Monday, September 30, 2019

ROI TERBAIK DALAM PERLOMBONGAN KRIPTOWANG RUMAH DENGAN BITHARP

WELLINGTON, New Zealand, 30 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BitHarp Group Limited ( www.BitHarp.com ), pengeluar perkakasan perlombongan kripto yang berpengalaman, merupakan nama kegemaran dalam kalangan individu yang berminat dalam perlombongan kripto menguntungkan dari keselesaan rumah mereka.Produk Lyre Miner dan Harp Miner yang dilancarkan syarikat baru-baru ini telah memulakan zaman baharu dalam perlombongan kriptowang, menawarkan perkakasan perlombongan yang menjanakan haba dan hingar rendah yang boleh diletakkan dalam ruang rumah yang terhad.Pengguna boleh mula memperoleh keuntungan serta-merta kerana rig perlombongan prakonfigurasi ini hanya perlu dipasangkan palam, memilih syiling pilihan dan memasuki data himpunan.  

Salah satu manfaat menarik Lyre Miner dan Harp Miner ialah keupayaan produk ini untuk menjana pulangan kadar faedah yang pantas untuk semua pengguna.Ini dimungkinkan dengan menyampaikan kuasa kadar hash tinggi yang tiada tandingan dalam pasaran.Kadar hash merupakan ukuran am bagi kuasa pemprosesan bagi rig perlombongan kripto.Untuk pelombong, kadar hash yang lebih tinggi bermakna peluang menjana keuntungan ditingkatkan dan menerima ganjaran blok.Tambahan pula, Lyre Miner dan Harp Miner menyokong kebolehuntungan dengan penggunaan tenaga rendahnya.

Kuasa kadar hash yang disampaikan oleh Lyre Miner dan Harp Miner dinyatakan di bawah.

Bitcoin:335 TH/s (Lyre Miner) & 2000 TH/s (Harp Miner)

Litecoin:55 GH/s (Lyre Miner) & 300 GH/s (Harp Miner)

Ethereum:14 GH/s (Lyre Miner) & 75 GH/s (Harp Miner)

Dash:9 TH/s (Lyre Miner) & 50 TH/s (Harp Miner)

“BitHarp merupakan syarikat terawal dalam pasaran ini untuk mencipta produk yang sesuai untuk peminat kripto biasa melombong dari rumah tanpa pengalaman atau pengetahuan yang banyak,” kata Daniel Cox, Pengarah Kejuruteraan dari BitHarp.“Lyre Miner dan Harp Miner direka bentuk untuk menjadikan perlombongan kripto mudah dan mampu milik untuk mereka.Kami berasa sukacita untuk melihat ramai pelombong baharu memperoleh manfaat menggunakan rig perlombongan BitHarp dari rumah.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lyre Miner dan Harp Miner, sila lawati https://www.bitharp.com/

Tentang BitHarp:BitHarp merupakan pengeluar kriptowang berpangkalan di New Zealand bagi rig Perlombongan yang paling berprestasi tinggi dan fleksibel yang dibina dengan matlamat untuk menjadikan perlombongan lebih mudah dan lebih menguntungkan untuk pelabur. 

Orang hubungan media
Alexa Zimine
alexa@bitharp.com
+64 04 889 3268

SUMBER : Bitharp Group Limited

No comments:

Post a Comment