HEYUAN, China, 26 Dis (Bernama) -- Pada pagi 25 Disember, pistol pelepas
bagi Maraton Antarabangsa Tasik Heyuan Evergreen 2016 dibunyikan.
Seramai 15,000 orang pelari dari dalam dan luar negara mempamerkan imej
mereka mengenai sebuah negara China yang sihat dan Heyuan yang penuh
kehijauan kepada dunia di kawasan bandar dengan bukit bukau yang hijau
dan sungai di sekeliling.
Naib Datuk Bandar bagi bandar raya Heyuan, Zhu Weiwei memperkenalkan,
ini adalah acara maraton antarabangsa yang pertama yang diadakan di
Heyuan. Selain itu, ia adalah satu aktiviti sukan besar-besaran dengan
standard tertinggi dan bilangan terbesar penyertaan setakat ini, yang
telah memberikan tindak balas yang aktif oleh pelari dari dalam dan luar
negara. Lebih 50 atlet profesional dari Ethiopia, Kenya, Nigeria dan
negara-negara dan wilayah lain dijemput untuk pertandingan itu, kesemua
acara pertandingan itu didaftarkan sepenuhnya dan kelayakan muktamad
bagi 15,000 pelari yang layak telah akhirnya disahkan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9631
Tuesday, December 27, 2016
Friday, December 23, 2016
KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMBUKA RUANG TINGKAT KELAB "PREMIER GRAND" MEREKA
Menawarkan Perkhidmatan Rencam Yang Diperkuatkan untuk Membantu Tetamu Kami Mewujudkan Penginapan di Tokyo yang Tidak Dapat Dilupakan
TOKYO, 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel bertaraf antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, membuka Ruang Tingkat Kelab ”Premier Grand”, termasuk 111 bilik suite dan bilik kelab premium yang diubahsuai sepenuhnya, pada 15 Disember, 2016. Dua kategori bilik tetamu, Bilik Kelab Premier Grand dan Suite Premier Grand, yang terletak di tingkat ke-37 hingga ke tingkat ke-41, dan tetamu akan mendapat hak istimewa untuk menggunakan Ruang Istirehat Kelab yang baharu diwujudkan dengan memiliki pemandangan panorama dari tingkat ke-45. Ruang tingkat di kelab ini juga menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan oleh pekerja rencam kami yang berdedikasi untuk membantu tetamu menyesuaikan penginapan mereka di Tokyo.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9625

Thursday, December 22, 2016
KENYATAAN MEDIA MENGENAI PERAKUAN AKREDITASI MQA PADA 20 DISEMBER 2016
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Merujuk kepada kenyataan mengenai pengiktirafan universiti oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) yang disiarkan oleh satu akhbar pada 20 Disember 2016, pihak MQA ingin mengesahkan bahawa MQA tidak pernah menarik balik program MEDIU yang telah mendapat Akreditasi MQA.
Program pengajian MEDIU telah melalui proses penilaian yang terperinci dan komprehensif yang turut melibatkan penilaian oleh pakar bidang berkaitan yang telah dilantik oleh MQA sebelum program tersebut diberi Perakuan Akreditasi MQA. Secara amnya, sejumlah 169 program MEDIU telah dinilai tahap kualitinya oleh MQA sejak tahun 2010. Sehingga Oktober 2016, terdapat 88 program telah melalui proses penilaian akreditasi sementara dan 81 program telah diberi akreditasi penuh oleh MQA. Sejumlah 70 program MEDIU yang telah mendapat Akreditasi MQA telah didaftarkan dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR).
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9622

MITSUI CHEMICALS; PENGEMBANGAN KAPASITI PENGELUARAN LARUTAN ELEKTROLIT UNTUK USAHASAMA TAIWAN
Mitsui Chemicals meningkatkan perniagaan mobiliti untuk menguasai pasaran kereta mesra alam China
TOKYO, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Formosa Mitsui Advanced Chemicals Co., Ltd. ("FMAC"), sebuah syarikat usahasama di antara Mitsui Chemicals, Inc. (Tokyo: 4183; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Tsutomu Tannowa; "Mitsui Chemicals") dan Formosa Plastics Corporation (Taiwan: 1301; Pengerusi & Presiden: Jason Lin; "Formosa Plastics"), adalah untuk meningkatkan kapasiti bagi kemudahan pengeluaran larutan elektrolit, menggunakan bateri, litium-ion.
Permintaan untuk bateri litium ion telah berkembang selaras dengan pertumbuhan pasaran komputer riba, telefon pintar dan peranti tablet. Pada masa akan datang, pertumbuhan pasaran yang lebih besar dijangka untuk pasaran mobiliti dengan lonjakan di dalam permintaan untuk hibrid pasang masuk yang mesra alam dan kenderaan elektrik terutamanya di China.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9623

Wednesday, December 21, 2016
TOSHIBA PERLUASKAN BARISAN PRODUK MEMORI KILAT NAND TERBENAM UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF
TOKYO, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran JEDEC e∙MMCTM Versi 5.1[1] yang patuh produk memori kilat NAND terbenam yang menyokong keperluan Grade 2[2] AEC-Q100.
Barisan itu menawarkan ketumpatan 8GB, 16GB, 32GB dan 64GB.
Penghantaran sampel bermula dari hari ini dengan pengeluaran
besar-besaran dijadualkan pada suku kedua (April hingga Jun) 2017.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9621
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9621
TOSHIBA PERLUAS BARISAN GRED INDUSTRI E∙MMC™ VERSI 5.1 YANG PATUH PRODUK MEMORI KILAT NAND TERBENAM
TOKYO, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran JEDEC e∙MMC™ Versi 5.1[1]
yang patuh produk memori kilat NAND terbenam dengan julat suhu operasi
yang dipertingkatkan antara -40°C sehingga +105°C. Produk-produk baharu
itu mengintegrasikan cip NAND yang direka dengan teknologi proses 15nm
dan direka bentuk untuk penggunaan industri, termasuk PLC[2], CoMs[3]
dan kelengkapan automasi kilang, dan boleh juga digunakan di dalam
pelbagai aplikasi pengguna. Barisan itu menawarkan ketumpatan 8GB, 16GB,
32GB dan 64GB. Penghantaran sampel bermula dari hari ini, dengan
pengeluaran besar-besaran dijadualkan pada Mac 2017.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9620
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9620
Pensyarah Matematik UiTM Sarawak Menang Kempen Kad Kredit Ambank
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Seorang pensyarah matematik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Sarawak berjaya memenangi Kempen Kad Kredit AmBank 'Swipe and Spot the 8'.
AmBank Group dalam satu kenyataan berkata Ling Siew Ching dari Kuching Sarawak memenangi hadiah utama sebuah kereta Toyota Vellfire dalam kempen yang berlangsung dari 1 Jun hingga 30 Sept, 2016.
"Bagi menyertai kempen tersebut, pemegang kad hanya perlu mendaftar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sekali dan menggunakan minimum RM80 daripada kad kredit AmBank mereka.....

--BERNAMA
Tuesday, December 20, 2016
BOTOSOFT MELANCARKAN BOTOSEAL(TM) DI PERSIDANGAN NARIC UK TAHUNAN KE-20
Botosoft melancarkan Botoseal™, penyelesaian keselamatan dokumen yang paling canggih di dunia.
LONDON, 19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Botosoft Technologies, iaitu syarikat penyelesaian keselamatan yang memenangi anugerah, melancarkan teknologi anti-pemalsuan yang paling canggih di dunia, Botoseal™, di Persidangan Tahunan Pusat Maklumat Pengecaman Negara United Kingdom (NARIC UK) ke-20. Acara ini, yang diadakan di Victoria Park Plaza, London, United Kingdom pada 21 dan 22 November 2016, telah dihadiri oleh wakil daripada agensi perekrutan, badan pemeriksaan, akademia, institusi penilaian dan agensi keselamatan dari seluruh dunia.
Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/67f51f00-ff72-45b1-a66b-c387d7a5755e dan http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b0f8716a-9cda-42e0-84ad-4592fc6618e4.
“Botosoft Technologies bangga dengan budayanya yang membuatkan kehidupan menjadi mudah,” kata Agbeyo Tolulope, CEO Botosoft Technologies. “Syarikat mengetahui bahawa pemalsuan semakin menular kerana pengesahan dokumen amat sukar; jika pengesahan menjadi mudah, pemalsuan akan dapat dikawal dan akhirnya akan dihapuskan.”
Monday, December 19, 2016
HITACHI ZOSEN BAKAL MEMPEROLEH OSMOFLO HOLDINGS
OSAKA, Jepun, 19 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hitachi Zosen Corporation
(TOKYO: 7004) telah mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian
penjualan dan pembelian saham untuk memperolehi majoriti saham dalam Osmoflo Holdings Pty Ltd, sebuah
syarikat kejuruteraan terkemuka untuk penyahgaraman dan rawatan air industri
dengan menggunakan teknologi membran seperti osmosis berbalik. Tertakluk kepada
penyelesaian prosedur, Osmoflo akan menjadi sebuah anak syarikat Hitachi Zosen.
Friday, December 16, 2016
NEC SEDIAKAN LATIHAN PERTAHANAN SIBER UNTUK AGENSI KERAJAAN DI THAILAND
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Anak syarikat NEC Corporation (NEC),
NEC Corporation (Thailand), menyediakan latihan amali (hands on) pertahanan
siber kepada Thailand Electronic Transactions Development Agency (ETDA) dan
agensi kerajaan lain di negara itu.
NEC dalam satu kenyataan berkata latihan itu diadakan di Bangkok,
Thailand dari 6 hingga 9 Dis lepas kepada lebih 50 pegawai kerajaan dari ETDA
dan agensi kerajaan lain.
"Latihan amali pertahanan siber itu bertujuan meningkatkan
keupayaan pentadbir sistem di agensi kerajaan untuk menangani ancaman serangan
siber yang semakin meningkat, secara efektif.
"Dengan menyediakan simulasi infrastruktur ICT (teknologi maklumat
dan komunikasi) pelanggan, latihan praktikal itu membolehkan pentadbir system dibangunkan
dengan keupayaan pertahanan siber yang komprehensif," kata kenyataan itu
di sini hari ini.
Menurut NEC, ETDA, yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi
Digital dan Masyarakat, adalah satu daripada agensi yang bertanggungjawab untuk
keselamatan siber di Thailand.
"Sebagai sebahagian daripada ini, ETDA mengendalikan ThaiCERT,
sebuah Pasukan Respons Insiden Keselamatan Komputer (CSIRT) yang bertanggungjawab
mengendalikan kejadian keselamatan komputer di negara itu," kata kenyataan
itu lagi.
-- BERNAMA
Malaysia Hos Kongres Persekutuan Perpustakaan Antarabangsa Ke-84 Pada 2018
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Malaysia akan menjadi hos Kongres Perpustakaan dan Maklumat Dunia (WLIC) Persekutuan Perpustakaan dan Institusi Antarabangsa (IFLA) ke-84 pada 2018.
Ketua pegawai eksekutif Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Datuk Zulkefli Sharif berkata persidangan itu yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini dijangka menjana pendapatan RM44.4 juta kepada negara.
"Delegasi yang menghadiri WLIC 2018 akan membangunkan budaya pembelajaran, dan terdedah kepada platform yang akan meningkatkan kapasiti ilmu.....

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1311706
TOSHIBA LANCAR IC KUASA SISTEM PELBAGAI FUNGSI UNTUK SSD
TOKYO, 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini melancarkan "TC7738WBG," sebuah IC kuasa sistem pelbagai fungsi untuk bekalan kuasa bagi komponen SSD, seperti blok teras SoC, blok IO, ingatan kilat NAND, DRAM, dan pelbagai sensor. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan penghantaran pengeluaran besar-besaran dijadualkan pada akhir Januari tahun hadapan.
"TC7738WBG" adalah sebuah IC bekalan kuasa pelbagai output yang menggabungkan 6 saluran penukar DC-DC, satu bekalan kuasa 2 saluran dan sebuah suis perlindungan input. Di dalam sistem yang menggunakan SSD, voltan berbeza bergantung kepada antara muka atau aplikasi berkenaan. IC baharu itu membolehkan setting mod voltan input dan voltan output bagi setiap saluran diubah dengan hanya menukar setting pin, sekali gus membolehkan penggunaannya di dalam pelbagai sistem.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9600

Wednesday, December 14, 2016
J.M. HUBER CORPORATION MENCAPAI PERJANJIAN UNTUK MENJUAL PERNIAGAAN SILIKA KEPADA EVONIK DENGAN HARGA $630 JUTA
EDISON, N.J., 13 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- J.M. Huber Corporation hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian muktamad untuk menjual unit perniagaan Silika milik Huber Engineered Materials (HEM) kepada Evonik Industries AG – sebuah syarikat kimia khusus yang bertaraf global.
