Tuesday, September 10, 2019

LEDDARTECH MELANCARKAN LEDDAR PIXELL, KOKUN LIDAR YANG BOLEH DIHARAPKAN DAN TAHAN LAMA UNTUK KENDERAAN BERAUTONOMI

Penyelesaian kokun LiDAR keadaan pepejal 3D ini direka khusus untuk kenderaan berautonomi seperti kenderaan ulang-alik, teksi robot, komersial dan pengangkutan ‒ membolehkan keselamatan terbaik dalam kelas melalui pengesanan dan keteguhan yang ditingkatkan
 
QUEBEC CITY, 10 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan auto and mobility LiDAR platform™ yang serba boleh dan boleh skala di pasaran, memperkenalkan Leddar™ Pixell, LiDAR kilat 3D yang dikuasakan oleh LeddarEngine LCA2 yang direka khusus untuk kenderaan berautonomi.

Leddar™ Pixell menyediakan pengesanan yang boleh diharapkan bagi pejalan kaki, penunggang basikal dan halangan lain dalam persekitaran kenderaan dan sesuai untuk platform persepsi yang dibangunkan untuk memastikan keselamatan dan perlindungan penumpang dan Pengguna Jalan Rentan (VRU). Leddar Pixell merupakan penyelesaian kokun pengesanan yang optimum untuk penggunaan kenderaan berautonomi dan telah digunakan oleh banyak penyedia kenderaan berautonomi terkemuka di Amerika Utara dan Eropah.

Faedah Utama Leddar™ Pixell:
  • Pengesanan objek dan VRU boleh diharap:
    • Liputan penuh melebihi 180° medan pandangan
    • Tiada zon mati atau titik buta
  • Ketahanan yang luar biasa
    • Kilat 3D, reka bentuk keadaan pepejal tanpa bahagian yang bergerak
    • Kurungan IP67 dengan tingkap kalis impak dan penyambung gred automotif
Tonton video Leddar™ Pixell

Leddar Pixell telah disenarai pendek untuk anugerah "Sistem Persepsi Terbaik dalam Kelas" oleh Autosens. Pemenang akan diumumkan pada 18 September di Brussels.

“Leddar Pixell mengimbangi keterbatasan pengimbasan mekanikal yang LiDAR gunakan untuk kedudukan geo yang menjana kawasan buta yang boleh mencapai beberapa meter” kata Michael Poulin, Naib Presiden Pengurusan Produk di LeddarTech. “Dengan mendayakan kebergantungan pengesanan yang lebih baik dalam persekitaran kenderaan tanpa sebarang zon mati atau titik buta, Leddar™ Pixell secara unik menyelesaikan keperluan pasaran untuk mengerahkan kenderaan berautonomi dengan tahap keselamatan yang paling tinggi untuk penumpang dan pengguna jalan raya. Di samping kenderaan berautonomi, sensor merupakan penyelesaian pengesanan yang sangat berkesan untuk meliputi titik buta kritikal pada kenderaan komersial yang besar seperti trak dan bas, yang menyumbang kepada peningkatan keselamatan jalan raya.”, sambung En. Poulin.

Leddar™ Pixell menyepadukan teknologi berpaten LeddarTech yang terbenam dalam LCA2 LeddarEngineTM yang canggih, yang terdiri daripada perisian pemprosesan isyarat digital LeddarCore™ SoC dan LeddarSP yang amat bersepadu. LeddarTech juga menawarkan LeddarEngine kepada pembangun automotif LiDAR dan pembuat LiDAR yang lain, mempercepat ketersediaan penyelesaian LiDAR berkualiti tinggi, diperibadikan kepada pelbagai aplikasi dan pasaran LiDAR yang luas dan semakin berkembang.

LeddarTech akan melancarkan Leddar™ Pixell secara rasmi di Kanada di CAV19 Canada di Ottawa pada 10hb September, di Eropah di Autosens Brussels dari 17-19 September dan di AS di Automotive LiDAR 2019 pada 25hb-26hb September di Detroit, Michigan.

Tentang LeddarTech®
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngineTM unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSPTM . Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, teksi robot berautonomi. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetap juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Orang hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Dua foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/37f4e325-a512-480a-80a5-62c4aa4b5788

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8da03700-05e1-4834-9964-f76d26aa3786

Sumber: LeddarTech inc.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment