Wednesday, September 11, 2019

SYARIKAT BATERI LITIUM LITHIUM WERKS MENGAMBIL ALIH PENYEPADU SISTEM LIION®

ENSCHEDE, Belanda, 10 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lithium Werks B.V. (www.lithiumwerks.com), kumpulan bateri litium ion dan penyelesaian kuasa mudah alih yang berkembang pesat, mengumumkan pengambilalihan penyepadu sistem storan tenaga LiiON®, LLC (http://liionllc.com/). Penutupan pengambilalihan dijangkakan akan dimuktamadkan dalam suku tahun keempat, bergantung pada syarat penutupan lazim. 

“Liion® merupakan pelengkap yang sesuai dengan warga yang berbakat, penyelesaian inovatif dan pelanggan peneraju dalam vertikal berkembang pesat bagi pusat data, telekom, kabel UPS (bekalan kuasa tanpa had) dan pasaran storan tenaga lain,” kata T. Joseph Fisher III, Ketua Pegawai Eksekutif, Lithium Werks.

“Hasil daripada pengambilalihan ini, Lithium Werks akan dapat menawarkan platform yang dipercayai, sehenti untuk penyelesaian bersepadu kepada kedua-dua pelanggan yang baharu dan sedia ada, bermula dengan sel bateri dan modul dan berkembang sehingga rantai nilai kepada sistem pengurusan tenaga canggih dan penyelesaian perisian,” katanya.

Jenama LiiON® akan dikekalkan dan pengurusannya akan menyertai pasukan pengurusan Lithium Werks yang lebih besar, yang mengembangkan tenaga kerja Lithium Werks kepada lebih daripada 400 orang di seluruh dunia.

Pengambilalihan ini bukan sahaja mengukuhkan kehadiran Lithium Werks di AS, tetapi juga akan membantu bahagian perniagaan LiiON® melebarkan sayapnya di Eropah dan Asia.

“Kami gembira menjadi sebahagian daripada Pasukan Lithium Werks, ini akan membantu kami mengembangkan pangkalan pelanggan kami di peringkat antarabangsa,” kata Gary Gray, pengasas dan CEO LiiON®.

Seni bina proprietari LiiON® dan Sistem Pengurusan Bateri terbenam (BMS) membolehkan integrasi selamat dengan banyak protokol dan aplikasi yang unik, termasuk LiiON® eBlockchain™ yang serasi dengan kebanyakan kimia litium.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12528

No comments:

Post a Comment