Urus niaga itu akan termasuk kilang Silika HEM di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Sehingga urus niaga itu ditutup, silika terus beroperasi sebagai sebahagian daripada HEM. Untuk tahun 2016, unit perniagaan Silika Huber dijangka mencapai pendapatan hampir $300 juta dan EBITDA yang dilaraskan kira-kira $60 juta.
Penjualan Silika tidak akan memberi kesan kepada unit perniagaan HEM yang lain, yang termasuk Aditif Bahan Perencat Api dan Karbonat Kalsium Asas.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9593

Saturday, December 10, 2016
Felcra Sedia Jadi Agensi Peneraju Pengeluar Produk Makanan Negara
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Felcra Berhad (Felcra) kini bersedia
untuk menjadi sebagai agensi peneraju dalam bidang pengeluaran produk
makanan negara, kata pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Bung Moktar berkata, sehingga kini belum ada mana-mana agensi atau institusi yang menjadi peneraju dalam sektor tersebut bagi membantu mengurangkan jumlah kebergantungan negara kepada makanan import.
"Misalnya susu segar, majoritinya 73 peratus atau nilainya RM6 bilion import begitu juga dengan makanan ayam, jagung. Negara kita ada eksport tapi tidak begitu ketara.
"Bayangkan jika berlaku krisis antara negara ini dengan negara lain yang merupakan pengimport produk makanan yang kemudiannya bertindak menghentikannya, jadi kita (rakyat) akan berdepan masalah," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-35 Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad di sini, malam ini.
Turut hadir Datuk Rodzuan Zaaba Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad (KPFB).
Bung Moktar berkata cadangan mengenai langkah itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 Dis ini sempena Sambutan 50 tahun Felcra.
Dalam pada itu, dalam usaha memajukan KPFB, beliau berkata sudah tiba masanya pihak tertinggi koperasi itu mengurus secara holistik dengan melaksanakan industri yang lebih bersifat komersial dan global.
"Ini perlu dilihat daripada perubahan dunia, saya percaya sekiranya koperasi ini diurus secara mampan akan berjaya meningkatkan jumlah pendapatan koperasi sekali gus dapat menguntungkan pesertanya," kata beliau.
Untuk rekod, KPFB mempunyai peserta seramai 50,376 dan 153 koperasi bernaung di bawahnya di seluruh negara dengan mencatatkan keuntungan bersih RM3.1 juta pada tahun ini.

Friday, December 9, 2016
FIRST ADVANTAGE DIIKTIRAF OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN SUMBER MANUSIA SEBAGAI SYARIKAT PENYARINGAN LATAR BELAKANG TERBAIK DI ASIA SELATAN
Syarikat berprestasi terbaik untuk dua tahun berturut-turut pada Anugerah Vendor Sumber Manusia Terbaik Tahunan Majalah Human Resources
Diadili oleh 54 Pengarah Sumber Manusia yang terkemuka di seluruh Asia
SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia & HONG KONG, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- First Advantage, sebuah syarikat Symphony Technology Group dan pembekal global yang terkemuka bagi perkhidmatan penyaringan latar belakang, telah memenangi dua anugerah emas dan satu anugerah gangsa di Hong Kong, Malaysia dan Singapura pada Anugerah Vendor Sumber Manusia Terbaik Tahun 2016 Majalah Human Resources. Anugerah itu dianjurkan oleh Majalah Human Resources, sumber utama berita yang berkaitan sumber manusia di Asia. Diadili oleh 60 pengarah sumber manusia yang paling besar berbelanja di Asia, termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, konglomerat tempatan dan Syarikat-syarikat Multinasional yang dihormati, anugerah ini merupakan antara anugerah serantau yang paling mantap untuk meraikan pembekal produk dan perkhidmatan sumber manusia yang terbaik di Asia.Diadili oleh 54 Pengarah Sumber Manusia yang terkemuka di seluruh Asia
Kriteria penilaian termasuk antara lain, kepuasan pelanggan, skop produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, sumbangan syarikat kepada industri Sumber Manusia dan pengiktirafan syarikat itu sebagai sebuah peneraju pemikiran. Sejak kategori "Penyaringan Latar Belakang" dimasukkan pada tahun 2015, First Advantage telah secara konsisten menjadi Syarikat Penyaringan Latar Belakang yang berprestasi terbaik berbanding dengan pembekal-pembekal lain di rantau Asia Pasifik.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9583
ANCILLARE UMUM NAIB PRESIDEN BAHARU BAGI ASIA PASIFIK
HORSHAM, Pa., 8 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ancillare, LP, peneraju di dalam perkhidmatan pengurusan rantaian bekalan sampingan percubaan klinikal global akhir ke akhir bagi organisasi farmaseutikal, bioteknologi, penyelidikan kontrak dan penyelidikan perubatan, hari ini mengumumkan pelantikan Nitin Jain ke satu jawatan baharu sebagai Naib Presiden bagi rantau Asia Pasifik (APAC).
