Friday, September 13, 2019

SAN JUAN MERCANTILE EXCHANGE KINI BOLEH DIPEROLEHI MELALUI DELTIX CRYPTOCORTEX

NEW YORK, 12 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Deltix, Inc. mengumumkan bahawa platform perdagangan aset digital CryptoCortex mereka kini disambungkan ke San Juan Mercantile Exchange (“SJMX”) Dark Pool. Sambungan ini, menurut Deltix, akan menyediakan kepada broker/pedagang mata wang kripto, meja-meja OTC, penggerak pasaran dan pengarbitraj dengan fungsi perdagangan yang unik dan bertaraf dunia berhubung dengan penyerahan dan menguruskan pesanan SJMX Dark Pool mereka.

Deltix telah menyediakan penyelidikan kuantitatif, analisis dan penyelesaian perdagangan algoritma untuk ekuiti, niaga hadapan, opsyen dan tukaran mata wang asing selama lebih 12 tahun. Platform CryptoCortex mereka, yang dilancarkan pada tahun 2018, antara lain merupakan satu daripada yang paling maju di dunia, yang membolehkan penciptaan dan penstriman sebuah buku pesanan yang disatukan, menghalakan pesanan pintar, pelaksanaan algo, pengurusan risiko praperdagangan yang fleksibel, dan sebuah sistem TCA pasca perdagangan.

SJMX melancarkan aset digital OTC Dark Pool mereka pada April 2019 untuk menyediakan sebuah infrastruktur yang selamat dan cekap bagi peserta pasaran institusi untuk membeli dan menjual aset mata wang kripto. Digabungkan dengan penyelesaian perbankan, penjagaan dan penjelasan yang ditawarkan oleh ahli gabungan SJMX, San Juan Mercantile Bank & Trust, peniaga boleh menikmati urus niaga dan penjagaan fiat dan aset digital yang cekap.

“Kami gembira kerana pedagang CryptoCortex kini boleh mengakses SJMX Dark Pool,” kata Ilya Gorelik, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif di Deltix. “Dengan penyelesaian perbankan dan penjagaan yang berkaitan juga disediakan oleh SJMBT, kesambungan ini memberikan kepada pelanggan CryptoCortex kami dengan satu penyelesaian perdagangan kitaran hayat lengkap yang berkuasa.”

“CryptoCortex adalah sebuah platform yang berkuasa yang telah direka untuk memenuhi keperluan yang pelbagai dari pelbagai peserta pasaran yang canggih,” kata Bo Collins, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif di SJMX dan SJMBT. “Kami tidak sabar untuk meningkatkan pengalaman pengguna yang sambungan antara SJMX dan CryptoCortex akan sediakan.”

Maklumat mengenai Deltix, Inc.

Deltix telah ditubuhkan pada tahun 2005 oleh sekumpulan saintis komputer dan ahli matematik dengan kepakaran yang luas di dalam penyelesaian kuantitatif yang canggih dan yang didorong oleh acara. Dengan sebuah pasukan yang telah berkembang kepada 70, Deltix menyediakan perisian dan perkhidmatan untuk penyelidikan kuantitatif, perdagangan algoritma dan analisis pelaksanaan merentasi ekuiti, niaga hadapan, opsyen, FX, pendapatan tetap dan aset digital. Deltix menyediakan penyelesaian mereka kepada firma-firma keinstitusian sistematik dan budi bicara pengurusan aset, firma yang menjual perkhidmatan pelaburan dan pertukaran kripto. Untuk maklumat lanjut, sila lihat www.deltixlab.com.

Maklumat mengenai SJMX dan SJMBT

San Juan Mercantile Exchange, Inc. (SJMX) dan ahli gabungan perbankan mereka, San Juan Mercantile Bank & Trust International Corp. (SJMBT), sedang membangunkan sebuah persekitaran perdagangan gred profesional dan platform perbankan bersepadu untuk perdagangan aset digital. SJMX dan SJMBT, anak syarikat milik Mercantile Global Holdings, Inc. (MGH), akan menyediakan satu penyelesaian hujung-ke-hujung, dari perdagangan yang sepadan kepada penjelasan dan penjagaan bagi kedua-dua aset digital dan mata wang fiat. Dengan menyatukan sebuah pasukan yang terdiri daripada profesional pertukaran tingkat atas, ahli bank, ahli teknologi, dan kakitangan undang-undang dan pematuhan yang berpengalaman, SJMX dan SJMBT sedang membawa kepada ruang aset digital apa yang dinanti-nantikan oleh pedagang profesional dari bursa dan bank yang dikawal selia. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://sjmx.global/ atau hubungi syarikat itu di info@sjmx.global.

Hubungi

Media:
Stuart Farr, Deltix Inc.
sfarr@deltixlab.com

Joe Conlan, San Juan Mercantile Bank & Trust
joe.conlan@sjmx.global

Sumber : Deltix, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12542

No comments:

Post a Comment