Saturday, November 23, 2019

KIOXIA CORPORATION MEMPERKENALKAN UFS AUTOMOTIF 512GB YANG PERTAMA[1] DALAM INDUSTRI

Membuka Laluan kepada Sistem dan Aplikasi yang Lebih Maju – untuk satu Pengalaman Pemandu yang Dipertingkatkan

TOKYO, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sistem automotif bagi generasi akan datang semakin dahagakan kecanggihan. Sistem maklumat & hiburan dan ADAS[2] yang lebih maju. Lebih banyak storan untuk rakaman data acara. Sokongan bagi pemetaan 3D yang lebih banyak. Dalam satu langkah yang menjadikan ‘lebih’ itu satu realiti, KIOXIA Corporation hari ini mengumumkan bahawa ia telah memulakan pensampelan bagi penyelesaian ingatan terbenam 512 gigabait (GB) Universal Flash Storage[3] (UFS) Automotif JEDEC® Versi 2.1. UFS Automotif keluaran KIOXIA menyokong julat suhu yang luas (-40°C sehingga +105°C), memenuhi keperluan AEC-Q100 Gred 2[4] dan menawarkan kebolehpercayaan yang dilanjutkan yang diperlukan oleh pelbagai aplikasi automotif. Peranti 512GB itu menyertai barisan UFS Automotif syarikat itu yang sedia ada, yang termasuk kapasiti bagi 16GB, 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB.

Inovasi seperti kenderaan berautonomi, sistem maklumat & hiburan automotif yang lebih maju, kluster digital, telematik dan ADAS menyediakan tidak hanya suatu pengalaman pemandu yang dipertingkatkan tetapi juga satu permintaan yang lebih besar bagi storan di dalam kenderaan.

Untuk memenuhi permintaan ini bagi kapasiti ingatan yang besar, ingatan UFS Automotif 512GB KIOXIA yang baharu telah dibangunkan, yang mengintegrasikan ingatan kilat 3D BiCS FLASH™ syarikat itu dan sebuah alat kawalan dalam satu pakej tunggal. UFS Automotif 512GB mempunyai beberapa fungsi yang sesuai dengan keperluan aplikasi automotif termasuk “Segar Semula”, “Kawalan Terma” dan “Diagnosis Lanjutan”. Fungsi “Segar Semula” boleh digunakan untuk menyegarkan semula data yang disimpan di dalam UFS dan membantu melanjutkan jangka hayat data itu. Fungsi “Kawalan Terma” melindungi peranti itu daripada pemanasan lampau dalam keadaan suhu tinggi yang boleh berlaku dalam aplikasi automotif. Dan yang akhir, fungsi “Diagnosis Lanjutan” membantu pemproses hos dengan mudah memahami status peranti itu.

Nota
[1] Sumber: KIOXIA Corporation, setakat 14 November, 2019.
[2] ADAS: Sistem Bantuan Pemanduan Termaju
[3] Universal Flash Storage (UFS) adalah satu tanda perniagaan dan kategori produk untuk satu kelas bagi produk ingatan terbenam yang dibina bagi spesifikasi standard JEDEC UFS. JEDEC adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar bagi JEDEC Solid State Technology Association.
[4] Keperluan kelayakan komponen elektrik yang ditakrifkan oleh AEC (Automotive Electronics Council).

*Spesifikasi sampel mungkin berbeza daripada bahagian pengeluaran besar-besaran.
*Dalam setiap sebutan mengenai sebuah produk KIOXIA: Kepadatan produk dikenal pasti berdasarkan kepada kepadatan cip ingatan di dalam Produk itu, bukan jumlah kapasiti ingatan yang tersedia untuk penyimpanan data oleh pengguna akhir. Kapasiti yang boleh digunakan oleh pengguna akan berkurangan disebabkan oleh ruang data di atas, pemformatan, blok rosak, dan kekangan lain, dan mungkin juga berbeza-beza berdasarkan kepada peranti hos dan aplikasi. Untuk butiran, sila rujuk kepada spesifikasi produk yang berkenaan. Takrif bagi 1Gb = 2^30 bit = 1,073,741,824 bit. Takrif bagi 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait.

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di dalam ini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12801

No comments:

Post a Comment