Nitin akan memberi tumpuan kepada memacukan kecemerlangan operasi untuk menyokong keperluan rantaian bekalan klinikal pelanggan kami dan menyelia operasi pengurusan rantaian bekalan akhir ke akhir yang lengkap bagi Depot Induk Ancillare di Singapura. Nitin membawa ke Ancillare pengalaman lebih 18 tahun di dalam pembangunan perniagaan, pengurusan am, perikatan strategik, pengurusan rantaian bekalan dan pengalaman operasi di dalam organisasi farmaseutikal, bioteknologi dan penyelidikan kontrak di seluruh dunia. Nitin telah memegang jawatan kanan di INC Research, Covance, Theorem Clinical Research dan Worldwide Clinical Trials.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9579

Thursday, December 8, 2016
MALAYSIA SOKONG PENUH USAHA UNTUK PUPUK PERSEFAHAMAN BERSAMA - REEZAL MERICAN
PUTRAJAYA, 8 Dis (Bernama) -- Malaysia menyokong sepenuhnya usaha di peringkat antarabangsa yang bertujuan untuk meningkatkan lagi persefahaman antara budaya, tamadun dan agama, termasuk kepercayaan dan amalan mazhab. Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata masyarakat terus menyaksikan situasi kemanusiaan yang amat buruk, pencabulan hak asasi manusia dan tindakan ekstremisme di pelbagai pelusuk dunia. "Dalam hubungan ini, Malaysia berpegang kuat kepada pendekatan memperjuangkan nilai-nilai kesederhanaan di peringkat global seperti didukung oleh Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM). "Dalam memperjuangkan suara-suara kesederhanaan, GMM berusaha untuk meningkatkan persefahaman bersama dan prinsip hormat-menghormati serta menyumbang ke arah keamanan, pembangunan mampan dan inklusif, pertumbuhan yang saksama dan kesejahteraan sosial. "Kami percaya bahawa kesederhanaan menyumbang kepada demokrasi kerana ia membuka jalan ke arah keharmonian dalam struktur sosio-budaya masyarakat majmuk," kata beliau semasa berucap pada Forum Demokrasi Bali Ke-9 di Bali, Indonesia hari ini. Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama oleh Kementerian Luar. Dalam ucapannya yang bertemakan "Agama, Demokrasi dan Pluralisme", Reezal berkata amalan demokrasi dalam masyarakat majmuk adalah penting kerana ia memupuk perasaan saling hormat menghormati dan persefahaman bersama. "Ia sekali gus memungkinkan kewujudan bersama secara aman dan mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat yang mengikat masyarakat," katanya. Beliau berkata konsep 1Malaysia diperkenalkan sebagai inisiatif untuk menggalakkan perpaduan nasional, toleransi dan menerima perbezaan masing-masing. "Justeru, adalah penting untuk menerima hakikat bahawa masyarakat majmuk, yang menyaksikan pelbagai kaum dapat mengekalkan dan mengembangkan budaya tradisional mereka, pasti akan menyumbang kepada demokrasi yang berjaya dan lebih bermakna. "Oleh itu, penekanan kepada penyertaan inklusif rakyat sudah pasti akan melenyapkan ketidakimbangan sosial dan ketegangan," tambah beliau. -- BERNAMA
BUSINESS WIRE DAN AGILITY PR SOLUTIONS BERGABUNG UNTUK MENINGKATKAN JANGKAUAN MEDIA DAN PILIHAN ANALISIS
NEW YORK, 7 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Business Wire dan Agility PR Solutions
telah mengumumkan satu perkongsian strategik yang baharu untuk
menyediakan kepada kalangan profesional komunikasi dengan pengedaran,
pemantauan dan keupayaan analisis media yang dipertingkatkan. Langkah
ini mengembangkan set peranti komunikasi Business Wire sedia ada yang
sudah luas dengan menawarkan kepada pelanggan dengan satu penyelesaian
yang lancar dan menjimatkan kos untuk mengintegrasikan jangkauan media
dan pemantauan pelbagai outlet ke dalam kempen komunikasi mereka.
