Saturday, September 28, 2019

Pameran 'Japan Media Arts Distributed Museum' di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo berakhir hari ini

KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Siri pameran seni baharu anjuran Agensi Bagi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun, ‘Japan Media Arts Distributed Museum’ yang diadakan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, berakhir hari ini.

Lapangan Terbang Haneda antara 10 lokasi terpilih bagi pameran menampilkan seni media atau budaya Jepun.

Pameran di Lapangan Terbang Haneda yang bermula pada 11 Sept diadakan bersama pameran lain, melibatkan Muzium Nasional Sejarah Jepun, menurut satu kenyataan Pejabat Japan Media Arts Distributed Museum.

Acara di Lapangan Terbang Haneda itu diadakan selepas pameran pertama di Lapangan Terbang Chitose Baharu dekat Sapporo di utara Jepun.

Pameran berkenaan menampilkan hasil karya yang dibangunkan AR3Bros., trio pencipta ‘augmented reality’ Jepun, dengan motif karya seni 'Edo Scenes Folding Screens' dan 'Edobashi Hirokoji (Edo Bridge Grand Avenue) Diorama'.

Menurut kenyataan itu, hasil karya berkenaan menggambarkan zaman feudal Edo (Tokyo lama), milik Muzium Nasional Sejarah Jepun.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://jmadm.jp/en.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment