Wednesday, September 25, 2019

HANGZHOU DI CHINA MENYAMPAIKAN PENCERITAAN KREATIF MENGENAI BUDAYA GLOBAL

HANGZHOU, China, 25 Sept., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Ekspo Industri Kebudayaan dan Kreatif Hangzhou ke-13 (2019) telah diadakan di bandar raya China di timur itu dari 19 hingga 23 Sept. dalam usaha untuk menggalakkan industri kebudayaan bandar raya itu dan daya tarikan global, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Kerajaan Perbandaran Hangzhou.
 
“Budaya diperkayakan dalam bentuk pertukaran dan pembelajaran bersama,” kata Zhou Jiangyong, Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Hangzhou bagi Parti Komunis China (CPC) dan ahli bagi jawatankuasa tetap bagi jawatankuasa CPC wilayah Zhejiang. “Hangzhou mempunyai sejarah yang panjang dan mendalam dan sebuah tempat suci yang menunjukkan sejarah lebih 5,000 tahun peradaban China. Kami akan menggunakan kreativiti kebudayaan untuk menceritakan kisah-kisah mengenai Hangzhou, Zhejiang dan China, dan memperkuatkan pertukaran kebudayaan, pembelajaran bersama dan kerjasama dengan negara lain untuk terus meningkatkan daya saing dan pengaruh Hangzhou di peringkat antarabangsa.”
 
Diadakan selama 13 tahun sejak tahun 2007, ekspo itu bukan sahaja menyaksikan perubahan dan pembangunan bagi industri kebudayaan China, tetapi juga semakin menjadi satu pautan bagi pertukaran kebudayaan di antara Timur dan Barat.
 
Acara lima hari itu telah menarik lebih 400 pempamer asing dari 53 buah negara dan wilayah. Lebih 2000 perusahaan dan organisasi kebudayaan dari seluruh pelusuk dunia mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di lapan kawasan pameran. Usaha kreativiti yang lazim bagi sebuah kehidupan yang lebih baik di dalam latar belakang kebudayaan yang berbeza di seluruh dunia telah ditunjukkan melalui platform antarabangsa ini.
 
Ekspo itu telah menarik lebih daripada 286,000 orang untuk mengambil bahagian di dalam pameran dan aktiviti lain, dan jumlah urus niaga di tapak dan projek yang ditandatangani telah mencapai 16.75 bilion yuan (di mana pembiayaan projek melebihi 15 bilion yuan), satu rekod tinggi dari segi prestasi.
 
Di kawasan pameran utama, hasil kebudayaan dari Itali, Britain, Switzerland dan negara-negara lain dipamerkan, dengan memaparkan fesyen, reka bentuk, pembuatan, budaya dan elemen makanan. Kawasan pameran bertema bagi Hangzhou adalah gaya zen ketimuran, dengan lebih daripada 30 pakar mahir seni dan kraf kebangsaan China dan artis-artis lama mempamerkan hasil seni mereka dari tahap perindustrian kontemporari yang paling tinggi. Tirai dan bayangan mewujudkan satu suasana seperti awan yang berarak dan air yang mengalir, membangkitkan suatu senario puitis. Setiap karya bagi hasil yang halus ini menunjukkan tahap puncak bagi estetika orang Cina.
 
Perlu dinyatakan bahawa ekspo itu telah mewujudkan kawasan pameran tema kebangsaan British buat kali pertama tahun lepas, dengan menarik lebih daripada 130 syarikat dan institusi kebudayaan Britian yang terkenal untuk mempamerkan hampir 1,000 keping produk kebudayaan dan kreatif tempatan. Ekspo itu meneruskan langkah mengadakan bahagian hari tema kebangsaan pada tahun ini, dengan menjemput Itali sebagai tetamu kehormat dan melancarkan satu siri pameran kebudayaan yang berkaitan dan aktiviti pertukaran.
 
Menara Condong Pisa, gondola Venice, dan juga balkoni Romeo dan Juliet telah dicipta semula dalam satu susunan blok yang mendalam. Ketukangan Tuscan, fesyen Milan, sejarah Rom, cerita Verona mengisi ruang pameran itu yang berkeluasan lebih 1,000 meter persegi, dengan produk kebudayaan segar dari lebih 60 jenama dari Semenanjung Apennines yang menyampaikan gaya romantik Mediterranean. Pengganti generasi ketiga CLAMORI, Lella Amato boleh memilih “beg opah” yang terbaik untuk anda.
 
Verona di Itali tidak asing kepada kebanyakan rakyat Hangzhou, seperti juga Verona, Tasik Barat, Grand Canal dan Runtuhan Arkeologi bagi Bandar raya Purba Liangzhu telah disenaraikan pada Senarai Warisan Kebudayaan Dunia secara berturut-turut. Kedua-dua bandar raya bersejarah itu terikat dengan warisan kebudayaan.
 
Pertukaran mesra di antara China dan Itali dalam komoditi, perdagangan, seni dan budaya dapat dikesan 2000 tahun yang lalu, Ludovica Murazzani, konsul komersial bagi Konsulat Jeneral Itali di Shanghai, berkata pada upacara pembukaan.
 
Sebagai tetamu kehormat, Itali akan memperlihatkan kepada rakan-rakan mereka di Hangzhou mengenai budaya dan gaya hidup Itali dalam pelbagai cara. Tahun 2020 akan menandakan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik China-Itali dan tahun bagi budaya perubatan dan pelancongan tradisional China. Itali akan mengikuti dalam jejak langkah Marco Polo untuk memperdalamkan pertukaran kebudayaan dan kreatif dua hala dan kerjasama bagi memberi inspirasi kepada kemungkinan yang tak terhingga, kata beliau.
 
Perangkaan awal menunjukkan bahawa nilai ditambah bagi industri kebudayaan di  Hangzhou telah mencapai 180.9 bilion yuan pada tahun 2018, dan Hangzhou telah meningkat kepada kelab utama negara itu dari segi skala dan sumbangan bagi sektor itu. Hangzhou akan terus mengembangkan industri kebudayaan mereka, dan ekspo itu dijangka memberi sokongan yang penting bagi Hangzhou untuk membina sebuah pusat kebudayaan dan kreatif antarabangsa untuk menyerlahkan daya tarikan segar bagi bandar raya bersejarah dan kebudayaan yang terkenal ini.
 
Sebagai sebuah bandar raya bersejarah dan kebudayaan yang terkenal di China dan digambarkan sebagai “bandar raya yang terbaik dan kota yang paling indah di dunia” oleh Marco Polo, Hangzhou telah menjadi sumber inspirasi bagi artis, penulis dan penyair China yang paling cemerlang selama lebih satu ribu tahun. Pada masa ini, industri kebudayaan yang berinovatif dan didorong oleh digital membolehkan Hangzhou untuk meneruskan  pertukaran kebudayaan mereka dengan dunia dan menceritakan kisah-kisah ketimuran yang indah dengan kebudayaan.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Kerajaan Perbandaran Hangzhou
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=345937
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment