Monday, November 4, 2019

ZYNGA UMUM KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KETIGA 2019


Melaporkan Hasil dan Tempahan Suku Tahun Paling Tinggi dalam Sejarah Zynga
 
Menjanakan Aliran Tunai Pengendalian sebanyak $69 Juta, meningkat 67% tahun ke tahun
 
Meningkatkan Pandangan bagi Tahun Keseluruhan – Satu daripada Syarikat Permainan Awam yang Paling Pantas Berkembang pada Tahun 2019

SAN FRANCISCO, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA) hari ini mengeluarkan keputusan kewangan mereka bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September, 2019 dengan memaparkan Surat Perolehan Suku Tahun Q3 2019 pengurusan pada laman web Perhubungan Pelabur mereka. Sila lihat Surat Perolehan Suku Tahun yang dilampirkan atau layari http://investor.zynga.com/financial-information/quarterly-results  untuk mengakses surat tersebut.

“Pada Suku Ketiga, kami telah mencapai hasil pendapatan dan tempahan suku tahunan yang terbaik dalam sejarah Zynga. Prestasi kami telah didorong oleh momentum yang mantap merentasi perkhidmatan langsung kami, khususnya suku tahun terbaik daripada Empires & Puzzles dan Merge Dragons!. Dengan bimbingan kami, Zynga merupakan satu daripada syarikat permainan awam yang paling pantas berkembang pada tahun 2019,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga.

Pengurusan Zynga akan juga mengadakan satu panggilan persidangan pada pukul 2:30 petang Waktu Pasifik (5:30 petang Waktu Timur) hari ini untuk membincangkan mengenai pencapaian syarikat itu. Soalan boleh diajukan semasa panggilan persidangan itu dan Zynga akan menjawab seberapa banyak mungkin soalan.

Panggilan persidangan itu boleh diakses di http://investor.zynga.com –  satu ulang semula akan tersedia melalui laman web itu selepas panggilan itu – atau melalui nombor mendail persidangan di bawah:
  • Nombor Mendail Bebas Tol: (800) 537-0745
  • Nombor Mendail Antarabangsa: (253) 237-1142
  • ID Persidangan: 7568396

Maklumat mengenai Zynga

Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Setakat ini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan di seluruh platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter dan Facebook

Nota Editor

Untuk memuat rakaman bahagian filem B-roll Zynga dan visual penting bagi permainan itu, sila layari: https://bit.ly/2IOcaej

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52118822/en

Hubungi
Perhubungan Pelabur:
Rebecca Lau
Investors@zynga.com

Media:
Sarah Ross
Sarah@zynga.com

Sumber : Zynga Inc.

No comments:

Post a Comment