Thursday, October 8, 2020

PETRONAS TERUS KOMITED DENGAN USAHA MELESTARIKAN ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON NEGERI TERENGGANU

KERTIH, Terengganu, 7 Okt (Bernama) -- PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu baru-baru ini telah menganjurkan sambutan Hari Ozon Negeri Terengganu 2020, bersempena dengan sambutan Hari Ozon Sedunia 2020 yang disambut pada 16 September setiap tahun.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, YB Dr Alias Razak di Kelab Golf dan Rekreasi PETRONAS di sini. Turut hadir ialah Pengarah JAS Terengganu Ramli Abd Rahman dan juga Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur Che Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Menurut Che Ahmad Tarmizi selari dengan matlamat sambutan Hari Ozon Sedunia, sambutan tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti berdekatan kawasan operasi PETRONAS terhadap isu-isu alam sekitar. Di samping itu, PETRONAS turut berpeluang untuk berkongsi usaha-usaha yang telah dijalankan syarikat dari segi aspek Pembangunan Lestari (Sustainability Development).

PETRONAS TERUS KOMITED DENGAN USAHA MELESTARIKAN ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON NEGERI TERENGGANU

No comments:

Post a Comment