Wednesday, September 18, 2019

AMAZON STUDIOS MENGUMUMKAN NEW ZEALAND SEBAGAI LOKASI UNTUK SIRI AKAN DATANG YANG DIDASARKAN KEPADA THE LORD OF THE RINGS

CULVER CITY, Calif., 18 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- (NASDAQ: AMZN) — Amazon Studios hari ini mengumumkan bahawa siri mereka yang didasarkan kepada novel fantasi ikonik J.R.R. Tolkien The Lord of the Rings akan membuat penggambaran di New Zealand. Pra-penerbitan telah bermula, dan penerbitan bagi siri itu akan bermula di Auckland pada bulan-bulan akan datang.

“Ketika kami mencari lokasi di mana kami dapat menghidupkan keindahan yang wujud sejak dari awal dunia bagi Zaman Kedua bagi Bumi Pertengahan, kami tahu bahawa kami perlu mencari suatu tempat yang hebat, yang mempunyai pantai, hutan, dan gunung-ganang yang tidak tercemar, yang juga merupakan kediaman bagi set, studio bertaraf dunia, dan pekerja kraf yang sangat mahir dan berpengalaman dan kakitangan lain. Dan kami gembira kerana kami kini dapat mengesahkan secara rasmi bahawa New Zealand sebagai kediaman kami untuk siri kami yang didasarkan kepada cerita-cerita The Lord of the Rings oleh J.R.R. Tolkien,” kata penerbit eksekutif dan mereka yang mempunyai kuasa mutlak dari segi kreativiti dan pengurusan J.D. Payne dan Patrick McKay. “Kami amat berterima kasih kepada rakyat dan kerajaan New Zealand dan terutamanya Auckland kerana menyokong kami semasa fasa pra-penerbitan ini. Layanan mesra dan baik oleh rakyat New Zealand yang mengalu-alukan kami telah membuat kami merasa sungguh selesa, dan kami berharap untuk memperdalamkan kerjasama kami pada tahun-tahun yang akan datang.”

Terletak di Bumi Pertengahan, adaptasi televisyen itu akan meneroka jalan cerita baharu sebelum karya J.R.R. Tolkien The Fellowship of The Ring. Sebuah hasil sastera yang terkenal di dunia, dan pemenang bagi Anugerah Fantasi Antarabangsa dan Anugerah Prometheus Hall of Fame, novel-novel The Lord of the Rings dinamakan sebagai buku kegemaran untuk milenium itu oleh pelanggan Amazon pada tahun 1999 dan novel yang paling disukai sepanjang zaman di Britain di BBC The Big Read pada tahun 2003. Adaptasi teaternya, dari New Line Cinema dan Pengarah Peter Jackson, memperoleh gabungan kasar hampir $6 bilion di seluruh dunia dan meraih keseluruhan 17 Anugerah Akademi, termasuk Filem Terbaik.

Penerbit eksekutif dan mereka yang mempunyai kuasa mutlak dari segi kreativiti dan pengurusan bagi siri itu adalah J.D. Payne dan Patrick McKay. J.A. Bayona (The Orphanage, Jurassic Park: Fallen Kingdom) akan mengarahkan dua episod pertama dan juga bertindak sebagai penerbit eksekutif, di samping rakan beliau Belén Atienza. Penerbit Eksekutif adalah Lindsey Weber (10 Cloverfield Lane), Bruce Richmond (Game of Thrones), Gene Kelly (Boardwalk Empire), Sharon Tal Yguado, Gennifer Hutchison (Breaking Bad), Jason Cahill (The Sopranos), dan Justin Doble (Stranger Things).

Maklumat mengenai Prime Video

Prime Video adalah satu perkhidmatan penstriman premium yang menawarkan kepada pelanggan dengan satu koleksi video digital yang besar — kesemuanya dengan mudah untuk mencari apa yang mereka suka tonton di satu tempat.
  • Termasuk dengan Prime: Menonton beribu-ribu filem dan rancangan TV yang popular, termasuk filem asal Amazon yang disanjung umum termasuk pemenang Anugerah Emmy The Marvelous Mrs. Maisel, Jack Ryan oleh Tom Clancy, The Boys, Homecoming, Hanna, Fleabag, Good Omens, Guava Island oleh Donald Glover, Manchester by the Sea  dan The Salesman, yang telah memenangi Anugerah Akademi, The Big Sick and Cold War  yang dicalonkan untuk Anugerah Akademi, dan Beautiful Boy yang disanjung umum, eksklusif, sukan secara langsung termasuk Thursday Night Football dan kandungan berlesen dan diterbitkan sendiri yang tersedia di lebih daripada 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.
  • Tonton lebih banyak lagi dengan Saluran Prime Video: Ahli-ahli Prime boleh menambahkan lebih 150 saluran di Amerika Syarikat seperti HBO, Cinemax, STARZ, SHOWTIME, CBS All Access, NBA League Pass dan MLB.tv — tiada aplikasi tambahan untuk dimuat turun, dan tidak ada kabel diperlukan. Hanya bayar untuk apa yang anda mahukan, dan ia boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Lihat senarai lengkap bagi saluran yang tersedia di amazon.com/channels.
  • Sewa atau Beli: Nikmati ratusan ribu judul, termasuk filem-filem yang baharu dikeluarkan dan keseluruhan musim bagi episod TV semasa, yang tersedia bagi semua pelanggan Amazon untuk menyewa atau membelinya.
  • Akses segera: Tonton di mana-mana dan pada bila-bila masa anda mahu dengan aplikasi Prime Video di TV pintar anda, peranti mudah alih, Fire TV, tablet Fire, Apple TV, Chromecast, konsol permainan, Comcast X1 atau dari web. Untuk senarai lengkap bagi peranti yang serasi, sila layari amazon.com/howtostream.
  • Pengalaman yang dipertingkatkan: Manfaatkan sebaik-baiknya setiap tontonan dengan kandungan yang serasi dengan 4K Ultra HD dan High Dynamic Range (HDR). Lihat di sebalik tabir bagi filem dan rancangan TV kegemaran anda dengan akses X-Ray yang eksklusif, yang dikuasakan oleh IMDb. Simpan untuk kemudian hari dengan memuat turun mudah alih yang dipilih untuk tontonan di luar talian.

Di samping akses kepada filem dan rancangan TV yang disertakan dengan Prime, keahlian Prime termasuk pilihan penghantaran percuma tanpa had yang pantas merentasi semua kategori yang terdapat di Amazon, lebih daripada dua juta lagu dan beribu-ribu senarai main dan stesen dengan Prime Music, penyimpanan foto secara selamat dengan Prime Photos, bahan bacaan tanpa had dengan Prime Reading, akses tanpa had dengan satu katalog audiobook digital dengan Saluran Boleh Dengar untuk Prime, satu pemilihan putaran bagi permainan digital percuma dan barang rampasan dalam permainan dengan Twitch Prime, akses awal untuk memilih Tawaran Kilat, akses eksklusif dan diskaun untuk memilih barangan, dan banyak lagi. Untuk mendaftar dengan Prime atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari:  amazon.com/prime.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190917006066/en/

Hubungi

Hubungan Media Amazon Prime Video
Alana Russo
Alana.Russo@amazonstudios.com

Tamara Golihew
tamara.golihew@amazonstudios.com

Sumber : Amazon Studios

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment