi, yang menghimpunkan barisan pemimpin kanan daripada kedua-dua organisasi. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Dr. Najwa Aaraj, Ketua Pegawai Eksekutif TII, dan Marc Domenech, Pengarah Wilayah, Enterprise – META Region di NVIDIA, dengan disaksikan oleh H.E. Shahab Abu Shahab, Ketua Pengarah ATRC; H.E. Abdulaziz Al Dosari, Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Sokongan ATRC; John Josephakis, Naib Presiden Global Jualan dan Pembangunan Perniagaan untuk HPC/Superkomputer di NVIDIA; serta Simon See, Ketua Global NVIDIA AI Technology Centre di NVIDIA – menandakan detik penting dalam perjalanan AI dan robotik di UAE.

Kerjasama ini meletakkan Abu Dhabi di barisan hadapan AI gunaan, selaras dengan strategi jangka panjang emiriah tersebut untuk memperkukuh kedaulatan teknologi dan membentuk masa depan sistem autonomi pintar. Ia juga menegaskan peranan UAE yang semakin berkembang sebagai peneraju global dalam bidang AI dan Robotik – diperkukuhkan lagi dengan Perkongsian Pecutan AI AS–UAE baru-baru ini – serta memposisikan negara ini sebagai penyumbang utama kepada ekosistem robotik global pada era ketika keupayaan AI berkembang pesat.

“Kerjasama dengan NVIDIA ini menandakan langkah besar ke arah membangunkan sistem robotik dipertingkat AI yang mampu berfikir, menyesuaikan diri dan bertindak dalam persekitaran yang kompleks,” kata Dr. Najwa Aaraj, Ketua Pegawai Eksekutif TII. “Dengan menggabungkan platform robotik canggih kami bersama model dan pengkomputeran AI berkuasa tinggi, kami mempercepatkan konvergens persepsi, kawalan dan bahasa, sekali gus membina asas untuk era baharu mesin pintar.”

Makmal Bersama TII-NVAITC akan mengintegrasikan platform pengkomputeran dipercepat NVIDIA dan kepakaran teknologinya dengan penyelidikan pelbagai disiplin TII dalam bidang AI, robotik, sistem autonomi dan pengkomputeran berprestasi tinggi. Ia merupakan makmal NVAITC pertama yang ditubuhkan di Timur Tengah, menandakan satu pencapaian penting bagi rantau ini. Bersama-sama, kedua-dua organisasi akan mempercepatkan pembangunan sistem pintar dengan aplikasi dunia sebenar – memajukan bidang AI Fizikal melalui model AI berperaga, robotik dan tumpukan humanoid termaju, serta perkakasan yang direka khusus untuk sistem robotik masa nyata. Penyelidikan akan merangkumi pembelajaran dan kawalan robotik pada skala besar, di samping pembangunan serta integrasi model bahasa besar, termasuk keluarga model AI Falcon keluaran TII – antaranya model AI pertama dan terbesar di Timur Tengah.

“Pelancaran TII-NVAITC untuk AI dan Robotik menandakan satu bab baharu dalam rangkaian global NVAITC kami. Dengan bekerjasama bersama TII di Abu Dhabi, kami memperluas skop pusat ini kepada bidang robotik buat pertama kalinya di Timur Tengah, membantu para penyelidik dan inovator mempercepatkan penemuan yang bakal membentuk masa depan sistem pintar,” kata Carlo Ruiz, Naib Presiden – Penyelesaian & Operasi Perusahaan EMEA di NVIDIA.

Makmal baharu ini merupakan sebahagian daripada strategi menyeluruh TII untuk memajukan AI gunaan dan robotik yang memberikan impak nyata kepada dunia sebenar. Teras inisiatif ini ialah komitmen terhadap inovasi terbuka dan pertukaran pengetahuan global, dengan TII dan NVIDIA bekerjasama dalam penyelidikan, inisiatif sumber terbuka serta pembelajaran rentas rangkaian melalui komuniti global NVAITC. Makmal ini turut memperkukuh platform robotik modular dan komponen lapangan TII yang sedia ada, termasuk lengan robotik dan robot penghantar, dengan memberi keutamaan kepada penyelidikan yang berasaskan kecemerlangan teknikal serta kesediaan praktikal.