"Komitmen Business Wire kepada pelanggan kami terus menjadi keutamaan nombor satu kami. Kerjasama baharu ini dengan Agility PR Solutions akan membantu pelanggan-pelanggan kami meningkatkan kempen komunikasi mereka dengan mensasarkan wartawan dan pihak berpengaruh yang relevan secara lebih baik, dengan mengekalkan trend industri kritikal masa kini, dan mengukur keberkesanan sebenar pesanan mereka," kata Cathy Baron Tamraz, Ketua Pegawai Eksekutif Business Wire.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9570

ABOUND DATA YANG DIBENTANGKAN PADA PERSIDANGAN DUNIA MENGENAI KANSER PARU-PARU MENDALAMI PENEROKAAN MENGENAI KESELAMATAN DAN KEBERKESANAN ABRAXANE® UNTUK CABARAN POPULASI PESAKIT
BOUDRY, Switzerland, 7 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Celgene
Corporation (NASDAQ: CELG) hari ini mengumumkan keputusan interim
daripada program ujian klinikal ABOUND yang menilai penggunaan ABRAXANE®
(zarah terikat protein paclitaxel bagi ampaian suntikan) (terikat
albumin) di dalam pesakit yang menghidapi kanser paru-paru sel bukan
kecil yang sudah teruk (NSCLC). Data interim yang dibentangkan daripada
ujian ABOUND semasa Persidangan Dunia IASLC ke-17 mengenai Kanser
Paru-paru (WCLC) menguatkan lagi faedah terapi dublet
ABRAXANE/carboplatin di dalam barisan pertama NSCLC.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9568
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9568
PERISIAN BAHARU UNISYS STEALTH(AWARE) (TM) MENGAUTOMASIKAN PELAKSANAAN KESELAMATAN SEGMENTASI MIKRO TERMAJU, MEMBOLEHKAN PERLINDUNGAN DIGITAL DIAKSES KEPADA LEBIH BANYAK ORGANISASI DALAM PERJUANGAN MENENTANG JENAYAH SIBER
BLUE BELL, Pa., 7 Dis (Bernama-AsiaNet) --
Analisis terbina dalam dan visualisasi memberikan pemahaman serta-merta ke dalam risiko keselamatan bagi konfigurasi automatik dan penggunaan perlindungan Unisys Stealth(R) yang telah memenangi anugerah sepanjang perusahaan yang dilanjutkan itu. Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan pelancaran Stealth(aware)(TM), sebuah aplikasi perisian Unisys Stealth(R) baharu yang membawa perjuangan terhadap jenayah siber dengan membolehkan organisasi untuk dengan mudah menggunakan keseluruhan perusahaan, keselamatan segmentasi mikro merentasi rangkaian yang dilanjutkan dengan hanya menggunakan sentuhan butang. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9574 |
PAMERAN SETEM ANTARABANGSA ASIA CHINA 2016 BERAKHIR DI NANNING
Nanning, China, 7 Dis (Bernama-AsiaNet) --
Pameran Setem Antarabangsa Asia China 2016 telah diadakan dari 2 Disember hingga 6 Disember di Nanning. Pameran itu telah ditaja oleh Persekutuan Filateli Antara Asia (FIAP) dan diiktiraf oleh Persekutuan Filateli Antarabangsa (FIP). Ditubuhkan oleh FIAP, pameran itu adalah satu pameran setem serantau yang bertujuan meningkatkan perkembangan filateli dunia. Sudah tiba masanya pameran itu diadakan di China sejak penubuhannya pada tahun 1977. Pameran Setem itu adalah satu pameran setem Antarabangsa Asia yang menyeluruh. Terdapat 13 kelas kompetitif, termasuk kelas Kejohanan FIAP, Filateli Tradisional, Sejarah Pos, Alat Tulis Pos, Aerofilateli, Astrofilateli, Tematik, Maximaphily, Hasil, Belia, sastera Filateli, Filateli satu bingkai dan Filateli Moden. Bahan pameran itu adalah dari 22 anggota FIAP iaitu Australia, Bahrain, Bengal, China, Taiwan, Hong Kong, Macau, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Mongolia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Singapura, Afrika Selatan, Thailand, dan Emiriah Arab Bersatu. Sejumlah 1300 bingkai dan 51 dokumen sastera telah dipamerkan. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9573 |
Wednesday, December 7, 2016
BROADSOFT MENGUMUMKAN PENGALAMAN BILIK PERSIDANGAN VIDEO SATU KLIK
Aplikasi Bilik
Persidangan membolehkan perniagaan untuk menambah bilik persidangan fizikal
berbilang titik kepada mana-mana persidangan maya dengan mudah dan mampu milik
GAITHERSBURG, Md., 7 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), iaitu peneraju perisian komunikasi bersatu sebagai perkhidmatan (UCaaS) global, hari ini mengumumkan ketersediaan Bilik Persidangan UC-One® BroadSoft secara komersial – pengalaman sistem bilik persidangan satu klik yang membolehkan perniagaan menyambungkan bilik persidangan yang sedia ada dengan mana-mana persidangan mayaUC-One dengan mudah dan mampu milik.
