Friday, October 9, 2020

VISTAJET MENYAKSIKAN PENINGKATAN PANTAS DALAM PERMINTAAN KORPORAT DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19

 

  • Pihak korporat dan eksekutif beralih kepada penerbangan persendirian berbanding penerbangan komersial
  • Peningkatan sebanyak 49% dalam minat korporat sepanjang pandemik COVID-19
  • Pelancaran Keahlian Korporat Dinamik menawarkan pihak korporat nilai ekonomi untuk penyelesaian perjalanan yang selamat dan diyakini
LONDON, 8 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, yang merupakan satu-satunya syarikat penerbangan perniagaan global dan yang pertama telah melancarkan Keahlian Korporat Dinamik baharu untuk syarikat-syarikat. Keahlian ini menawarkan suit lengkap penyelesaian perjalanan yang fleksibel untuk perniagaan dan eksekutif di seluruh dunia.

Impak pandemik COVID-19 mentakrifkan semula landskap penerbangan global dan mempercepat beberapa aliran:
  • Pihak korporat menerbangkan seluruh pasukan ke berbilang lokasi di seluruh dunia dengan lebih kerap untuk memastikan kesinambungan perniagaan - penyelidikan industri melaporkan bahawa 31% daripada syarikat Amerika Syarikat, mengembangkan penggunaan penerbangan persendirian mereka untuk perjalanan perniagaan*;
  • VistaJet telah melihat peningkatan secara mendadak sebanyak 49% dalam minat korporat di seluruh dunia sejak awal pandemik;
  • Amerika Syarikat mendorong influks permintaan korporat untuk VistaJet, yang membentuk lebih daripada 41% minat;
  • Menurut laporan industri**, permintaan penerbangan komersial di Amerika Syarikat sudah menurun sebanyak 50% tahun demi tahun disebabkan jadual tidak menentu dan terhad yang ditawarkan kini, sementara penerbangan perniagaan meningkat pada tahap 86% berbanding 2019;
  • Syarikat teknologi mendorong tempahan korporat, memandangkan pertumbuhan industri ini sejak Februari dan mempunyai harapan positif untuk pertumbuhan akan datang;
  • Dalam tempoh yang sama, VistaJet mencatat pertumbuhan pesat dalam permintaan untuk laluan jarak jauh; peratus penerbangan melebihi 5 jam telah meningkat sebanyak 44% tahun demi tahun sepanjang 6 bulan lepas dan 11% penerbangan VistaJet mempunyai tempoh melebihi 8 jam;
  • Laluan penerbangan VistaJet yang paling popular adalah antara United Kingdom dan Perancis, Amerika Syarikat dan China serta United Kingdom dan Itali sepanjang 6 bulan yang lalu.
Syarikat-syarikat juga mengubah keperluan mereka dengan pantas. Mereka memerlukan kebolehcapaian 24/7 dan kefleksibelan maksimum dalam keperluan perjalanan mereka dan juga protokol keselamatan yang dipertingkat. VistaJet mendengar permintaan klien korporat dalam membentuk Keahlian Korporat Dinamik baharunya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13836

No comments:

Post a Comment