Sumber: AETOSWire

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250922672333/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Jinan Warrayat,
+971504713552, jinan.warrayat@tii.ae
tii@edelman.com
 
Sumber: Technology Innovation Institute

--BERNAMA


Kuala Lumpur Mendahului sebagai Lapangan Terbang Paling Berhubung di Asia Pasifik dalam OAG Megahubs

SINGAPURA, 24 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- OAG, platform data terkemuka dunia bagi industri perjalanan global, hari ini mengumumkan penerbitan Megahubs 2025, senarai rujukan utama yang menilai lapangan terbang paling berhubung di dunia. Memasuki edisi kesepuluh penerbitannya, laporan ini menonjolkan peningkatan kekuatan sektor penerbangan Asia Pasifik, dengan tiga lapangan terbang tersenarai antara 10 teratas dunia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) muncul sebagai hab Asia dengan kedudukan tertinggi dan berkongsi tempat ke‑4 dunia. Seoul Incheon (ICN) berada di tangga ke‑6, manakala Tokyo Haneda (HND) menduduki tempat ke‑9, turun daripada kedudukan ke‑3 pada tahun 2024.

Membandingkan pemimpin hari ini dengan tahun 2015, ketika Megahubs pertama kali diterbitkan, KUL telah naik daripada kedudukan ke‑5 kepada ke‑4 dengan peningkatan 22% dalam jumlah destinasi yang dilayaninya. ICN menonjol sebagai antara salah satu pencapaian terbesar dekad ini, naik daripada kedudukan ke‑10 ke‑6 dan mencatat peningkatan 58% dalam jumlah sambungan berpotensi pada hari paling sibuk sepanjang tahun.

Peneraju Serantau Asia Pasifik

KUL, ICN dan HND merupakan tiga lapangan terbang yang paling berhubung di peringkat antarabangsa di Asia Pasifik, dengan Lapangan Terbang Changi Singapura (SIN) dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok (BKK) melengkapkan senarai lima teratas.

Jika diperincikan lagi, inilah senarai Megahub teratas mengikut sub‑rantau:

  • Asia Tenggara – Kuala Lumpur (KUL)
  • Asia Timur Laut – Seoul Incheon (ICN)
  • Asia Selatan – Delhi (DEL)
  • Pasifik Barat Daya – Sydney (SYD)

Hab Elit Asia Pasifik bagi Penerbangan Kos Rendah

Asia Pasifik menguasai penerbangan tambang rendah, dengan 16 daripada 25 Megahub LCC teratas dunia berpusat di rantau ini. KUL mengetuai kedudukan global Megahub LCC No.1 dunia, dengan AirAsia mengendalikan 36% daripada semua penerbangan di lapangan terbang tersebut. ICN dan Manila (MNL) telah bertukar kedudukan sejak 2024, dengan ICN berada di tempat kedua dan MNL di tempat ketiga. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKG) mencatat antara lonjakan terbesar dalam senarai LCC tahun ini, naik 20 kedudukan ke tempat ke‑4, didorong oleh operasi HK Express milik Cathay Pacific.

“Rantau Asia Pasifik telah mengukuhkan reputasinya sebagai kuasa besar global dalam industri penerbangan, mengimbangi hab perkhidmatan penuh bertaraf dunia dengan rangkaian sambungan kos rendah yang dinamik,” kata Mayur Patel, Ketua ASPAC di OAG. “Kejayaan berganda Kuala Lumpur sebagai hab global utama dan Megahub tambang rendah nombor satu dunia menyerlahkan keupayaan unik rantau ini untuk memenuhi keperluan pengembara merentas semua segmen.”

Perihal OAG

OAG merupakan platform data terkemuka bagi industri pelancongan global yang menawarkan sumber tunggal yang pertama dalam industri untuk data berkaitan bekalan, permintaan dan harga.

Pertanyaan Media: pressoffice@oag.com
Maklumat Lanjut:https://www.oag.com/megahubs-airports-2025

SUMBER: OAG Aviation Worldwide

--BERNAMA

HARMAN Selesaikan Pengambilalihan Sound United untuk Memperkukuh Kepimpinan Audio Premium

Pengambilalihan ini menyatukan rangkaian jenama audio premium terkemuka Sound United dengan portfolio audio ikonik HARMAN

 Integrasi strategik jenama audio bertaraf anugerah Sound United mengukuhkan portfolio produk HARMAN dan memacu pertumbuhan perniagaan


STAMFORD, Conn., 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- HARMAN International (“HARMAN”), anak syarikat milik penuh Samsung Electronics Co., Ltd. yang memfokuskan pada teknologi berhubung untuk pasaran automotif, pengguna dan perusahaan, hari ini mengumumkan bahawa syarikat telah melengkapkan pengambilalihan Sound United, bekas perniagaan audio pengguna milik Masimo Corporation (NASDAQ: MASI). Portfolio jenama audio ikonik Sound United merangkumi Bowers & Wilkins, Denon, Marantz, Definitive Technology, Polk Audio, HEOS, Classé, dan Boston Acoustics.