MALAYSIA CEMERLANG DI PERINGKAT ANTARABANGSA
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Dua agensi kerajaan terus unggul di persada dunia apabila meraih Anugerah Emas 3 Bintang di 22nd Asia Pacific Quality Organisation Conference (APQO) 2016 di Rotorua, New Zealand, baru-baru ini.
Agensi tersebut yang mewakili Malaysia dalam ACE Team Award, APQO Conference, merekodkan penjimatan sebanyak RM95.3 juta melalui projek proses inovasi mereka. Kumpulan Revival daripada Kolej Matrikulasi Selangor telah berkongsi kaedah mudah isian semula marker pen melalui projek inovasi User Friendly Ink Dispenser (UFEED) manakala Kumpulan Master-H ECS daripada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui cetusan idea kreatif Guru Cemerlang Sejarah, Encik Mohd Zulhelmi Bin Mansor telah berkongsi amalan terbaik bagi mempelajari mata pelajaran sejarah dengan lebih mudah dan berkesan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9566

Tuesday, December 6, 2016
PAXATA RAI PEMBUKAAN BESAR-BESARAN IBU PEJABAT ASIA PASIFIK DI SINGAPURA
Syarikat Teruskan Strategi Pengembangan
Antarabangsa Pertama di Asia dengan Kehadiran Singapura Sebagai Hab Serantau
untuk Menyokong Pertumbuhan Rakan Kongsi dan Pelanggan
SINGAPURA, 6 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- (Strata + Hadoop World 2016) – Paxata, penyedia satu-satunya gred perusahaan bagi platform maklumat mudah suai layan diri, hari ini mengumumkan pembukaan besar-besaran rasmi bagi ibu pejabat Asia Pasifiknya di Singapura.Demi melaksanakan strategi pengembangan antarabangsa pertamanya di Asia, Paxata telah memacu penggunaan platform besar-besaran bagi pelanggannya, penglibatan rakan kongsi kritikal dalam industri pertumbuhan tinggi, termasuk perkhidmatan kewangan dan pembuatan teknologi tinggi serta pelaburan modal usaha niaga baharu daripada firma-firma di seluruh Asia.
Monday, December 5, 2016
TOSHIBA LANCAR ALAT KAWAL ATUR LDO 1.3A UNTUK PERANTI MUDAH ALIH DENGAN PAKEJ KECIL YANG TERKEMUKA DI DALAM KELASNYA DALAM INDUSTRI
Merealisasikan ciciran voltan rendah yang
terkemuka di dalam kelasnya dalam industri
TOKYO, 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran alat kawal atur LDO CMOS arus output 1.3A, TCR13AGADJ, untuk digunakan di dalam bekalan kuasa peranti mudah alih, yang ditempatkan di dalam pakej kecil yang terkemuka di dalam kelasnya[1] dalam industri. Di dalam pakej WCSP6F itu, alat kawal atur baharu itu berukuran hanya 0.8mm x 1.2mm, t: 0.33mm (maksimum). Penghantaran bermula dari hari ini.
PAXATA BAKAL TAMPILKAN PEMBENTANGAN TOKOH PELANGGAN DAN INDUSTRI DI STRATA + HADOOP WORLD DI SINGAPURA
SINGAPURA, 5 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- (Strata + Hadoop World 2016) -- Paxata, perintis aplikasi dan penyedia penyediaan data layan diri pertama daripada satu-satunya platform maklumat mudah suai layan diri dan gred perusahaan, telah mengumumkan bahawa ia akan mengacarakan beberapa pembentangan pelanggan, demonstrasi produk dan sesi ucapan di Strata + Hadoop World yang akan berlangsung pada 6 – 8 Disember 2016 di Singapura.
