Monday, November 4, 2019

YITU MENGHADIRI ICCV 2019 DENGAN CIP AI AWAN YANG DIBANGUNKAN SENDIRI, MENUNJUKKAN PERISIAN BERSEPADU DAN KEKUATAN PERKAKASAN


YITU AI chip QuestCore TM (Photo: Business Wire)
Cip AI QuestCore™ YITU (Foto: Business Wire)


SHENZHEN, China & SEOUL, Korea Selatan, 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Persidangan Antarabangsa ke-17 mengenai Visi Komputer (ICCV 2019) telah diadakan di Seoul, Korea Selatan pada minggu ini. YITU Technology telah menghadiri persidangan itu dengan penyelidikan terbaharu mereka. Dikenali sebagai persidangan visi komputer terkemuka di dunia, ICCV diadakan sekali setiap dua tahun, di mana kertas kerja dan topik-topik menunjukkan dengan jelas tahap penyelidikan paling tinggi dan trend pertumbuhan teknikal di dalam bidang visi komputer.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191101005240/en/

Sebagai sebuah syarikat kecerdasan buatan yang terkemuka di dunia, YITU sentiasa berada di barisan hadapan bagi inovasi AI. Dari 29 Oktober hingga 1 November, penyelidik-penyelidik AI dari YITU mengemukakan penemuan penyelidikan dan amalan perindustrian mereka yang terkini di ICCV 2019, termasuk QuestCoreTM, sebuah cip AI awan yang dibangunkan oleh YITU, agar dapat berkomunikasi dengan dan belajar daripada pelbagai komuniti penyelidikan yang lebih luas.

“Kemuncak bagi pencapaian algoritma kecerdasan buatan telah beralih daripada akademik kepada industri,” kata Dr. Yan Shuicheng, Ketua Pegawai Teknologi bagi YITU, “Akademik dan industri memerlukan kerjasama yang mendalam, untuk meningkatkan dengan lebih baik prestasi puncak bagi keseluruhan algoritma ekologi AI.”

Sebagai seorang cendekiawan terkenal dunia di dalam visi komputer dan pembelajaran mesin, Dr. Yan menyertai YITU pada Ogos tahun ini, kemantapan R&D dan kekuatan kejuruteraan syarikat itu adalah di antara penyebab penting bagi beliau untuk menyertainya. Dr. Yan, sebagai seorang Fellow IEEE, Fellow IAPR dan Ahli Saintis Terbilang ACM, telah menerbitkan lebih daripada 600 kertas kerja dalam jurnal-jurnal dan persidangan antarabangsa terkemuka, dengan lebih 40,000 petikan, H-indeks 98.

YITU telah mengeluarkan cip AI awan QuestCoreTM yang dibangunkan sendiri pada Mei, 2019. Disepadukan dengan algoritma AI bertaraf dunia dan falsafah reka bentuk cip termaju, ia telah setakat ini merupakan cip analisis video yang paling pintar dan menjimatkan kos di dunia. Cip ini menunjukkan satu amalan YITU yang berjaya untuk mengikuti trend gandingan yang mantap di antara algoritma AI dan reka bentuk cip. Pencapaian yang relevan juga dipamerkan di ICCV 2019.

Menurut data daripada Universiti Tsinghua, penggunaan visi komputer menyumbang hampir 35% daripada keseluruhan penggunaan kecerdasan buatan pada tahun 2019, dan telah menjadi satu sokongan yang penting bagi pembangunan pelbagai industri.

YITU sedang membina Platform Inovasi Terbuka Kecerdasan Buatan Generasi Baharu Kebangsaan Visi Komputer, sebuah infrastruktur AI kebangsaan, untuk menyelaraskan dengan pemaju algoritma, cip dan produk, dan menyediakan perkhidmatan pengoptimuman rantaian penuh yang meliputi algoritma, cip dan keseluruhan rantaian peranti.

“Kami akan membantu untuk meningkatkan prestasi keseluruhan bagi penyelesaian industri pintar pengkomputeran visual,” kata Dr. Yan Shuicheng. “Membantu untuk mengintegrasikan pengalaman pembangunan dan pengetahuan domain, dan menggalakkan inovasi dan kerjasama industri.”

Maklumat mengenai YITU

YITU Technology adalah satu daripada beberapa syarikat permulaan di dunia yang telah mempelopori banyak teknologi canggih di dalam banyak bidang Kecerdasan Pintar (AI) yang kritikal seperti visi komputer, pengecaman pertuturan, pemprosesan bahasa semula jadi, pembuatan keputusan pintar dan cip AI.

YITU Technology didedikasikan untuk memajukan teknologi penemuan termaju di dalam AI. Dikuasakan oleh algoritma AI yang bertaraf dunia, cip AI QuestCoreTM yang dibangunkan sendiri boleh digunakan untuk pelbagai senario bagi menyediakan penyelesaian yang menjimatkan kos dan pasaran yang berdaya saing. YITU adalah satu-satunya syarikat di seluruh dunia yang telah dianugerahkan kejuaraan di dalam ujian vendor pengecaman wajah sebanyak tiga kali oleh National Institute of Standards and Technology (NIST), serta tempat pertama di dalam ujian yang dianjurkan oleh Intelligence Advanced Research Projects Activity (IARPA). Teknologi pengecaman pertuturan yang dibangunkan sendiri oleh YITU telah diuji untuk menjadi yang terbaik dalam kelasnya bagi bahasa Mandarin. Nature Medicine, sebuah jurnal akademik terkemuka, telah menerbitkan penemuan terkini YITU di dalam teknologi diagnostik pediatrik pintar yang diasaskan kepada NLP pada Februari ini, yang telah setakat ini merupakan kertas peringkat tertinggi di dalam bidang penyelidikan kecerdasan buatan di China.

Memanfaatkan teknologi AI, YITU telah memperkasakan pelbagai industri. Ia menyediakan teknologi dan produk berinovatif yang terkemuka di dunia dalam beberapa sektor termasuk Bandar Raya Pintar, Kewangan Pintar, Penjagaan Kesihatan Pintar, Peruncitan Pintar, Cip AI dan Farmaseutikal AI. YITU setakat ini merupakan satu-satunya syarikat AI di seluruh negara yang dapat menyediakan teknologi pengurusan pintar di bandar raya mega dan keadaan yang kompleks.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191101005240/en/

Hubungi

Yitu Tech
Nama orang yang boleh dihubungi: Alice Deng
Tel:021 - 52559588
E-mel:media@yitu-inc.com
Laman Web: https://www.yitutech.com/en

Sumber : Yitu Tech

No comments:

Post a Comment