Langkah strategik ini menandakan perluasan penting dalam perniagaan audio teras HARMAN serta jejaknya merentasi kategori produk utama termasuk audio rumah, elektronik (penguat, komponen hi-fi, AVR), fon kepala dan audio kereta. Dengan menggabungkan portfolio unggul Sound United bersama perniagaan audio bertaraf dunia miliknya, HARMAN berupaya menawarkan salah satu portfolio audio paling komprehensif dalam industri. Hasilnya, HARMAN kini diperkasa untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan, inovasi lebih mendalam, serta pengalaman luar biasa di pelbagai persekitaran pendengaran.

“Visi HARMAN adalah untuk mencipta pengalaman yang memperkayakan kehidupan manusia melalui pengalaman audio yang luar biasa,” kata Dave Rogers, Presiden, Bahagian Gaya Hidup, HARMAN. “Senarai jenama hebat Sound United berakar pada semangat mendalam terhadap bunyi, inovasi, dan komitmen terhadap kualiti yang seiring dengan nilai HARMAN sendiri. Transaksi ini membuka peluang pertumbuhan bermakna untuk semua pihak. Ia turut memperkukuh strategi HARMAN untuk membina kejayaan tanpa tandingan dan berkembang ke tahap luar biasa sebagai peneraju dalam bidang audio.”

Sound United akan beroperasi sebagai Unit Perniagaan Strategik (SBU) tersendiri di bawah Bahagian Gaya Hidup HARMAN. Struktur ini memastikan warisan, kepakaran serta pangkalan pelanggan setia setiap jenama kekal sebagai teras identiti mereka. Dengan sokongan sumber global dan skala HARMAN, jenama-jenama Sound United akan memperoleh capaian lebih meluas dengan keupayaan dipertingkat, sambil terus merealisasikan matlamat tersendiri dan mencapai kejayaan lebih besar dalam pasaran.

Jenama, kepakaran dan bakat baharu daripada Sound United akan mempercepatkan kemajuan HARMAN dalam teknologi audio, memperluas kehadiran pasaran, serta mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global yang dipercayai di persimpangan bunyi, budaya dan teknologi.

Temu bual video bersama Dave Rogers boleh diakses di sini: https://youtu.be/2UDhf-9qYSI

Rakaman B-roll boleh diakses di sini: https://youtu.be/2UuKM0Nrjtk

Maklumat tentang HARMAN
HARMAN (harman.com) mereka bentuk dan mereka kejuruteraan produk serta penyelesaian berhubung untuk pengeluar kereta, pengguna, dan perusahaan di seluruh dunia, termasuk sistem kereta berhubung, produk audio dan visual, penyelesaian automasi perusahaan; serta perkhidmatan yang menyokong Internet of Things. Dengan jenama terkemuka termasuk AKG®, Harman Kardon®, Infinity®, JBL®, Lexicon®, Mark Levinson® dan Revel®, HARMAN dihormati oleh penggemar audio, pemuzik, serta lokasi hiburan di seluruh dunia di mana mereka membuat persembahan. Lebih 50 juta kenderaan di jalan raya hari ini dilengkapi dengan sistem audio dan kereta berhubung HARMAN. Perkhidmatan perisian kami menyokong berbilion peranti mudah alih dan sistem yang berhubung, bersepadu, dan selamat merentasi semua platform dari tempat kerja dan rumah hingga kereta dan peranti mudah alih. HARMAN mempunyai tenaga kerja seramai lebih kurang 30,000 orang merentasi Amerika, Eropah, dan Asia. Pada Mac 2017, HARMAN menjadi anak syarikat milik penuh Samsung Electronics Co., Ltd.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250923135384/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Hubungan Media
Carole Campbell
Pengarah Eksekutif Komunikasi Global, Gaya Hidup
HARMAN
lifestyle.communications@harman.com
 
Sumber: HARMAN International

--BERNAMA

Nanjing: Mengambil Iktibar daripada Sejarah untuk Menyebarkan Sebuah Mesej Keamanan

NANJING, China, 24 Sept., 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Dengan kejayaan di peringkat global baru-baru ini oleh filem “Dead to Rights”, sejarah Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing telah sekali lagi mendapat perhatian umum. Seperti yang dinyatakan oleh seorang sukarelawan dari Amerika, “Memahami sejarah membantu kita untuk mengerti dengan lebih baik cara bagaimana untuk membina keamanan.”