Perkara: Seminar Pelancaran Paxata – Paxata akan mengacarakan satu seminar bermaklumat tentang cara syarikat di seluruh dunia sedang mengumpilkan inovasi data besar dan membangunkan kecerdasan perniagaan layan diri dengan mengubah aliran kerja data ke cerapan mereka pada asasnya. Agenda seminar ini penuh dengan peluang hebat untuk menjalinkan hubungan dan belajar daripada ahli teknologi yang berwawasan daripada Standard Chartered Bank, Citibank dan Gartner.
Tarikh dan Masa: Selasa, 6 Disember 2016, 11:30 AM – 5:00 PM SGT
Tempat: The Ritz Carlton, Millenia Singapore, 7 Raffles Avenue, Singapura
Pendaftaran: https://www.eventbrite.com/e/paxata-launch-seminar-tickets-29347059846
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9560

Friday, December 2, 2016
IC TENAGA SISTEM SERBAGUNA PELBAGAI OUTPUT TOSHIBA YANG BAHARU MEREALISASIKAN ARUS BESAR DAN PEMACU BUNYI YANG LEBIH RENDAH
TOKYO, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini melancarkan "TC7739FTG," sebuah IC tenaga sistem serbaguna pelbagai output yang dilengkapi dengan bekalan kuasa DC-DC dan alat kawal atur bersiri. Pengeluaran secara besar-besaran akan bermula pada akhir bulan ini. Ketika tablet dan peranti mudah alih yang lain meningkatkan kelajuan pemprosesan, mereka memerlukan bekalan kuasa untuk voltan rendah dan pemacu arus yang besar. Mereka juga memerlukan bekalan kuasa pelbagai aplikasi, dan juga perlu mengurangkan kadar bunyi untuk mengimbangi bagi pengecilan PCB. |
Agrobank Catat Pertumbuhan Perniagaan 15 Peratus Antara Jan-Okt 2016
SEBERANG JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Agrobank mencatat pertumbuhan perniagaan 15 peratus pada 10 bulan pertama tahun ini dengan nilai pembiayaan berjumlah RM8.5 bilion.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata, bank itu komited menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan ini ditunjukkan oleh prestasi cemerlangnya.
Menurutnya, pertumbuhan itu dipacu segmen makanan agro yang disokong permintaan untuk makanan dan keseluruhan rantaian nilai industri berkenaan.
"Ini adalah pencapaian mengkagumkan, terutama dalam persekitaran ekonomi global ketika ini, kerana kami melepasi pertumbuhan 13 peratus yang dicapai pada tempoh sama tahun lepas. Kami akan terus meningkatkan penembusan pasaran dalam sektor pertanian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program perkongsian maklumat mengenai prospek dan peluang dalam sektor pertanian yang dihoskan Agrobank di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Wan Mohd Fadzmi berkata, walaupun persekitaran pasaran yang mencabar, bank itu masih merancang untuk mencatat 12 hingga 15 peratus pertumbuhan perniagaan pada 2017.
"Permintaan untuk produk pertanian, termasuk segmen makanan masih wujud dan dijangka berkembang lagi," katanya.
Menurutnya, prestasi Agrobank di wilayah utara, iaitu di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah memberi sumbangan penting kepada nilai pembiayaan keseluruhan bank itu.
"Dalam segmen deposit, wilayah utara mencatat pertumbuhan deposit kepada RM850.91 juta antara Januari hingga September 2016 berbanding RM793.95 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lepas," katanya.
Beliau berkata, bank itu kini mempunyai 435 ejen agro, kebanyakannya terdiri daripada pertubuhan peladang kawasan, persatuan nelayan dan kedai rakyat Agrobazaar bagi menawarkan perkhidmatan perbankan lebih baik di kawasan luar bandar.
"Kami merancng untuk membuka 300 outlet ejen agro lagi di seluruh negara bagi memastikan perkhidmatan perbankan asas kami dapat diperoleh masyarakat luar bandar secepat mungkin.
"Matlamat kami adalah untuk menjadikan ejen agro sebagai penyelesaian perbankan berkesan bagi menangani kesukaran dihadapi penduduk luar bandar yang memerlukan kemudahan institusi kewangan," katanya.
Bank di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Diperbadankan itu mempunyai 187 cawangan di seluruh negara dan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan dalam bidang korporat, komersil dan pembiayaan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perkhidmatan perbankan elektronik dan deposit.

Subscribe to:
Posts (Atom)