Sunday, November 24, 2019

MESEJ KASIH SAYANG LHDNM DALAM PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 18 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus menyantuni masyarakat menerusi Program Tanggungjawab Sosial (Social Responsibility) Pejabat Pengarah Negeri Johor (PPNJ) yang dianjurkan pada 17 November 2019 semalam. Program SR tersebut yang dirasmikan oleh Puan Rozina binti Shaik Osman Merican (Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM) merupakan kesinambungan program-program SR yang telah dilaksanakan oleh LHDNM sejak tahun 2017 sehinggalah ke hari ini. 

Puan Rozina dalam ucapan beliau berkata “LHDNM merupakan organisasi prihatin dan sentiasa mendukung aspirasi kerajaan dalam usaha untuk terus memperkasa sektor pendidikan negara, justeru LHDNM sekali lagi memilih untuk memberikan perhatian kepada keperluan sekolah sejajar dengan  pembelajaran dan pengajaran alaf ke-21. LHDNM sedar bahawa perkembangan pembelajaran dan pengajaran masa kini telah berubah dan penggunaan projektor LCD adalah merupakan pilihan utama untuk menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan, dan ia juga dapat menjadikan guru-guru lebih kreatif  dan pelajar lebih berminat untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran yang disampaikan”.

Program ini menyaksikan sebanyak 3 buah projektor LCD telah disumbangkan kepada tiga buah sekolah yang terpilih iaitu:

 I.  Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting;
 II. Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir; dan
 III. Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka

Selain daripada sumbangan projektor LCD, seramai 150 orang pelajar terpilih daripada kategori asnaf dari sekolah-sekolah tersebut telah menerima sumbangan berupa wang tunai, beg sekolah dan juga alat tulis.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12813

No comments:

Post a Comment