Sebagai bandar raya pertama China yang diiktiraf sebagai sebuah "Bandar raya Keamanan Antarabangsa," Nanjing telah secara konsisten mempromosikan nilai-nilai keamanan dan memudahkan dialog antarabangsa melalui tindakan konkrit. Sejak "Dokumen Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing" ditulis pada Daftar Memori Dunia UNESCO 10 tahun yang lalu, bandar raya itu telah terus meneroka cara-cara inovatif untuk mengintegrasikan kebenaran sejarah dengan pendidikan keamanan.

Pada tahun 2019, bagi memperingati keberanian Bernhard Arp Sindberg dalam melindungi puluhan ribu pelarian semasa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing, pihak Nanjing telah pergi ke Denmark untuk mengadakan upacara perasmian sebuah arca dan satu pameran tematik. Dengan menerapkan elemen ketukangan tradisional Timur ke dalam cenderahati bandar raya serta mengamalkan semangat penciptaan bersama, Nanjing dan Denmark telah mengukuhkan ikatan keamanan mereka—satu inisiatif yang mendapat pujian tinggi daripada Ratu Denmark, sekali gus mencerminkan kehangatan sumbangan Nanjing kepada dialog antarabangsa.

Dengan kerjasama UNESCO, Nanjing telah meningkatkan penyebaran keamanan melalui penglibatan golongan belia. Forum Keamanan Nanjing, yang diadakan tiga kali berturut-turut, telah menghimpunkan pakar, cendekiawan dan golongan muda dari lebih 40 buah negara dan wilayah untuk membincangkan laluan menuju keamanan yang lestari. Inisiatif global "Design for Peace" mengumpulkan lebih daripada 160 orang pelajar, termasuk dari Universiti Harvard dan Politecnico di Milano, untuk "Kem Amalan Antarabangsa Hongshan." Melalui penceritaan merentas disiplin, mereka mempromosikan keharmonian antara manusia dan alam semula jadi. Projek ini telah diiktiraf sebagai satu model praktikal dalam "Zon Perintis Ekonomi Alam Baharu" pada Forum Davos.

Dewan Memorial bagi Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing oleh Penceroboh Jepun menggunakan strategi kandungan berbilang platform dan berbilang format untuk membantu memori sejarah melangkaui sempadan negara. Setiap tahun pada Hari Peringatan Kebangsaan untuk Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing, acara seperti Upacara Peringatan dengan Cahaya Lilin dan Perhimpunan Keamanan Antarabangsa bergema di dalam dan luar negara. Sehingga kini, dewan itu telah mengumpul lebih 106,000 artifak bersejarah, dengan semakin banyak sumbangan daripada rakan-rakan antarabangsa dan masyarakat Cina di seberang laut, termasuk bukti Sejarah seperti filem The Diaries of John Rabe dan John Magee, yang menyediakan sumber yang amat bernilai untuk penyelidikan sejarah dan pendidikan keamanan.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Penentangan Rakyat China Terhadap Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Sedunia. Pameran foto bertajuk "Mengenang Sejarah, Membentuk Masa Depan," yang dibuka di Belarus, memaparkan 70 imej bersejarah dan kontemporari yang berharga, yang menonjolkan sumbangan negara China kepada Perang Anti-Fasis Sedunia, serta meningkatkan kesedaran dunia tentang fakta sejarah Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing. Di media sosial antarabangsa mereka "Nanjing Memorial," Dewan Memorial itu menampilkan siri seperti "Hari Ini dalam Perang Dunia Kedua" dan "Duta Keamanan", dengan menggunakan poster video, kuiz, format interaktif untuk menyampaikan mesej berkaitan sejarah dan berkaitan keamanan kepada masyarakat antarabangsa.

Di samping itu, selain daripada "Platform Digital Pelbagai Bahasa untuk Penyebaran Bahan Bersejarah mengenai Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing" yang dipelopori dan dibangunkan oleh Dewan Memorial, Nanjing telah membentuk Pasukan Perkhidmatan Sukarelawan Antarabangsa Zijin Grass untuk Keamanan. Penyertaan aktif dalam pertukaran akademik antarabangsa mengenai keamanan, bersama-sama dengan penerbitan karya seperti Journey of Peace dan Siri Bandar raya Antarabangsa bagi Keamanan, telah terus mengukuhkan suara China dalam wacana global mengenai keamanan.

Daripada trauma sejarah kepada satu visi keamanan, Nanjing telah mengambil langkah-langkah praktikal untuk memelihara memori sejarah bersama kemanusiaan, menjadikannya satu kekuatan untuk memupuk dialog, menggalakkan perdamaian dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.
 
Sumber: Dewan Memorial bagi Mangsa dalam Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing oleh Penceroboh Jepun

--BERNAMA

Tuesday, September 23, 2025

Inisiatif Tindakan Inovasi Bersama China-ASEAN dalam Aplikasi Model AI Meteorologi Dilancarkan

NANNING, China, 23 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dari 17 hingga 19 September, Forum Kerjasama Meteorologi China-ASEAN ke-4 berlangsung di Nanning, Guangxi.

Pembuat keputusan, pakar, dan sarjana dari jabatan meteorologi dan hidrologi China serta negara-negara ASEAN seperti Brunei, Kemboja, Laos, Vietnam, Thailand, Myanmar, dan Indonesia, bersama wakil dari Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO), universiti, syarikat, dan institusi penyelidikan, berkumpul untuk membincangkan kerjasama dan pembangunan meteorologi serantau.
 
Semasa majlis pembukaan Forum, Inisiatif Tindakan Inovasi Bersama bagi Aplikasi Model Kecerdasan Buatan (AI) Meteorologi dilancarkan, menekankan Memperkasa Meteorologi dengan AI dan Memperkasa Industri melalui Kepintaran Meteorologi.
 
Bagi menyokong inisiatif Early Warnings for All (EW4All) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pentadbiran Meteorologi China (CMA) memperkenalkan MAZU, Tindakan Bersama untuk Amaran Awal bagi Semua, dengan kerjasama negara-negara di seluruh dunia untuk menutup jurang amaran awal dan menangani perubahan iklim secara kolektif.
 
Dalam kerangka MAZU, Inisiatif ini mencadangkan empat teras tindakan untuk meningkatkan kesejahteraan awam dan memacu pembangunan serantau yang lestari: Inovasi Bersama, untuk membina, mengoptimumkan, dan menggunakan secara bersama satu set model ramalan cuaca AI yang disesuaikan tepat dengan keperluan serantau, meningkatkan keupayaan kolektif dalam meramal dan memberi amaran cuaca berimpak tinggi; Penggabungan Data, untuk membina dan memperkayakan dataset meteorologi serantau yang berkualiti tinggi dan beresolusi tinggi, sebagai asas penting bagi latihan dan pengoptimuman model AI; Pembangunan Bakat Bersama, untuk membangunkan komuniti pakar yang mampu memimpin kemajuan serantau dalam AI meteorologi, memastikan pembangunan kerjasama serantau yang mampan; Membina Rumah Bersama, untuk menubuhkan sistem sokongan yang kukuh bagi memastikan pelaksanaan inisiatif ini secara efektif dan berterusan.
 
Sepanjang Forum, CMA turut melancarkan “CMA Global Climate Dataset”, yang merangkumi enam kategori data, iaitu Global Surface Dataset, Global Radiosonde Dataset, Global Merged Surface Temperature, CMA ReAnalysis V1.5, FENGYUN (FY) Satellites Land & Radiation Dataset, dan FY Satellites Ocean Dataset.
 
Sebuah Pameran Meteorologi Berkuasa AI juga diadakan semasa Ekspo China-ASEAN ke-22.
 
Perkhidmatan Meteorologi Guangxi memperkenalkan dua senario perkhidmatan inovatif berasaskan AI dalam pameran itu: model AI untuk ramalan meteorologi tenaga “Yuheng”, dan sistem perkhidmatan meteorologi pertanian ASEAN.
 
Editor: JIANG Zhiqing, WANG Chang, XU Nenyu dan LIU Shuqiao

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Syarikat: China Meteorological News
Orang Perhubungan: JIANG Zhiqing
Emel: cmaenglish@cma.gov.cn
Laman Web: https://www.cma.gov.cn/en/
Telefon: 010-58993074
Bandar: Beijing

Sumber: China Meteorological News

--BERNAMA